My Blog List

Tuesday, May 3, 2011

PELAJARAN SENI TEKPI DISEMBER 2011.

Saya bercadang untuk menurunkan pelajaran Seni Tekpi yang pelajari 40 tahun dulu digelanggang bumi Temasik. Silat Gayong School, Lor. Fatimah dan Tanjung Rhu Singapura. Pelajaran ini dah mula pupus dan mungkin hilang dari pengetahuan kita. Sebelum ia nya pupus maka saya mengambil inisiatif mengajarnya secara terbuka dan disebarkan keseluruh negara. Dibuka kepada ahli ahli PSSGM sekurang kurang nya Bengkong Kuning (yg ori). Sebaik baiknya yang dah pelajari Seni Parang dan Seni Keris.
Pelajaran Tekpi kebanyakan guru guru tua mempelajari dari ADMAR dizaman era50'han dan 60'han. Apabila ramai guru separuh tua, tambahan terjadi kemelut rebut kuasa, mengaku hebat, maka guru tua ni terkejut. Merajuk, dah tak kisah lagi sanggup bawa pelajaran itu keliang lahad. Siapa rugi ??. Pastinya jenerasi akan datang. Siapa untung ??. Tuan tuan para Jurulatih yang bodoh yang mengatakan Tekpi bukan Gayong punya. Persepsi mereka Gayong sangat miskin, tambahan pula disokong kuat guru guru tak pernah belajar Tekpi.
Setakat ini saya ingin beritahu, ingin beri nasihat, ingin saya peringatkan. Cuba jangan perlekeh dengan menyebut ini bukan Gayong punya. Alangkah....... cetek pengetahuan tuan, tak belajar maka bukan Gayong punya. Jangan perlekeh guru yang mengajar Tekpi kepada saya. Pelekeh guru saya bermakna mempelekeh ADMAR yang mengajar saya.
Buat tuan tuan yang berminat saya akan cari masa sesuai pada hujung tahun ini. Tempat terhad. Harga tekpi sepasang dengan casing RM15o/= harga dikedai sukan RM300/=.
SERONOK BERMAIN TEKPI.

Sunday, May 1, 2011

MESYUARAT AGONG - PERLEMBAGAN KITA.

A'kum. 01 Mei 2011, saya Mesyuarat Agong Daerah Johor Bahru' Saya Penasihat yang dilantik oleh perwakilan dan kekal sebegitu. Dalam ucapan perasmian saya menekankan bermesyuarat secara berhemah dan mengikut lunas lunas perlembagaan.
(Harap maaflah perlembagaan yang telah dilulus oleh Pej. Akta Pembagunan Sukan (APS) pada 29 Ock. 2008 masih belum ada inisiatif untuk diedarkan secara menyeluruh hingga sekarang-tanyalah YDP Kebangsaan bila nak edarkan).
Maka mereka bermesyuarat mengikut perflembagaan. Tahniah.
Kalau nak salinan Perlembagaan mintalah salinan nya pada PSSGM Melaka. 1 set 3 buah buku Perlembagaan, Majlis Gurulatih dan Majlis Lembaga Adat Cetakan berwarna hanya RM20/+ satu set. Beli 5 set kurang jadi RM18x5 sahaja.