Salam 1 Malaysia. Mesyuarat AJK2009 -2011 kali pertama diadakan diMelaka. Program diMelaka adalah 3 +1. Mesyuarat AJK Kebangsaan + Penyampaian Sandang + Kursus Pemantapan Silibus PSSGM dan serantau. Sesuai dengan Perlembagaan, Peraturan 2(e). PSSGM adalah kuasa merujuk Silat Seni Gayong diseluruh dunia. Itu pesanan ADMAR, hanya ADMAR yang kita akur.
Merujuk dari wasiat ADMAR pada 8.9.89. Kami yang bersumpah mengaku taat setia padanya sebagai guru kami. Sesiapa yang memesong sama ada senghaja atau tidak, sila perbetulkan.
Cuba tanya kepada semua saksi yang ada apa isi kandungan surat wasiat 8.9.89 itu. Baca betul betul. Dua muka sahaja. Baca perenggan demi perenggan, baris demi baris, ayat demi ayat, tolongggg.. fahamkan.......Dalam EGM dan AGM dah kemukakan buktinya. Hendak apa lagi???. Kalau tak faham juga, sedih. Kalau tak nak faham berhenti mengaku jadi murid ADMAR dan tak layak menjadi ahli PSSGM. Kesilapan ACSK yang lalu kami cuba perbetulkan. ACSK telah bertindak melampaui bidang kuasa yang diamanahkan. Sila tafsirkan maksud 'Melampaui bidang kuasa yang diamanahkan'. Itulah sebabnya, apabila mereka buat solat hajat dan tahjud, memohon diberi taufik dan hidayah pada kebenaran. Alhamdulillah. Kami yang amat berterima kasih kerana doanya dimakbulkan untuk kami. Tolong sedar sedikit.
Surat dari Kapt. Kudus pada 5hb. Dis 2006 adalah tidak timbul, kerana AJK tidak guna pakai. Nak guna DNA ape benda pon bulleh, tapi AJK tak mahu pakai. Walaupun tulen sahih sekali pun. Tapi AJK tak mahu guna pakai. Tak mahu pakai. Kenapa gelabah sangat ni. Soalnya, Pegawai Polis yang menjalani siasatan pon mengatakan, tak ada asas. Kerana surat tu tidak diguna pakai. Belum nak pakai. Agaknya mereka minta digunakan surat tu kot!. Nanti huru hara, gelabah. Kapt. Kudus tu bukan kecik anak. Ex-Timb. Menteri yang ada sy. guaman sendiri pun dah salah rentak.
Pada Januari 2008, apabila saya ditanya oleh Cg. Faid dan En. Sulleh mengenai cg. W. Spontan saya menjawab,secara jujur saya komen, 'saya suka budak tu, dia rajin tapi perlu dipolish, jangan gopoh'. Mesej tu tak sampai agaknya. Jadi telah ditakdirkan dia gopoh. Kegopohan tu telah memijak kepala otai tua yang selama ini berdiam mengantuk tersengguk. Sampai satu peringkat kami diperbodohkan oleh kmh, zul dan yang saya kasihi cula hitam, proxy cg. dan 3 orang lagi.
Masaalah biasa yang boleh diselesaikan dengan mudah, tapi berhadapan orang yang memberi masaalah itu cukup mencabar, apatah lagi memperlekehkan orang lama. Sedih lagi, isu sebenarnya bukan orang muda tidak menghurmati orang lama atau sebaliknya. Konon nya tidak taat pada Wasiat dan Tauliah. Kami tidak menyalahkan arwah CK. Tapi kami menyalahkan orang yang mengarang surat wasiat & tauliah tu. Kerana dia benar seorang pengarang yang baik tetapi..............dia lupa atau sebenar benar dia lupa atau buat buat lupa, disebabkan dia tidak pernah wujud dalam PSSGM sebelum 1990. Kenapa tak siasat dulu. Kenapa nak ketepikan wasiat Mahaguru. Kenapa aktiviti diluar bidang kuasa wasiat wujud. Pasal ada orang yang tak kenal Mahaguru, ADMAR yang perlu di taati. Kalau sesiapa yang nak selewengkan wasiat Mahaguru, maka kami yang akan perbetulkan, ....dengan kos.
Kalau nak tembak dengan roket 'heat seeking missile' pastikan badan badan kita tak panas atau dekat dengan panas. Peluru missile tu boleh datang balik ....makan tuan, ooopps bom tuan dia balik. Pernah saya berkata sedekat dulu, 'bahawa silat adalah hasil dari keringat, darah dan airmata pahlawan dulu dulu, bukan sekadar sebuah tesis saja'.
Kalau kurang jelas penerangan ini saya saya saya boleh scann suaat tu. Maka datanglah pejabat Gayong Melaka pun bulleh. Sorang sorang buleh, berkumpulan atau rombongan pun buleh.
Nasihat 1.:
Adek beradik sedarah sedaging, seibu bapa, waimma membesar serumah, makan sepinggan. Apabila berepot repot polis dan dicabar, diheret ke mahkamah. Maka jalan penyelesaian secara muzakarah, secara ukhwah terlerai . Hilang kasih sayang. Musnahlahlah segala harapan. Robohlah jembatan persaudaraan. Cuba jangan buat, kalau buat gak dia memang hebat.
Nasihat 2,:
Apa kita bermimpi berada ditengah dipersimpangan yang banyak, jangan teruskan, jamin kamu sesat. Pastikan kamu berpatah balik. Berpatah balik adalah jalan lebih selamat dan kemudian kemudian apabila sedar. Isytighfar dan bersyukur, tidur semula membawa kompas atau set yang ada GPS, Apatah lagi kalau bukan bermimpi. Jangan macam tu.
Nasihat 3:
Ada orang tua yang dah 'jumud' dah hang. Ada yang dah gigil gigil. Tetapi sikap pendekar tua tetap gembira bila dicabar. Dia akan bertenaga semula. Pesanan guru, pantang mengaku kalah, berpatah sayap ku bertongkat paruh, berdaka daki tetap ku daki jua. Mereka sentiasa bersedia, dalam silat ada langkah, dalam langkah ada lapis, dalam lapis ada buah, dalam buah ada bunga, dalam bunga ada pelepas, dalam pelepas ada kilas, dalam kilas ada balas. Juga dalam silat ada silap, dalam silap.....
Fikirlah sendiri . Nak kendur atau nak bergeroh lagi, tak kisah. Saya nasihatkan rehatlah beri Datuk Adiwijaya bekerja dengan tenang. Jangan pentadbiran kami diganggu gugat.............peace bro. Jangan ada statemen yang bercanggah atau provokasi.