My Blog List

Sunday, November 29, 2009

MUHASABAH DIRI KAU, AKU DAN DIA.

Assalamualaikum wbt. Salam 1 Malaysia. Aku sering di ingatkan supaya muhasabah diri. Buat renungan. Biasanya aku timbang neraca diri. Buruk baiknya tindakan aku selama ini, pasti terjawap. Silapkah bacaanku, rukun solatku. Sakitkah saudara dengan tindakan ku. Bisakah tutur kataku kata. Jawapannya :
Ya !, sebut perbuatan dan tindakan ku. Memang sakit.
Ya !, sebut pasal kata kata ayatku. Memang biso, biso bonar.
Kenapa..... Mengapa.
Dah ku perkatakan , aku jijik mendengar perkara mungkar. Aku mual bila terserempak dengan perkara mungkar dan terbelahak bila terhidu. Perkara yang sebigini aku dah tahan, apatah lagi ianya cuba disogok, dijolok ketekak ku...........dan cuba digelumangkan dengan fakta lemah yang ajenda nya amat tersendiri.

Kalau perkara ini diselesaikan dengan secara berhemah, tidak menyinggung dengan dan tidak memperlekehkan guru senior. Maka kekusutan takkan terjadi. Sedarkah bahawa sekadar satu wasiat dari langit konon nya dapat dijadikan satu bukti kukuh 'hard evidence' untuk Gayong Malaysia beralih tuan. Cerita nya macam filem Tamil ..........dengan satu cop jari yang terpaksa, tidak ikhlas dan tidak sesuci hati dia berbuat demikian maka semua harta benda, Rupees berjuta kror, berpindah tangan. Tuan rumah serta isi keluarganya boleh dihalau. Agaknya idea tu dapat dari filem Tamil kot.

Imbas kembali kata kata Menteri Belia & Sukan yang dulu YB. Dato' Azlina : ,'bahawa persatuan sukan bukan harta persendirian'. Itulah sebabnya ianya perlu EGM dan AGM. Demokrasi melalui perwakilan. Mana demokrasi ada pakai main tunjuk aje. Mana demokrasi ada jalan pintas, main tunjuk tunjuk dan surat pelbagai. Kalau DEMOKASI tu adalah........ hak. Kalau nak mudah, maka jadi mudah jua jadinya. Nak saman menyaman, nak failkan affidavit yang baru. Kami AJK PSSGM yang baru tak kisah, walaupun kalangan kami ada hantu raya. Walaupun dia ada kawang dalam Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Dia boleh beri 'pressure' dalam membuat keputusan.

Patutlah dapat sandang ekspres dan bengkong hitam, tak payah diuji. Ini berigerah nama nya. Tidak pernah dalam sejarah lama atau baru PSSGM, Bengkong Hitam dan Kuning belajar Seni Parang dari jurulatih Bengkong Merah 3. Jangan salahkan penerima.
Tolong namakan tajuk filem Tamil ini.......................... .

Thursday, November 26, 2009

ZAMAN PANCAROBA YANG DI LALUI - 1971 - 1975

Hari ni HR Aidil Adha. Juga hari jadi ke-31 tahun anakku lelakiku. Hari Jumaat ...dua khutbah.Aku muhasabah dan imbas kembali ajaran dan sunnah rasul. Elakkan yang mungkar beramal maaruf. aku bukan uama' tapi....buat yang terbaik. Aku mengingat kembali pesanan dari guruku Datuk Meor Rahman. Aku sejak dari 1962 masih kekal pesanan nya. Pesanan nya,'Jangan tamak ahamak, kerana ia akan membawa kepada kehancuran'. Tiga hari sebelum beliau meninggal, di HKL, dengan satu genggaman yang kuat,'Ma'e jaga Gayong'.
Tiada iri hati pada sesiapa. Jauh dari perasaan hasad dengki. Tidak suka silemah mejadi makanan sikuat, yang cerdik menjadi silicik, mendengar kemungkaran aku dah jijik. Tapi kalau itu 'hak' tetap aku pertahankan.
Kepada anak cucuku dan murid muridku. Ini adalah biografi ringkas sebagai tatapan. Mereka nak cakap apa.....cakaplah...

Zaman Pancaroba 1971 -1975. Umur 19 - 24 tahun. Berat badan 68 kg. dan ketinggian 178 sm. Handsome, berbudi bahasa halus. Menghurmati orang tua.
Singapura pepereksaan sekolah menengah setakat Secondary Four (Sec 4). Menduduki pepereksaan Senior Cambridge ( sekarang GCE 'O' Level) . Belajar di S'pore Tech. Institute tiga tahun. Bidang Mechanical Engineering. Nak masuk U tak mampu. Zaman tiada pinjaman MARA, takde tabung PTPTN. Hanya biasiswa FaMa ( Father & Mama). Untung anak anak sekarang.
Bulan April 1971 aku menjejaki Texas Instrument (S) Pte. Ltd. , Kallang Basin, S'pore kerana dihantar oleh kolej untuk I.T( Industrial Training) juga disebut L.I (latihan industri) dengan elaun S$210/= (dah gaji koporal masa itu). Bulan Jun barulah 'final exam'. Tamat belajar saya kekal mejawat pekerjaan disitu sebagai Asst. Engineer dengan tawaran gaji S$380/= (dah gaji pegawai pulak). Zaman susah, susah nak belajar, sudah nak dapatkan pekerjaan.

Masa belajar...... masa sekolah menengahnya sekolah pagi dan petang nya sekolah agama pelajaran nya modul JAIJ. Sampai kelas 7, kelas khas 4 Thannawi. Tapi sayang bahasa Arab kantoi, kalau tidak dah lepas ke Timur Tengah. Abah tekankan lesen memandu. Semasa tunggu result Cambridge abah dah usahakan aku 'driving school'. Tiga bulan kemudian lulus lesen motosikal B penuh diikuti kemudian dengan lesen kereta kelas D. Kemudian ikut abah gi Kelantan, kerumah Pok Tik (hj Latif) Tok Penggawa Jeli. Dia pernah jadi Juara Tomoi 3 tahun berturut ketika era '50 'an. Abah suruh belajar Tomoi......akau ditinggalkan 2 minggu. Itulah abah aku........ Emak mendidik cara lembut, berhemah. Kalau dia duduk disofa, aku duduk dilantai.......dapat peluang aku cium lututnya. Mereka dah lama pergi......aku sangat rindu kepada mereka. Al-Fatihah.

Di IPT aku menggunakan motosikal Honda Cub C50 c.c (S$ 650) subsidi abah punya. Itulah kenderaan untuk ke kolej, untuk ke gelanggang silat. Bila dah mula bekerja motosikal pertama aku Gillera 125 c.c., S$980/= harga dipasaran masa tu.
1971 - fesyen pakaian dah mula saya tak faham. Lelaki dengan seluar ketat 'drain pipe', tali pinggang bawah pusat. Yang pompuan nya dengan mini skirt sejengkal atas lutut. Tarian sosial dah mula terkinja kinja, tergedik gedik. Tarian shake, soul dan twist dan entah apa apa lagi. Tak minat. Aku minat ballroom dances, di IPT pernah dapat 2nd. runner-up dalam 'Orbit Cha-Cha'.
Burger, hot dog mula diperkenalkan, ganja, cannabis dengan mudah dalam pasaran. Syukur, alhamdulillah pendidikan agama, keluarga dan silat....... menjadi pemuda terpelihara. Setiap kali hari raya aku tak pernah mis untuk pulang ke M.T/Lubok China Melaka. Sesekali muncul dimajlis keramaian keluarga. Cuba ambil kesempatan untuk kenal saudara mara, hantar emak ke majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan, adat berkampung dsb nya. Aku anak sulong dari keluarga yang sulong, datuk ku pun anak yang sulong,aku perlu mengenali adat resam dan susor galur famili . Rupanya berat juga tanggung jawab yang diletakkan ke atas bahuku.

1972 - Mahaguru datang dan pergi ke Singapura. Sandang Khalifah. Dah beberapa kali pergi ke Pulau Sudong. Hobi bermotosikal dan menjadi ahli kelab bermotor. Menunggang dengan berhemah dan selamat. Rally dari Saigon ke Singapura, kereta Mini Clubman special edition. Pemain Rugby peringkat Republik Singapura, ahli kelab COBRA ( Combained Old Boys Rugby Assosiation). Posisi 'scrum-left' kadangkala pelari 'three-quarter'. Banyak gunakan helah silat untuk selamat dan mengenakan pihak lawan. Main cara kotor....ada gak. Ada patah dan lutut terkehel. Konon nya salah tackle. Gemar menonton filem Inggeris dan Hong Kong. Mula kawan kawan dengan gadis Cina, belajar bahasa Cina (dialect Hokkien) dengan cepat,..... ekspres.
Indonesia memperkenalkan Silat Olahraga, boleh guna kaki.......... . Datuk Mahaguru pun minat filem aksi. Sanggup ke Singapura nak menonton filem di 'Drive in Cinema,' di Jurong Town. Filem 'Big Boss' oleh mendiang Bruce Lee. Jurong Drive in Cinema hanya seberang Tao Ching Rd, berdepan dengan apartment keluarga kami.

1973 - penghujung tahun '72 dah mula balik kampung bermotosikal. Mula tukar tukar motosikal.
Sampai utara dan pantai timor dengan motosikal.....pemuda lasak. Program silat dah sibuk. Mengembara jelajah seluruh Malaya setiap hujung tahun memang menyeronokan. Jumpa ramai saudara seGayong. Perdana Gayong, Hari Sang SaPerba. Pantang ada cuti hujung minggu yang panjang, jadi alasan untuk outstation. Berkunjung ke gelanggang Depoh Polis jalan Semarak....cg Mat Lazim mengajar (arwah Datuk Hj Ahmad bin Lazim).
Balik kampung aku dirisik. Keluargaku hidup dengan Adat Perpatih. Lelaki dirisik dan dipinang adalah perkara biasa. Dalam kes ini aku pun tak terlepas . Beri alasan laa........

1974 - Setiausaha Majlis Gurulatih Negeri. Fesyen bertukar, rentak lagu, model kereta motor, memancing mula jadi hobi, tendangan kaki super pantas, zaman gemilang mengambur anak harimau 16 orang, rekod Malaysia 17 orang.
Lulus percubaan ujian bengkong hitam HPCS. Harap harap hujong tahun ni lulus ujian diTaiping. Alhamdulillah, urusan ku banyak dipermudahkan. Lawat gelanggang Solok Wan Moh, Batu Pahat, Johor. Khalifah Kanan. Satu hal aku terlupa. Kawan pompuan ramai tapi takde yang special. LUPA NAK BERCINTA.

Sebenarnya aku ni gila hobi dan workaholic. Tukar motosikal lagi. Kali ni superbike Honda 550F. Bawa emak bonceng moto gi orang kenduri kawin. Gempak orang kampung, 'ompek lubang asap diyo'.
Masa berubah, ekonomi dunia parah. Aku terlibat dalam economic recession. Mass lay-out.....diberhentikan beramai-ramai. Dua hari nak raya ...happy juga. Dapat pampasan lumayan. Dua minggu kemudian aku bekerja di Sembawang Shipyard Offshore Drilling Services (S) Pte Ltd. CEO berbangsa German.

1975 - perubahan dasar politik Singapura terasa mencekam. Penguatkuasaan imigresyen dan permit kerja sangat ketara. Aku rakyat Malaysia. Rakyat DYMMSPB Yang DiPertuan Agong.
Aku menulis surat permohonan kerja diMalaysia. Temuduga serentak di Siemens Adv. Tech. Sdn. Bhd., Melaka dan Texas Instrument di Ulu Klang. Siemens menjawab dulu., aku bekerja diMelaka, April 1975. Dekat dengan Kolej Jururawat HBM (1 km), MPPM (2 km), kaw. perindustrian Bt, Berendam (0.5 km). Hobi.......masih sama, sukan bermotor. Motosikal Honda 350 c.c overhead cam, torque 10:1 ratio, sangat berkuasa. Kereta..... Mazda 808. Mula gila memancing..... minat bot dan fotografi.

kerja diMelaka, kedatanganku mula dihidu oleh Jurulatih Ayhmh. Habibah bte Ismail dan Imam Khalifah Melaka, Dato' Mohd Shah, Undang Wilayah Naning. Lokasiku diketahui......... Pendek cerita aku memantau gelanggang . Aku membentuk Majlis Gurulatih sebagai tulang belakang organisasi. Kg. Lendu gelanggang pertama aktif hingga sekarang.
Berulang alik dari Melaka ke Taiping. Bermotosikal Honda 350 dah total lost, adik eksiden. Naik Vespa, scrambler 175, kereta, lori sayur dan keretapi .Asalkan selamat sampai dah syukur.

Disember 25, 1975, No. 71 Kg. Ayer Kuning, Taiping, Perak. Aku diuji dan dinobatkan dengan Bengkong Hitam HPCS yang ke-9. Sejarah tak boleh di ubah.

Aku terkenang kawan kawan lama semasa di kolej mahupun disekolah agama. Yang cantik, manis, manja, yang dah jadi ustazah. Dah terlambat..... dah lost contact. Singapura dah membangun terlalu pesat.
Masa berlalu. Dah ada special......saorang Jururawat.

Tuesday, November 24, 2009

KRONOLOGI EGM DAN AGM - 2009.

Salam 1 Malaysia.

EGM (Mesy. Agong Luar Biasa) pada 17 Okt 2009 dah pun selesai, dengan kehadiran perwakilan dari 13 negeri. Kita menggunakan Pemlembagaan PSSGM, Pindaan 1995 - kemudian nya disebut perlembagaan lama (P'L-A). Dengan sokongan majoriti 90%.

AGM (Mesy. Agong Perwakilan Ke-4) pada 21 Nov 2009 pun dah selesai dengan kehadiran dari 14 negeri dan 40 daerah yang sah berdaftar dan dengan kekuatan majoriti 95%. Dengan menggunakan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada 25-10-'08 yang diterima pakai oleh perwakilan semasa EGM pada 17-10-2009, kemudian disebut (PL-B). Sewaktu EGM berlangsung kita juga membuat sedikit pindaan, membetulkan persepsi, pengukuhan ayat dan ayat bertindih. Pindaan itu belum diluluskan oleh PPS. Yang ini kemudian nya disebut (PL-C).
Sepanjang EGM dan AGM telah dirakamkan secara 'life' video En. Sulleh Udin Pen. SUA, dia keluar perbelanjaan sendiri. Rakaman video ini akan dijadikan sebagai bahan bukti kukuh sekiranya diketengahkan.

Yang saya nak imbas dan kembalikan memori para perwakilan dan kepengetahuan ahli ahli PSSGM sekelian amnya ialah paparan beberapa insiden lucu berlaku dan boleh dianggap sebagai kelakar, terpinga pinga tidak faham, yang berbuku hati dan 1001 alasan. Yang tidak faham ....saya akan cuba fahamkan.

INSIDEN No.1- PERATURAN 10.2
Sewaktu EGM pada 17-10-2009, bertempat di Hotel D'Palma, Ampang. Perwakilan dri Terengganu bertanya fasal dan bab perlembagaan mana yang kita guna pakai. Pengerusi menjelaskan perlembagaan yang lama. Tujuan EGM ini adalah mengenai perlembagaan dan pindaan perlembagaan saja.
Si Polan tu bertanya lagi kenapa Daerah tidak dijemput. Kemudian diperjelaskan dengan dibacakan perlembagaan (PL-A) dengan jelas menyatakan Peraturan 10.2; ' Persidangan Perwakilan Tahunan Pertubuhan Kebangsaan ini hendaklah terdiri dari wakil-wakil Pertubuhan Negeri dan ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agong'.
Kemudian si polan tu cuba nak kaitkan dengan Peraturan 27.1; 'Tiap-tiap satu cawangan yang telah didaftarkan dalam sebuah negeri boleh menghantar 3 orang wakil menurut Peraturan 9.3'.

Masalahnya timbul, Peraturan 9.3 tiada kena mengena dengan Peraturan 27,1 atau sebaliknya. Persoalan nya bagaimanakah hendak di kaitkan. Peraturan yang sebeginilah yang nak dikemaskan, diperbetulkan. Maka EGM perlu diadakan supaya AGM boleh menjemput Perwakilan Daerah turut sekali.
Kalau tak faham, kita dah perjelaskan dengan fakta. Bila ramai dah pandai dan pandai pula cuba manupulasikan peraturan. Kalau nak mudah.........maka mudahlah jadinya.

Masaalahnya adalah.... dia tak faham fakta yang mudah. Lagi besar masaalahnya bila tak mau faham atau buat buat tak faham. Dia ingat lagi besar masaalah apabila dia bawa kawan kawannya (10 orang je) keluar dari Dewan Persidangan......dengan iringan tepukan gemuruh dari perwakilan. Mesyuarat belum mula mereka dah keluar, kalau begini sampai bila bila pun tak faham. Kita AJK Kebangsaan pon belajar dari peguam kami. Satu ayat silap maka boleh dipertikaikan. .....can againts you in the Court of Law..... Kami belajar.

Kami EGM sampai selesai. Perwakilan terima sebulat suara, tiada bantahan. Perwakilan EGM menerima pakai Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Pej. Pesuruhjaya Sukan.
Kami orang silat tulen murid Silat Seni Gayong Malaysia, murid ADMAR atau murid kepada muridnya terima jawatan ini sebagai satu amanah. Kita memang sayang PSSGM tapi mereka....TIDAK!!.
Maka pada 21-11-2009 AGM boleh guna pakai Perlembagaan yang sudah diluluskan tanpa was-was (PL-B).

INSIDEN NO.2 - REPOT POLIS
Dalam kesibukan kita nak melaksanakan EGM, satu tanggungjawab kepada organisasi. Kami dipanggil ke Balai Polis Bkt Indah, Cwngn Jenayah Kormersial. Repot dari cikIntan terhadap AJK dengan pertuduhan meraba meraban. Tiada asas pegangan, buang karan saja. Maka Cik Puan Mariam , SUA Tn Hj Anuar Hamid, Cg. Mustapa Kamal, Datuk Adiwijaya dan Kapt (B) Kudus Ahmad bergilir gilir disoal siasat oleh Peg. Penyiasat J.K.
Yang saya nak sampaikan disini bahawa repot itu dibuat oleh Intan, remaja berumur 20 tahun. Dalang dibelakangnya ialah MahaGARU. MahaGARU dibantu oleh kawang dia polis pencen tu. Yang kelakarnya, yang menggeli hatikan, si MahaGARU siap berlakon depan pegawai polis tu dalam balai polis konon nya dia call Tuanku kat England. Punyalah poyo kata polis polis tu.
Lapuran polis tu kami anggap mempuyai unsur sengaja untuk memfitnah dan hasutan untuk menjatuhkan maruah pegawai PSSGM. Boleh disabitkan sebagai Jenayah dalam Akta Hasutan.
Lepas ni entah apa lagi yang ada. Kami hanya senyum kambing saje..... .
MahaGARU memang pandai baling sembunyi tangan .

INSIDEN No.3 - Bkt. Jalil lokasi Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
Kami terima faks dari PPS, pada 23-11-2009, Jumaat jam 2.35 petang. Hasi dari aduan dari cg. ust. Fadzil SU N9. Surat dari PPS itu bertajuk: ISU PINDAAN PERLEMBAGAAN PSSGM DAN PERLAKSAAN EGM PADA 17 OKT '09. dengan tanpa merujuk dan soal siasat PPS telah telah mengarahkan mesyuarat pada 21-11-09 dibatalkan.

Isi kandungan surat tu begini :
1. ..............
2. ..............
3. ...............
4. Oleh yang demikian Pejabat ini memutuskan bahawa pihak Persatuan tidak boleh menguatkuasakan perkara perkara tambahan tersebut selagi ianya tidak dibentang dan disahkan didalam Mesyuarat Agong persatuan serta diluluskan oleh Pejabat ini sebelum dikuatkuasakan.
5. Berhubung dengan Pelaksanaan Mesyuarat Agong Luar Biasa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang telah diadakan pada 17 Okt 2009, Pejabat ini berpendapat bahawa sekiranya ia berdasarkan kepada perlembagaan baru maka pelaksanaan Mayuarat Agong Luar Biasa tersebut adalah tidak sah dan terbatal.
6. .......

Menjelang petang Jumat semua AJK dah haru-biru macam 'dibobar dek olang'. Hari Isnin pergi Pej. Urusan PSSGM siapkan dokumen, cuba buat temu janji dengan Pesuruhjaya Sukan , tapi gagal. Kami buat temujanji dengan YB Menteri Belia dn Sukan diKLIA sebelum dia berlepas keMekah. Mudah pula jumpa menteri daripada jumpa Pesuruhjaya Sukan..Kemudian barulah Pesuruhjaya Sukan sudi mendengar penjelasan kami. Kami mesyuarat lagi. Tamat jam 2 pagi tak balik Melaka besoknya nak hantar surat balasan ke PPS diBkt. Jalil. Maka kita akan Mesyuarat Agung.

Hidup dengan niat nak menyusahkan orang lain.....sia paleh. Allah maha kaya, dipermudahkan semua urusan kami . Jumpa pula yang saya sayang 'Din Pilah namo diyo., biso, biso bonar. Saya jumpa cg. WAF, hilang rindu saya pada dia.


INSIDEN NO.4 - Affidavit 3 Syarikat Guaman.
Wow!, Apa nie mahkamah pelbagai. Dah lah AJK PSSGM yang bekerja untuk PSSGM, menyumbang tenaga, masa dn wang ringgit. Ada yang kena repot polis, turun naik Balai nak beri keterangan dan kemukakan bukti. Apa punye makhlok dia nie. Species jenis apa dia nie?. Klon tersalah benih agaknya.

Kami terima 7 affidavit melalui beberapa orang peguam yang bersekongkol, antara nya membawa maksud begini kalau saya silap mohon diperbetulkan :
Meminta di isytiharkan dia sebagai Pemegang Waris Amanah Tunggal. Kuasanya luar biasa. Boleh membatalkan jawatan dan apa apa yang diberikan oleh Arw. Cg.Kalsom......... H E B A T.
Affidavit yang lain kita boleh fotostatkan

Ada kuasa keatas PENTADBIRAN, Majlis Gurulatih Kebangsaan dan Majlis Lembaga Adat Kebangsaan. Guru dia pun akan mengambil tapak sembah mengadap.



INSIDEN NO.5 - ROS dan PPS.
Gajah mati meninggal fulang, harimau mati meninggalkan belang. Ini pepatah bahasa Melayu yang mempnyai unsur pelajaran dan ingatan. Jangan tinggalkan memori burok sejarah kita. Sejarah negara, sejarah kampung, sejarah diri kita samaada baik dn elakkan yang buruk. Alhamdulillah jika sekiranya kita menjadi kegemaran ummat, disegani menjadi teladan dan inspirasi. Hindari dari perbuatan memperbodohkan diri sendiri. Jadi bahan gelak umpama badut. Kita semakin tua. Komputer didalam tengkorak dah mula susah nak proses. data Dah my 'hang' nie balik balik cakap pasal ROS' Kami cerita pasal PPS pasal Pejabat Pesurujaya Sukan. Dia buat lagi dengan cerita ROS - Registrar of Society. Bila dia sebut lagi beberapa orang anak muda menepuk dahi. Dah 4 tahun Mesyuarat AJK Pusat berlangsung, dia asyik ponting aje. Patutlah dia tak tahu perkembangan yang dah berlaku.
Sedarlah, bangkitlah dari mimpi bahawa kita berdaftar dibawah Akta Sukan, bukan nya ROS. Pendaftaran Akta Sukan PSSGM ialah 0149/98. PSSGM dah berada 11 tahun dalam Akta Sukan. Bila EGM dia nak hentam AJK pulak. Gigit kawan kawan sendiri. Memanglah dia lupa nak faham pasal mesyuarat.
Bila EGM pada 21 Nov 2009 para perwakilan melihat banyak kerusi kosong yang diatas pentas. Itulah mereka mereka yang gagal melaksanakan amanah Pertubuhan................

KERUSI AJK PUSAT BUKAN UNTUK GLAMOR. YANG TIDAK MEMBERIKAN KOMITMEN AKAN MERASA BAHANGNYA. KEPADA YANG ADA P.H.D LAMBAT LAUN AKAN TERIMA KETULAHAN NYA. ALLAH S.W.T. AKAN MEMBAYAR TUNAI DIDUNIA INI. AMIN, AMIN, YA RABBAL 'ALAMIN.

(PHD = perasaan hasad dengki)


Monday, November 23, 2009

PUTUS SUDAH KASIH SAYANG

Salam 1 Malaysia. AGM dah selesai. Betul kata Cik Ema dan ahli ahli yang lain, kalau dilayan orang gila. maka gilalah kita dibuatnya. Jumpa orang gila......... biarkan, biarkan.

Saya nak sambung cerita dan pengalaman................biarlah orang yang suka bising tu dengan halnya, macam NYAMOK. Dia asyik berdengong kat telinga tapi tak tahu hujong pangkalnya. Gatal juga kalau dia gigit telinga. Kalau saya ada masa nanti, saya cerita tentang nyamok, pijat-pijat , langau dan tungau dalam organisasi PSSGM.

Memang saya orang Melaka tulen. Dibesarkan dalam Wilayah Naning, antara wilayah terahir jatuh ketangan British, itu pun satelah ada tali barut @pemgkhianat dari wilayah berjiran (sejarah tak boleh diubah). Moyang sabelah bapa adalah pembesar dari Kerajaan Langkat (dahulunya Inderagiri). Dikenali dengan namaTegku Paglima Husin bermastautin di Pengkalan Balak, Melaka satelah diburu Belanda bergelar Demang Husin Mata Boya dn bersahabat baik dengan Undang Naning ketika itu. Demang mempunyai 2 isteri. Seorang dibelah pantai dan seorang lagi Naning. Saya susur galur dari Wilayah Naning. Apa bendanya Naning tu..........
Yang saya nak beritahu pada anak anak saya, bahawa kita tahu susur galur keturunan. Kita sangat teguh pada setia kawan dan sanjung kepada establishment. Sokong kuat pada pemimpin, tidak sesekali jadi pembelot atau pengkhianat. Jangan jadi duri dalam daging pada bangsa. Jangan jadi pembelot, penghianat. Paling tidak jangan jadi PARASIT.

Orang Melaka memang kahau, kalau berjumpa kawan lama yang dah lama tak jumpa. Maka mukadimahnya sangat pedas. Berbakol bakol sumpah seranahnya. Tapi takde hal punya , orang bukan Melaka ingat macam bertengkar. Memang kami dah lali. TETAPI kami pon tak suka praktik kan di luar Melaka TAPI.......jangan mintaklah beee.... Kami hati mau baik.

Saya nak buka email dari Gayong Grup tapi di block pada area M.Tanah, maka tak dapat surf, kalau di luar kawasan ...boleh plak. Satu hari saya akan letak godam.

Macam macam hal saya dengar. Nak selesaikan lepas AGM. Tambahkan affidavit. Kami baru terima 7 affidavit.Nak buat akuan bersumpah. Nak buat repot polis.....buat. Nak buat aduan kepada PPS di Bkt Jalil.....buat. Nantikan giliran kami pula. Ada yang baling batu sembunyi tangan. Ada jadi spy merangkap tali barut, berpura berbaik dengan saya tapi niatnya semata mata nak tikam belakang........buat. Ini jadi satu sempadan untuk saya.
Mereka buat sembahyang....., sulat hajat dan istiharah. Mohon yang benar dibenarkan. Yang hak tetap pada yang hak. Mereka sebenarnya membantu kami 100%. Kami yang benar dan juga yang hak. Kalau EGM dan AGM dibatalkan , berbalik pada yang mentadbir. Dok pi dok mai tang tu gak.
Selama saya berada didunia ini. Selama 46 tahun menjadi mueid Gayong , menjadi anak murid Meor Abd Rahman, tak telintas dibenak ku untuk merosakkan Silat Gayong. Belajar silat dulu dan belajar taat dengan guru guru. Jangan nak tipu guru yang tak bersekolah tinggi.

Saya ada salinan permohonan si polan supaya Bengkong Hitam tak payah diuji kepada En Razali Salleh, dah dibenarkan dia tikam belakang pulak.

PUTUS SUDAH KASIH SAYANG

Monday, November 16, 2009

LUMRAH ALAM

Salam 1 Malaysia. Ini blogs saya.....tujuan nya ialah menyampai sedikit maklumat ,pandangan dan mungkin ada arahan dari saya untuk ahli ahli dan balas semula melalui email rasmi. Pertanyaan melalui email, sms,surat atau phone akan dilayan dengan sewajarnya. Ahli ahli PSSGM tulen yang mempunyai gurulatih bersopan yang saya kasihi dialu alukan.
Saya cuba kenangkan nostalgia bersama ADMAR sedikit tidak terkucil dihati. Saya melihat guru lama saperti Pak Husin, Buang Bahar, Pak Joned, cg.Kamari Melan. Inilah saat saat indah. Berjumpa sendiri En. Naning Penghulu Pulau Sudong.
Kemudian era '6ohan, cg. Nordin AB. Rahman, Awh cg. Kalsom, awh. Datuk Mat Lazim. Era penghujung tahun 6o'an dah mula hebat dan sesudah 13 Mei satu ombak minda telah membukakan benak orang Melayu supaya bersilat. Mereka datang dan pergi adalah satu lumrah alam.
Sentuh maksud LUMRAH ALAM, kita juga secara tak langsung terbabit. tepok dada tanya selera. Sebagai apa watak kita...........?. Jangan beremosi kenegerian, jangan 'black establishment' hanya awak awak saja yang pandai, yang tahu tetapi 'happrak'. Konon bagus macam KKK atau Free Massion, maka keserakahan nya mereka telah memenangi piala ;The Idiot of the Century' Ada PSSGM kita patut jaga, kita pelihara, kita imarahkan, kita ceriakan. Letakan kita dalam watak itu, kemudian nilaikan. Anda mungkin dapat piala yang terbaik iaitu 'The Best Idiot of All' maka happylah. Soal cakap boleh bohong, tapi riak muka jangan kelentong.
Saya dapat email yang di forwardkan dari kawang saya orang Ganu Kite. Dia janji PSSGM akan kaya berbillion billion dengan bangunan setiap setiap negeri. Wow! apa tu. Kalau macam tu buktikan , buat dinegeri sendiri. Keahlian pon entah kemana. Yuran terkumpul di Kebangsaan antara PSSGM Negeri yang menyedihkan. Jangan lah nak perbodohkan kami AJK dan LEWA 7. Cuba lain kali dan selamat bersidang di AGM pada 21.11.2009. It's take an idiot to call a flute minded a fool.
Lumrah alam..... Ada satu lagi species allien mungkin haiwan tapi susah nak pupus. Kerja dia baling batu. Baling batu sembunyi tangan, batu api, batu ronson. Bercakap nafasnya berbau najis kerana mengata orang dan janji bohong selalu. Inilah species yang disamakan macam Dajjal nauz zubillah. Kerja nya nak jahanamkan PSSGM. Repot polis, buat ugutan berpakat dengan kawang kawang dia buat affidavit ke mahkamah, ada 5 dah difailkan, dn ada lagi tu, walaupun tidak berkaitan. Memang dia nie giler species baru. Dalam lumrah alam ni macam macam ada. Kita dok gelak depa buat kerja tak senonoh.

Kita boleh lantik peguam yang tersohor dinegara ini. Jika dia menang maka dia berjaya menang dengan kelicikan, maka terpahat dalam lipatan sejarah siapa dia. Yang mahal kita nak cari ialah kebenaran.Yang berharga ialah maruah diri. Yang murah ...dimana ada ialah kesekahan dan tamak haloba.
Pada suatu masa dulu Hang Jebat itu derhaka sekarang dia hero rakyat. Empayar Jepon, kuasa NAZI, KKK dan Free Massion lambang keserakahan kuasa, JEWs dan semua bentuk kezaliman adalah sementara sja,

KURSUS PEMANTAPAN JURULATIH DAN PENYAMPAIAN SANDANG PERINGKAT ZON SELATAN

aSalam 1 Malaysia. Kami AJK PSSGM Negeri Melaka telah mengadakan mesyuarat bersama. Maksud bersama ialah Pentadbiran, Majlis Gurulatih dan Majlis Lembaga Adat. PSSGM-Mlk akan meneruskan program Pemantapan Jurulatih pada masa yang ditetapkan iaitu dari 3 - 6 Dis 2006. Di Ayer Keroh, Melaka. Saya sebagai YDP Negeri merangkap Pengerui MGurulatih telah memberi mandat kepada Cg. Hairolnizam Johar (SU MGLNMlk) setakat ini .....beres.
Juga sebagaimana rancangan asal Majlis Penyampaian Sandang juga akan disampaikan pada 5 Disember 2009 ditempat yang sama. Selaku Tim. Imam Khalifah telah menegur dan mengarahkan Pengerusi MLA supaya ikut perancangan asal.

Program PSSGM Melaka ini turut menjemput negeri negeri lain dalam Malaysia,untuk dikuatkuasakan , seterusnya akan dikuatkuasakan diseluruh dunia.
Tidak hairanlah Singapura telah menyuarakan niatnya untuk bersama. Kita terima penyertaan mereka. Another ships forms a stronger fleet..
Kursus lebih berkisar kepada maklumat terkini yang diputuskan pada Mesyuarat Majlis Gurulatih Kebangsaan yang berlangsung selama 4 hari di D' Palma, Ampang. Jadi Melaka buat dulu.

5 Dis 2009, Penyampaian Sandang untuk N.Melaka. Tiba tiba negeri lain tanya nak bersama kita terima. Penyampaian Sandang memertabatkan jasa dan pencapaian sesaorang yang telah berjasa, Setakat nak pakai lawa je.....rentikanlah. Tunjukan kerja.

Beberapa nama untuk dikemukakan, AJK Kebangsaan OK je. Imam Khalifah yang telah dikosongkan selama 20 tahun akan di isikan. Khalifah Besar dah ada calun, Kipas Emas, Khalifah Kanan tiap tiap daerah, barisan Khalifah, Serikandi dll., yang turut menyumbang dalam perkembangan PSSGM. Dhif kehurmat yang menyampaikan .......Lembaga Waris Amanah.
Bayaran untuk Kursus RM100 dgn makan dan penginapan, majlis P.Sandang bayaran RM120/=

Sejumlah permohonan telah diterima. Jika yang berminat untuk menyertai program ini sila emailkan kepada: pssgm_melaka@yahoo.com untuk keterangan lanjut. Jangan cerita sahaja .....nak tetapi borang tak sampai.

Sunday, November 8, 2009

MACAM MACAM GILA ADAA

Salam 1 Malaysia. Saya hidup pun dah lama, macam macam pandang , macam macam dengar dan lihat. Alhamdulillah, apabila saya lihat dipekan Masjid Tanah, atau mudah disebut Bandar Baru Masjid Tanah, tidak kurang 14 orang manusia yang diketemui 'confirm giler', sah pesakit jiwa, sewel, sinting kata wong Djowo. Tersebutlah alkisah yang sinting tu terdiri dari pelbagai lapis latar belakang. Hilang akal keraana ditipu sistem 'labu peram' kerana nak cepat kaya atau dikenali sistem Pak Man Telo. Putus cinta gila talak pun ada. Gilakan suami orang pun ada. Gila tendang puntong rokok dipekan Masjid Tanah sepanjang petang dah biasa dilihat. Gila berkawat askar. Gila rempit. Gila yang suka ganggu orang dan bertelanjang dah kena hantar berehat di Tampoi JB.
Yang popular adalah seorang guru graduate, pakar matematik orang Cina , Master Lim namanya. Dia dah lama gila. Bila cintanya pada cikgu Melayu dihalang oleh keluarga maka di haywire, maka fius otaknya putus. Dia merana sepanjang hayatnya kerana sedikit hal. Jawabnya ada macam macam gila. Rata rata yang gila tu saya lihat mereka anggaran berusia 30 - 40 tahun. Maka tidak hairanlah dibandar besar lagi banyak gila. Mereka bermasaalah dengan ibu bapa mereka, habis semua orang yang tua dianggap bodoh.
Tak lama lagi kita dengar saja bahkan dah ramai yang hilang akal. kecewa kerana tak dapat mengatasi guru tua kemudian memperbodohkan ibu bapa, guru dan nenek datuk mereka. Yang jenis mereka berumur sedikit melepasi 25 tahun. Baru graduate sahaja dah berkobar kobar nak tumbangkan guru tua mereka, memperlekehkan dimana dia dilahirkan. Maka mereka ni telah laknat dan disumpah untuk gila. INI GILA TUNGGAL namanya.
Akan datang kita akan jumpa orang gila kuasa.

Monday, November 2, 2009

PENYAMPAIAN SANDANG PSSGM DI MELAKA- 5 DIS '09.

Dalam kemuncak Kursus Gurulatih (Pemantapan Silibus) pada 3-6 Dis 09. Majlis diselangi dengan Majlis Penyampaian Sandang Kebesaran PSSGM Zon Selatan di Melaka.
Sandang yang dimaksudkan:
Imam Khalifah........................................... 1 orang.
Sandang Kehurmat......................................2 orang.
Kipas Emas................................................. 1 orang
Khalifah Besar............................................ 4 orang
Khalifah Kanan........................................... 10 orang
Waris Beradat............................................ 16 orang
Ketua Beradat............................................ 16 orang
Khalifah ...................................................... 12 orang
Khalifah Muda / Imam Gelanggang....... 30 orang
Ini setakat yang dah ada. Kekosongan adalah terhad.

KURSUS GURULATIH (PEMANTAPAN SILIBUS) DAN

Salam 1 Malaysia. Kursus Gurulatih (Pemantapan Silibus) akan diadakan pada 3,4,5 dan 6 Disember 2009. Bertempat diKompleks Sukan Negeri Melaka, diAyer Keroh, Melaka. Kursus anjuran PSSGM Melaka dengan kerjasama Majlis Gurulatih Kebangsaan.
Majlis Gurulatih Kebangsaan yang bermesyuarat pada 31 July - 2 Ogos 2009 telah memutuskan pemantapan silibus yang melibatkan seluruh negara, dan kemudiannya akan di ikuti keseluruh dunia. Sebagaimana termaktub dalam perlembagaan PSSGM Peraturan 2(e).
Kemudian di ikuti Penyampaian Sandang PSSGM di Melaka, pada 5 Dis '09, jam 3.oo petang. Kami turut mempelawa negeri berdekatan Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Singapura dan negeri negeri yang berminat.
Sandang disampaikan oleh Cg. Sazali bin Meor Abdul Rahman, waris kepada Datuk Mahaguru Meor Abd. Rahman. dan L.W.A Yang Tujuh.
Kepada SU Negeri / Daerah boleh menyenaraikan ahli untuk serta dalam penganugerahan ini, dengan pengesahan keahlian.
Kos: Penyampaian Sandang : RM120/=
Kursus 3 hari, RM(180-80): RM100/=