My Blog List

Friday, October 23, 2009

INI PRIVATE BLOGS - luahan hatiku (1)

Salam 1 Malaysia. Ini private blogs, biasanya ditulis atas pandangan dan luahan rasa saya . Semua boleh layarinya. Nak baca...boleh!, nak komen... saya tak rekodkan.... bermakna saya tak dapat baca komen tuan tuan. Kalau ada pertanyaan saya jawab melalu email saya. Itu kalau saya tak delete. Luahan rasa adalah ikut persepsi, pandangan, pengalaman. Saya elakan luahan beremosi. Saya tidak suka melayan orang yang kurang siuman , sinting, yang hilang akal, yang dah hilang pertimbangan, meminta penjelasan yang bukan tempatnya......walaupun saya tahu.
Setiap yang saya tulis, walaupun 1 ayat ia akan jadi 100 ayat. Yang lebih terok lagi ialah ...... your words can againts you in the court of laws. am I right?. Kemudian dia boleh diputar belitkan oleh lidah macam k----g.
Sebaik baik orang waras jangan layan orang gila berdebat. Saya tak suka layan orang gila. Kalau nak tau juga cubalah geletek orang gila, kita ramai yang turut gembira termasuklah orang gila tu!. Menulis fakta pun kita boleh ketawa. Saya suka geletek dia. Dalam EGM pun sempat saya geletek. Melatah dia. Macam Parlimen sidang yang mulia. Mereka meluahkan pandangan , dia kutuk dan bangkitkan emosi, kadang kadang kena halau dari dewan. Tetapi nampaknya kita...... jauh lebih baik dari itu. They're making funny attitudes and grimly faces. The best jokes always on the high minds, they always jump on conclusion. Saya teringatkan kata kata guru B.I 1119 saya, Mr. E.V.Collins, guru dari U.K, he said "senior citizens, they keeps skeleton in the closet and handfull tricks by their sleves'. Saya amat faham kata katanya dan sangat berterima kasih. Sayangnya saya tidak melihat mereka dengan jelas. AGM akan datang saya nak duduk bersetentang dan duduk dengan jelas. Nak tahu ?..... jadi orang tua macam kami.
Jangan tulis dalam grups. Tulis petition jangan panjang, jangan meleret, alamatkan kepada PPS lekatkan setem RM4/= setem hasil, poskan ditong hitam diluar pejabat pos. Get yourself a statisfaction.

Thursday, October 22, 2009

PERSIDANGAN LUAR BIASA - jangan pandai cakap

Ibu bapa mempunyai kreteria yang sama dengan guru. Hanya guru taraf haraki nya kurang sedikit dari bapa. Takde ibu yang cemburu pada kecantikan anak gadisnya, bahka ia bangga kerana adalah reflek dari kecantikan nya dahulu.
Tiada bapa sakit kerana pencapaian anak anaknya. Bahkan dia akan berhabisan kerana nak melihat anak nya berjaya.
Takde guru yang sanggup membiarkan muridnya gagal. Ia akan mengajarnya sampai berjaya.

Tapi dalam dunia moden ni. Anak berani merperlekeh ibunya, memperbodohkan bapa. Apalagi gurunya. Rakan serpermainan gurunya lagi diperlekehkan. Lagi diperbodohkan. Anak anak ini yang dilaknati Allah. Sebagai contoh , satu surat wasiat dari langit dan bahasa surat tu bahasa sofisticates. Kami faham arwah cg Kalsom tidak berpelajaran tinggi. Tapi janganlah kenakan dia dengan bahasa sofisticate.
Apa hal sekali pun jangan merperbodohkan diri anda dengan persoalan dan soalan dan andaian serta keputusan yang belum terjawab.

Kita ada tempat nak mengadu, jangan pandai tulus dalam grups. Repot polis, repot kat mana mana. Masa bercakap di EGM tergagap gagap. Tak puas hati repot, adukan kat pokok boleh.

Tuesday, October 20, 2009

PERSIDANGAN LUAR BIASA - bisik bisik

EGM dah selesai....., AGM akan turut datang. Semoga kerja baik dapat dipermudahkan Allah ....tak tahu lah. Dengar dengar nya berita angin ada buat solat hajat di Masjid Negara, terima kasih kerana berdoa untuk kami. Semuga usaha sahabat beroleh rahmat yang berlipat kali ganda. Kebenaran itu tetap kebenaran. Kita buat kerja.

EGM dah selesai....., ayat yang nak diperbetulkan dah siap. Ayat yang silap, perenggan yang salah dan fakta yang tidak tepat kita dah perbetulkan. Majoriti yang hadir adalah terdiri daripada gurulatih dan pentadbir muda. Barisan yang kita letakan sebagai 'pelapis'. InsyaAllah PSSGM akan mantap selepas ni. Kita tunggu dan lihat. Jangan andaikan, jangan buat janji. Buat kerja berkumpulan. Ada AJK yang hadir nak bercakap berdekah dekah tetapi bila siasat kehadiran mesyuarat AJK tahun 2008 datang 2 kali dan tahun 2009 datang sekali. Macam tu pun ada.

EGM dah selesai....., antara yang dipertikaikan..... daftar PSSGM tetapi ajar silat lain, takde nama Gayong pun....Tapi apa pun kami bersidang dalam suasana harmoni, happy macam family gathering gamaknya. Akan datang bila AGM nanti, Perwakilan Daerah dah boleh hadir, nak pilih sape pun boleh. Tapi jangan buat lawak....janganlah jadi badut. Sedih....Pen. SUA en. Sulleh buat rakaman video. Ia akan jadi ' best jokes of the best video clips of the year 2009'.

EGM dah selesai....., Lembaga Waris Amanah yang Tujuh, dibuat atas dasar wasiat ADMAR. Surat pekelilingnya 1990 yang dihantar olah encik Razali Salleh SUA (ketika itu), ADMAR sebagai YDP (Presiden) ketika hidupnya. Surat pekeliling ditujukan kepada semua AJK Pusat dan YDP Negeri . Surat originalnya masih tersimpan dalam frame. Saya yang menjawat YDP
Melaka sejak 1984, dan AJK Pusat dari tahun 1986. Saya turut terima arahan sebegitu. Cuba jawab satu soalan;
DIMANAKAH ANDA ANDA KETIKA ITU ??. Sebenarnya rekod, surat menyurat, dokumen masih tersimpan rapi. Rekod kenaikan bengkong dan apa pun ....ada.

EGM dah selesai....., rumah siap pahat berbunyi peribahasa Melayu, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, lebih kuah dari sudu, guna akal dari budi yang disebut oleh Perwakilan dalam EGM. Kita pun nak tengok macam mana budak budak melatah. Kita nak lihat betulkah guru yang mengajar. Perwakilan melihat beberapa orang kawan kawan dia merajuk.
Latah orang tua, lain caranya....lebih bersopan. Latah kanak kanak ...merajuk. Latah orang muda....protes. Lain kali buat sepanduk dan kain rentang ( ini nasihat).

EGM dah selesai,,,,,., ada lagi......simpan dulu. Tunggu siaran akan datang.

PERSIDANGAN LUAR BIASA - perkara berbangkit

Pejabat Pesuruhjaya Sukan meluluskan Penggubalan Perlembagaan PSSGM APS 0149/99, pada 25 N0v 2008, sebagai perlembagaan baru. Satelah AGM pada tahun 2005 maka YDP ASKalsom dan AJK Pusat memandat kepada 7 orang AJK termasuklah AJK yang peguam untuk mengkaji perlembagaan. Sampai 3 tahun..... habok pon tarak. Maka AJK Pusat meminta saya dan Cik Puan Mariam (bukan Datin) ambil alih, menguruskan nya. Tanpa mengira masa, wang ringgit, urusan yang ditinggalkan, mengenepikan kepentingan peribadi, meminta khidmat orang lain untuk menyelia anak anak dan keluarga. Dalam kronologi saya menghitung sebanyak 25 kali berulang alik dari Melaka ke Bkt. Jalil. Semata mata hendak memastikan ia berjaya.

Dengan nasihat pegawai pegawai Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan nasihat Pesuruhjaya dan Timbalan nya maka mereka bersetuju meluluskan Penggubalan Perlembagaan (Perlembagaan Baru) untuk PSSGM APS 0149/99, bukan Pindaan PPP 361 atau berikutnya.
Maksud Penggubalan bukan nya pindaan. Kalau pindaan mestilah diadakan EGM. Tetapi dah ramai yang pandai sangat maka AJK adakan EGM, nak luruskan banyak ayat dan perkataan yang timbul, bercanggah, berlapis. Kita nak betulkan persepsi ayat dalam perlembagaan PSSGM bukan nak tunjuk pandai berhujjah. Kita nak perwakilan daerah , negeri. dan AJK pusat boleh mengundi semasa AGM pada bulan depan.
Tujuan ( Extra-odinary General Meeting) EGM atau Persidangan Luar Biasa adalah semata mata untuk memenuhi tuntutan perwakilan. Berdasarkan Perlembagaan Peraturan dulu ada yang peraturan berlapis atau 'double standart'. Ini yang perlu diperkemaskan. Sebagai contoh Peraturan 10.2 bercanggah dengan Peraturan 27 yang tidak menyebut pasal daerah tetapi cawangan. Jadi dengan erti kata yang lain....., perlembagaan dulu...caca marba.

AJK nak perkemaskan perlembagaan, dalam AGM akan datang maka EGM dibuat, biarlah semua ayat yang termaktub tercatit perkara yang betul. Sebagaimana yang telah di luluskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).
Tiba tiba baru nak mula EGM, belum habis mukadimah pembukaan ada pulak perwakilan
dari Terengganu berhujjah. Dia AJK Pusat yang letak jawatan, dia juga gagal dan tidak membantu Penggubalan Perlembagaan PSSGM. Dia juga bertindak saperti 'gunting dalam lipatan' (maaf saya pinjam ayat dari Pen SUA , en. Sulleh Udin). Bila hujah nya tidak diterima maka dia juga membawa kawan kawan nya keluar dewan dengan tepukan gemuruh dari perwakilan yang lain.
Kita berusaha untuk perbaiki keadaan, kita sepatutnya duduk bersama gubal perlembagaan. Jangan buat tunjuk perasaan murahan dengan meninggalkan dewan persidangan, tidak ada apa apa faedah langsung.

Perlu di ingat PSSGM adalah NGO di daftar dibawah badan sukan, bukan harta pemilik tunggal. Kuasa tertinggi dalam perlembagaan tertakluk kepada keputusan Perwakilan. Selamat tinggal 361, selamat datang kami alu alukan APS -0149/99.
Maka kita telah kaji perlembagaan. Kita lalui setiap perenggan. Kita teliti setiap ayat. Kita berjaya telah berjaya membuat Pindaan. Kita sudah melakukan nya dengan landasan yang betul. Prosidur yang ditetapkan. Amat besar hikmahnya kalau kita bersama.
Macam mana baik pun kita buat tetap ada 10% nya yang gatal tergaru garu.

Monday, October 19, 2009

PERSIDANGAN LUAR BIASA - The conclution

October 17, 2009 Ex-odinary Meeting was held in D'Palma Hotel. Which attended by most of the reprentetive eccept Serawak, they can't make it...I don't think so. The EGM ended merely Maghrib later on continue with dinner. Furnish with announcement from me .......'dengan ini saya ingin menyampaikan setinggi tinggi tahniah Cg. Adi yang telah menerima Bintang Kebesaran pada 10 Okt 2009 dari Kerajaan Melaka , Bintang DSMS, yang membawa gelaran Datuk, ini saya perkenalkan Datuk Adiwijaya bin Abdullah'. Denagan gemuruh dari hadirin meyambut dengan tepukan. Mereka seronok. Saya dihujani oleh kawan kawan yang berjabat tangan secara 'ada udang disebalik batu', ehm! ehm! ... bila kami pulak, sindir kawan kawan. Ini adalah satu penghurmatan kerajaan kepada aktivis silat. Ini bermakna atas tiket PSSGM dah 3 orang yang dapat gelaran Datuk. Saya sendiri (YDP Melaka), Datuk Yaakop (YDP Penang) dan Datuk Adiwijaya (YDP Kedah). Datuk Zainal Sakom tiket politik.
Ada yang tak puas hati maka 1 orang keluar diikuti 9 orang kuncu kuncu nya (mereka tak faham) pun sekali (kesian dia).

Walau bagaimana pun kita tetap orang silat, kita tetap turun gelanggang. Lepas nie program atau Kursus Gurulatih dan pelajaran PSSGM, termasuk luar negara pun kami pelawa. Tarikh dicadangkan 3, 4, 5 dan 6 Dis 2009 di Komplek Belia dan Sukan, Ayer Keroh, Melaka. Sistem bengkong anugerah, berigerah dan beligerah dah tak releven. Jangan nak berangan nak jadi 'Super Grandmaster' ( PSSGInternational) yang lebih hebat dari Mahaguru.
Apa tak nye!. Beri bengkong hitam keris pun tak khatam!. Dalam U-tube dah mula guna epal (ini cite lain). Sungguh memalukan dan yang menyampaikan pulak tak de rekod diHQ dia dah khatam keris apatah lagi khatam tombak.

Super Grandmaster ni tolonglah bangkitlah dari mimpi, sedarlah diri tu sape, muhasabahlah yang kamu nak harong, nak randok nak redah tu bukanlah anak sungai tetapi 'avalance' salji sejuk yang akan bertukar menjadi larva yang melegak.

Saya tak suka dengar ada orang menjanjikan gula gula yang manis tapi dapat kencing manis. Menjanjikan coklat tapi terkulat kulat. Janji juta, juta dan juta tapi auta.

Sunday, October 11, 2009

PERSIDANGAN LUAR BIASA - 17-10-2009

Hari Sabtu 17 Okt 09, jam 2.30 petang. Di Hotel D'Palma, Ampang. Perwakilan dari seluruh negara akan kearah mana Gayong akan diterajui. Dah ADMAR pulang kerahmatullah, alyhm. Razali, Datuk Hj Ahmad Lazim, Pn Siti Kalsom pun dah pergi, Tiada Waris Amanah Mutlak.
Kita mahu Presiden itu boleh dipilih dari mana mana ahli yang dan layak. Ada beberapa pindaan yang dirangka bahawa Silat Seni Gayong Malaysia bukan bapak aku punya.....atau Tok kamu punya, tapi..... kita punya, murid Meor Rahman punya !!.

Friday, October 9, 2009

KE ARAH SEJAGAT , SE GAYONG, 1 DZATT,

Dalam perkembangan Silat Seni Gayong Malaysia, almarhum Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR) telah berpesan PSSGM memantau perkembangan SSG sedunia. Sesuai dengan perlembagaan Peraturan 2(e.).

HEBATNYA SENI GAYONG BUKAN SEKADAR SILATNYA, TETAPI KEKUATAN UKHWAH DAN PERSAUDARAAN NYA MENJADI PERTIMBANGAN .

Sekarang kita telah berkembang.USA, Kanada, England, France,Maghribi, Mesir, Jordan, Kuwait, Australia dan dalam proses Belgium, Belanda, New Zealand dan kita hantar demo ke German, South Africa, Sepanyol , Emirate Arab. Kita tak lupa Brunei.Lagi tak lupa saudara terdekat Singapura. Kita bercakap 1 bahasa, melambai 1 isyarat, berkuda kuda sama rendah, menjuring sama tinggi. Kita akan mantapkan sekreteriat Gayong Antarabangsa.
Tiba tiba saya dengar disebelah tambak sana. Buah Kilas Sawa Berendam bukan lagi no.1. Saya menyeru kita tak dapat menghalang perkembangan arus Silat Seni Gayong. Tapi boleh mengawalnya secara sehat, mengikut syarat dan terma kita. ADMAR telah mempeloporinya terlebih dahulu . Di France kita berjaya mengislamkan 22 saudara baru, kita juga berdakwah.

Kita amalkan pendekatan baru. Kita ramaikan saudara, jangan buang saudara. Kami di sini mempunyai >> 300,000 members. Kesemuanya tak termasuk Singapura 1.2 mils. Jangan kerana hal sedikit dia ketepikan. Jangan hal remeh saya atau dia diperlekehkan, ....sampai merajuk bertahun tahun. Lupa bayar yuran !!! , hutang lah tu!!. ada pulak com. members jadi batu api. Itu bukan berbuat dosa besar.

Dari Singapura, kami telah menerima lawatan dari anak anak arwah Pak Joned (PERWANIT). Kumpulan Arw. Pak Buang dan bekas AJK PASAK Hj. Jawahir (Presiden PSSGS) . 12 tahun saya tak keSingapura, saya sedang cuba memahami apa yang berlaku disana.
Saya tahu PASAK ada tuan nya, PERWANIT ada tuan nya, GAYONG Sendeng Belalang ?? dan PSSGS dengan pendirian nya. Adakah Gayong Singaoura dah ada 4 pecahan.
Kita difahamkan, dipesankan bahawa seluruh Silat Seni Gayong Meor Rahman punya. Wasiat Mahaguru 'Jaga Gayong'.
Kami di Malaysia dan Gayong SeDunia, tabik Tn Hj Husin Kaslan, restuilah kami. Nama Pak Husin amat disanjungi. Ramai pemuka Gayong dah tiada. Siti Kalsom, Datuk Mat Lazim dan Hj Razali Salleh dah kembali. Datuk Mat Lazim pernah menamakan Tn Hj Husin Kaslan sama sama memantau Gayong sejagat. Kami berdoa supaya kita bersama,
WALAUPUN LAIN KAPAL TETAPI DALAM ARMADA YANG SAMA.

Maaflah saya tak dapat datang, saya nak datang tetapi ada ketentuan lain yang memerlukan khidmat saya. Wassalam.