Tuesday, December 22, 2009

Silibus Ringkas PSSGM - Melaka


Mulus/Kosong - 36 jam. Tapak 7/21+pentas+++
Awan Puteh - 42 jam. Tapak 14/21+pentas+kombat 7/21+++
Hijau - 48 jam. Tapak 21/21+pentas+kombat 14/21+++
Merah - 48 jam. Pisau+kombat+21/21++................................... AlIkhlas 70'000
Merah I - 48jam. Simbat+Pecahan Tapak
Merah II - 48 jam. Parang+ Pecahan Tapak ....... Gurulatih Tahap 2
Merah III - Seni Keris
Kuning - Khatam Keris...................................................................Muteh
Kuning I - Simbat Sok
Kuning II - Parang Panjang (pedang) ......... Gurulatih Tahap 3
Kuning III - Tembong (Tongkat Panjang)
Kuning IV - Parang/Rantai
Kuning V - Tekpi ....................................... 21 zikir / petua.
Hitam - Tombak ...... Gurulatih Tahap 4
Hitam I - Khatam Tombak
Hitam II - Rajawali, Yoi & Belian (harimau)
Hitam III - Cindai Dalang/wakil perlimau
Hitam IV - ADMAR dh berpesan,.....44 zikir petua.
'kalau Kipas Nandung belum matang jangan pakai Hitam 4'.

Wednesday, December 16, 2009

APO NAK DI KATO

Salam 1 Malaysia. Mesyuarat AJK2009 -2011 kali pertama diadakan diMelaka. Program diMelaka adalah 3 +1. Mesyuarat AJK Kebangsaan + Penyampaian Sandang + Kursus Pemantapan Silibus PSSGM dan serantau. Sesuai dengan Perlembagaan, Peraturan 2(e). PSSGM adalah kuasa merujuk Silat Seni Gayong diseluruh dunia. Itu pesanan ADMAR, hanya ADMAR yang kita akur.

Merujuk dari wasiat ADMAR pada 8.9.89. Kami yang bersumpah mengaku taat setia padanya sebagai guru kami. Sesiapa yang memesong sama ada senghaja atau tidak, sila perbetulkan.

Cuba tanya kepada semua saksi yang ada apa isi kandungan surat wasiat 8.9.89 itu. Baca betul betul. Dua muka sahaja. Baca perenggan demi perenggan, baris demi baris, ayat demi ayat, tolongggg.. fahamkan.......Dalam EGM dan AGM dah kemukakan buktinya. Hendak apa lagi???. Kalau tak faham juga, sedih. Kalau tak nak faham berhenti mengaku jadi murid ADMAR dan tak layak menjadi ahli PSSGM. Kesilapan ACSK yang lalu kami cuba perbetulkan. ACSK telah bertindak melampaui bidang kuasa yang diamanahkan. Sila tafsirkan maksud 'Melampaui bidang kuasa yang diamanahkan'. Itulah sebabnya, apabila mereka buat solat hajat dan tahjud, memohon diberi taufik dan hidayah pada kebenaran. Alhamdulillah. Kami yang amat berterima kasih kerana doanya dimakbulkan untuk kami. Tolong sedar sedikit.

Surat dari Kapt. Kudus pada 5hb. Dis 2006 adalah tidak timbul, kerana AJK tidak guna pakai. Nak guna DNA ape benda pon bulleh, tapi AJK tak mahu pakai. Walaupun tulen sahih sekali pun. Tapi AJK tak mahu guna pakai. Tak mahu pakai. Kenapa gelabah sangat ni. Soalnya, Pegawai Polis yang menjalani siasatan pon mengatakan, tak ada asas. Kerana surat tu tidak diguna pakai. Belum nak pakai. Agaknya mereka minta digunakan surat tu kot!. Nanti huru hara, gelabah. Kapt. Kudus tu bukan kecik anak. Ex-Timb. Menteri yang ada sy. guaman sendiri pun dah salah rentak.

Pada Januari 2008, apabila saya ditanya oleh Cg. Faid dan En. Sulleh mengenai cg. W. Spontan saya menjawab,secara jujur saya komen, 'saya suka budak tu, dia rajin tapi perlu dipolish, jangan gopoh'. Mesej tu tak sampai agaknya. Jadi telah ditakdirkan dia gopoh. Kegopohan tu telah memijak kepala otai tua yang selama ini berdiam mengantuk tersengguk. Sampai satu peringkat kami diperbodohkan oleh kmh, zul dan yang saya kasihi cula hitam, proxy cg. dan 3 orang lagi.
Masaalah biasa yang boleh diselesaikan dengan mudah, tapi berhadapan orang yang memberi masaalah itu cukup mencabar, apatah lagi memperlekehkan orang lama. Sedih lagi, isu sebenarnya bukan orang muda tidak menghurmati orang lama atau sebaliknya. Konon nya tidak taat pada Wasiat dan Tauliah. Kami tidak menyalahkan arwah CK. Tapi kami menyalahkan orang yang mengarang surat wasiat & tauliah tu. Kerana dia benar seorang pengarang yang baik tetapi..............dia lupa atau sebenar benar dia lupa atau buat buat lupa, disebabkan dia tidak pernah wujud dalam PSSGM sebelum 1990. Kenapa tak siasat dulu. Kenapa nak ketepikan wasiat Mahaguru. Kenapa aktiviti diluar bidang kuasa wasiat wujud. Pasal ada orang yang tak kenal Mahaguru, ADMAR yang perlu di taati. Kalau sesiapa yang nak selewengkan wasiat Mahaguru, maka kami yang akan perbetulkan, ....dengan kos.
Kalau nak tembak dengan roket 'heat seeking missile' pastikan badan badan kita tak panas atau dekat dengan panas. Peluru missile tu boleh datang balik ....makan tuan, ooopps bom tuan dia balik. Pernah saya berkata sedekat dulu, 'bahawa silat adalah hasil dari keringat, darah dan airmata pahlawan dulu dulu, bukan sekadar sebuah tesis saja'.

Kalau kurang jelas penerangan ini saya saya saya boleh scann suaat tu. Maka datanglah pejabat Gayong Melaka pun bulleh. Sorang sorang buleh, berkumpulan atau rombongan pun buleh.

Nasihat 1.:
Adek beradik sedarah sedaging, seibu bapa, waimma membesar serumah, makan sepinggan. Apabila berepot repot polis dan dicabar, diheret ke mahkamah. Maka jalan penyelesaian secara muzakarah, secara ukhwah terlerai . Hilang kasih sayang. Musnahlahlah segala harapan. Robohlah jembatan persaudaraan. Cuba jangan buat, kalau buat gak dia memang hebat.

Nasihat 2,:
Apa kita bermimpi berada ditengah dipersimpangan yang banyak, jangan teruskan, jamin kamu sesat. Pastikan kamu berpatah balik. Berpatah balik adalah jalan lebih selamat dan kemudian kemudian apabila sedar. Isytighfar dan bersyukur, tidur semula membawa kompas atau set yang ada GPS, Apatah lagi kalau bukan bermimpi. Jangan macam tu.

Nasihat 3:
Ada orang tua yang dah 'jumud' dah hang. Ada yang dah gigil gigil. Tetapi sikap pendekar tua tetap gembira bila dicabar. Dia akan bertenaga semula. Pesanan guru, pantang mengaku kalah, berpatah sayap ku bertongkat paruh, berdaka daki tetap ku daki jua. Mereka sentiasa bersedia, dalam silat ada langkah, dalam langkah ada lapis, dalam lapis ada buah, dalam buah ada bunga, dalam bunga ada pelepas, dalam pelepas ada kilas, dalam kilas ada balas. Juga dalam silat ada silap, dalam silap.....

Fikirlah sendiri . Nak kendur atau nak bergeroh lagi, tak kisah. Saya nasihatkan rehatlah beri Datuk Adiwijaya bekerja dengan tenang. Jangan pentadbiran kami diganggu gugat.............peace bro. Jangan ada statemen yang bercanggah atau provokasi.

Tuesday, December 1, 2009

AJK PSSGM 2009 - 2011

surf www.gayongmalaysia.com

1. Komen membangun dialu alukan dan diterima. Nak tolong sampaikan pesanan pada Datuk Adiwijaya dan AJK sekelian, saya boleh sampaikan dengan terma dan syarat................ iaitu berhemah dan BERMUTU.

2. Pelajar IPT dan graduan yang nak menyumbang idea dan tenaga. YES!. kita alu alukan. Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada PSSGM.

3. Saya dalam usaha untuk merekrut penulis Buletin Gayong dari berbagai punca negeri, daerah, IPT dan individu. emailkpd saya:
www.datoismailjantan@yahoo.com
boleh guna nama samaran. Nama sebenar akan dirahsiakan. Buletin akan dilancarkan sebaik baik dilulus oleh KDN Akta Cetak.



Sunday, November 29, 2009

MUHASABAH DIRI KAU, AKU DAN DIA.

Assalamualaikum wbt. Salam 1 Malaysia. Aku sering di ingatkan supaya muhasabah diri. Buat renungan. Biasanya aku timbang neraca diri. Buruk baiknya tindakan aku selama ini, pasti terjawap. Silapkah bacaanku, rukun solatku. Sakitkah saudara dengan tindakan ku. Bisakah tutur kataku kata. Jawapannya :
Ya !, sebut perbuatan dan tindakan ku. Memang sakit.
Ya !, sebut pasal kata kata ayatku. Memang biso, biso bonar.
Kenapa..... Mengapa.
Dah ku perkatakan , aku jijik mendengar perkara mungkar. Aku mual bila terserempak dengan perkara mungkar dan terbelahak bila terhidu. Perkara yang sebigini aku dah tahan, apatah lagi ianya cuba disogok, dijolok ketekak ku...........dan cuba digelumangkan dengan fakta lemah yang ajenda nya amat tersendiri.

Kalau perkara ini diselesaikan dengan secara berhemah, tidak menyinggung dengan dan tidak memperlekehkan guru senior. Maka kekusutan takkan terjadi. Sedarkah bahawa sekadar satu wasiat dari langit konon nya dapat dijadikan satu bukti kukuh 'hard evidence' untuk Gayong Malaysia beralih tuan. Cerita nya macam filem Tamil ..........dengan satu cop jari yang terpaksa, tidak ikhlas dan tidak sesuci hati dia berbuat demikian maka semua harta benda, Rupees berjuta kror, berpindah tangan. Tuan rumah serta isi keluarganya boleh dihalau. Agaknya idea tu dapat dari filem Tamil kot.

Imbas kembali kata kata Menteri Belia & Sukan yang dulu YB. Dato' Azlina : ,'bahawa persatuan sukan bukan harta persendirian'. Itulah sebabnya ianya perlu EGM dan AGM. Demokrasi melalui perwakilan. Mana demokrasi ada pakai main tunjuk aje. Mana demokrasi ada jalan pintas, main tunjuk tunjuk dan surat pelbagai. Kalau DEMOKASI tu adalah........ hak. Kalau nak mudah, maka jadi mudah jua jadinya. Nak saman menyaman, nak failkan affidavit yang baru. Kami AJK PSSGM yang baru tak kisah, walaupun kalangan kami ada hantu raya. Walaupun dia ada kawang dalam Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Dia boleh beri 'pressure' dalam membuat keputusan.

Patutlah dapat sandang ekspres dan bengkong hitam, tak payah diuji. Ini berigerah nama nya. Tidak pernah dalam sejarah lama atau baru PSSGM, Bengkong Hitam dan Kuning belajar Seni Parang dari jurulatih Bengkong Merah 3. Jangan salahkan penerima.
Tolong namakan tajuk filem Tamil ini.......................... .

Thursday, November 26, 2009

ZAMAN PANCAROBA YANG DI LALUI - 1971 - 1975

Hari ni HR Aidil Adha. Juga hari jadi ke-31 tahun anakku lelakiku. Hari Jumaat ...dua khutbah.Aku muhasabah dan imbas kembali ajaran dan sunnah rasul. Elakkan yang mungkar beramal maaruf. aku bukan uama' tapi....buat yang terbaik. Aku mengingat kembali pesanan dari guruku Datuk Meor Rahman. Aku sejak dari 1962 masih kekal pesanan nya. Pesanan nya,'Jangan tamak ahamak, kerana ia akan membawa kepada kehancuran'. Tiga hari sebelum beliau meninggal, di HKL, dengan satu genggaman yang kuat,'Ma'e jaga Gayong'.
Tiada iri hati pada sesiapa. Jauh dari perasaan hasad dengki. Tidak suka silemah mejadi makanan sikuat, yang cerdik menjadi silicik, mendengar kemungkaran aku dah jijik. Tapi kalau itu 'hak' tetap aku pertahankan.
Kepada anak cucuku dan murid muridku. Ini adalah biografi ringkas sebagai tatapan. Mereka nak cakap apa.....cakaplah...

Zaman Pancaroba 1971 -1975. Umur 19 - 24 tahun. Berat badan 68 kg. dan ketinggian 178 sm. Handsome, berbudi bahasa halus. Menghurmati orang tua.
Singapura pepereksaan sekolah menengah setakat Secondary Four (Sec 4). Menduduki pepereksaan Senior Cambridge ( sekarang GCE 'O' Level) . Belajar di S'pore Tech. Institute tiga tahun. Bidang Mechanical Engineering. Nak masuk U tak mampu. Zaman tiada pinjaman MARA, takde tabung PTPTN. Hanya biasiswa FaMa ( Father & Mama). Untung anak anak sekarang.
Bulan April 1971 aku menjejaki Texas Instrument (S) Pte. Ltd. , Kallang Basin, S'pore kerana dihantar oleh kolej untuk I.T( Industrial Training) juga disebut L.I (latihan industri) dengan elaun S$210/= (dah gaji koporal masa itu). Bulan Jun barulah 'final exam'. Tamat belajar saya kekal mejawat pekerjaan disitu sebagai Asst. Engineer dengan tawaran gaji S$380/= (dah gaji pegawai pulak). Zaman susah, susah nak belajar, sudah nak dapatkan pekerjaan.

Masa belajar...... masa sekolah menengahnya sekolah pagi dan petang nya sekolah agama pelajaran nya modul JAIJ. Sampai kelas 7, kelas khas 4 Thannawi. Tapi sayang bahasa Arab kantoi, kalau tidak dah lepas ke Timur Tengah. Abah tekankan lesen memandu. Semasa tunggu result Cambridge abah dah usahakan aku 'driving school'. Tiga bulan kemudian lulus lesen motosikal B penuh diikuti kemudian dengan lesen kereta kelas D. Kemudian ikut abah gi Kelantan, kerumah Pok Tik (hj Latif) Tok Penggawa Jeli. Dia pernah jadi Juara Tomoi 3 tahun berturut ketika era '50 'an. Abah suruh belajar Tomoi......akau ditinggalkan 2 minggu. Itulah abah aku........ Emak mendidik cara lembut, berhemah. Kalau dia duduk disofa, aku duduk dilantai.......dapat peluang aku cium lututnya. Mereka dah lama pergi......aku sangat rindu kepada mereka. Al-Fatihah.

Di IPT aku menggunakan motosikal Honda Cub C50 c.c (S$ 650) subsidi abah punya. Itulah kenderaan untuk ke kolej, untuk ke gelanggang silat. Bila dah mula bekerja motosikal pertama aku Gillera 125 c.c., S$980/= harga dipasaran masa tu.
1971 - fesyen pakaian dah mula saya tak faham. Lelaki dengan seluar ketat 'drain pipe', tali pinggang bawah pusat. Yang pompuan nya dengan mini skirt sejengkal atas lutut. Tarian sosial dah mula terkinja kinja, tergedik gedik. Tarian shake, soul dan twist dan entah apa apa lagi. Tak minat. Aku minat ballroom dances, di IPT pernah dapat 2nd. runner-up dalam 'Orbit Cha-Cha'.
Burger, hot dog mula diperkenalkan, ganja, cannabis dengan mudah dalam pasaran. Syukur, alhamdulillah pendidikan agama, keluarga dan silat....... menjadi pemuda terpelihara. Setiap kali hari raya aku tak pernah mis untuk pulang ke M.T/Lubok China Melaka. Sesekali muncul dimajlis keramaian keluarga. Cuba ambil kesempatan untuk kenal saudara mara, hantar emak ke majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan, adat berkampung dsb nya. Aku anak sulong dari keluarga yang sulong, datuk ku pun anak yang sulong,aku perlu mengenali adat resam dan susor galur famili . Rupanya berat juga tanggung jawab yang diletakkan ke atas bahuku.

1972 - Mahaguru datang dan pergi ke Singapura. Sandang Khalifah. Dah beberapa kali pergi ke Pulau Sudong. Hobi bermotosikal dan menjadi ahli kelab bermotor. Menunggang dengan berhemah dan selamat. Rally dari Saigon ke Singapura, kereta Mini Clubman special edition. Pemain Rugby peringkat Republik Singapura, ahli kelab COBRA ( Combained Old Boys Rugby Assosiation). Posisi 'scrum-left' kadangkala pelari 'three-quarter'. Banyak gunakan helah silat untuk selamat dan mengenakan pihak lawan. Main cara kotor....ada gak. Ada patah dan lutut terkehel. Konon nya salah tackle. Gemar menonton filem Inggeris dan Hong Kong. Mula kawan kawan dengan gadis Cina, belajar bahasa Cina (dialect Hokkien) dengan cepat,..... ekspres.
Indonesia memperkenalkan Silat Olahraga, boleh guna kaki.......... . Datuk Mahaguru pun minat filem aksi. Sanggup ke Singapura nak menonton filem di 'Drive in Cinema,' di Jurong Town. Filem 'Big Boss' oleh mendiang Bruce Lee. Jurong Drive in Cinema hanya seberang Tao Ching Rd, berdepan dengan apartment keluarga kami.

1973 - penghujung tahun '72 dah mula balik kampung bermotosikal. Mula tukar tukar motosikal.
Sampai utara dan pantai timor dengan motosikal.....pemuda lasak. Program silat dah sibuk. Mengembara jelajah seluruh Malaya setiap hujung tahun memang menyeronokan. Jumpa ramai saudara seGayong. Perdana Gayong, Hari Sang SaPerba. Pantang ada cuti hujung minggu yang panjang, jadi alasan untuk outstation. Berkunjung ke gelanggang Depoh Polis jalan Semarak....cg Mat Lazim mengajar (arwah Datuk Hj Ahmad bin Lazim).
Balik kampung aku dirisik. Keluargaku hidup dengan Adat Perpatih. Lelaki dirisik dan dipinang adalah perkara biasa. Dalam kes ini aku pun tak terlepas . Beri alasan laa........

1974 - Setiausaha Majlis Gurulatih Negeri. Fesyen bertukar, rentak lagu, model kereta motor, memancing mula jadi hobi, tendangan kaki super pantas, zaman gemilang mengambur anak harimau 16 orang, rekod Malaysia 17 orang.
Lulus percubaan ujian bengkong hitam HPCS. Harap harap hujong tahun ni lulus ujian diTaiping. Alhamdulillah, urusan ku banyak dipermudahkan. Lawat gelanggang Solok Wan Moh, Batu Pahat, Johor. Khalifah Kanan. Satu hal aku terlupa. Kawan pompuan ramai tapi takde yang special. LUPA NAK BERCINTA.

Sebenarnya aku ni gila hobi dan workaholic. Tukar motosikal lagi. Kali ni superbike Honda 550F. Bawa emak bonceng moto gi orang kenduri kawin. Gempak orang kampung, 'ompek lubang asap diyo'.
Masa berubah, ekonomi dunia parah. Aku terlibat dalam economic recession. Mass lay-out.....diberhentikan beramai-ramai. Dua hari nak raya ...happy juga. Dapat pampasan lumayan. Dua minggu kemudian aku bekerja di Sembawang Shipyard Offshore Drilling Services (S) Pte Ltd. CEO berbangsa German.

1975 - perubahan dasar politik Singapura terasa mencekam. Penguatkuasaan imigresyen dan permit kerja sangat ketara. Aku rakyat Malaysia. Rakyat DYMMSPB Yang DiPertuan Agong.
Aku menulis surat permohonan kerja diMalaysia. Temuduga serentak di Siemens Adv. Tech. Sdn. Bhd., Melaka dan Texas Instrument di Ulu Klang. Siemens menjawab dulu., aku bekerja diMelaka, April 1975. Dekat dengan Kolej Jururawat HBM (1 km), MPPM (2 km), kaw. perindustrian Bt, Berendam (0.5 km). Hobi.......masih sama, sukan bermotor. Motosikal Honda 350 c.c overhead cam, torque 10:1 ratio, sangat berkuasa. Kereta..... Mazda 808. Mula gila memancing..... minat bot dan fotografi.

kerja diMelaka, kedatanganku mula dihidu oleh Jurulatih Ayhmh. Habibah bte Ismail dan Imam Khalifah Melaka, Dato' Mohd Shah, Undang Wilayah Naning. Lokasiku diketahui......... Pendek cerita aku memantau gelanggang . Aku membentuk Majlis Gurulatih sebagai tulang belakang organisasi. Kg. Lendu gelanggang pertama aktif hingga sekarang.
Berulang alik dari Melaka ke Taiping. Bermotosikal Honda 350 dah total lost, adik eksiden. Naik Vespa, scrambler 175, kereta, lori sayur dan keretapi .Asalkan selamat sampai dah syukur.

Disember 25, 1975, No. 71 Kg. Ayer Kuning, Taiping, Perak. Aku diuji dan dinobatkan dengan Bengkong Hitam HPCS yang ke-9. Sejarah tak boleh di ubah.

Aku terkenang kawan kawan lama semasa di kolej mahupun disekolah agama. Yang cantik, manis, manja, yang dah jadi ustazah. Dah terlambat..... dah lost contact. Singapura dah membangun terlalu pesat.
Masa berlalu. Dah ada special......saorang Jururawat.

Wednesday, November 25, 2009

APA APA SAHAJALAH, SUDAH PASTINYA KAMU ADA AJENDA TERSEMBUNYI. KAMU YANG MULAKAN....PANDAI PANDAILAH.

Tuesday, November 24, 2009

KRONOLOGI EGM DAN AGM - 2009.

Salam 1 Malaysia.

EGM (Mesy. Agong Luar Biasa) pada 17 Okt 2009 dah pun selesai, dengan kehadiran perwakilan dari 13 negeri. Kita menggunakan Pemlembagaan PSSGM, Pindaan 1995 - kemudian nya disebut perlembagaan lama (P'L-A). Dengan sokongan majoriti 90%.

AGM (Mesy. Agong Perwakilan Ke-4) pada 21 Nov 2009 pun dah selesai dengan kehadiran dari 14 negeri dan 40 daerah yang sah berdaftar dan dengan kekuatan majoriti 95%. Dengan menggunakan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada 25-10-'08 yang diterima pakai oleh perwakilan semasa EGM pada 17-10-2009, kemudian disebut (PL-B). Sewaktu EGM berlangsung kita juga membuat sedikit pindaan, membetulkan persepsi, pengukuhan ayat dan ayat bertindih. Pindaan itu belum diluluskan oleh PPS. Yang ini kemudian nya disebut (PL-C).
Sepanjang EGM dan AGM telah dirakamkan secara 'life' video En. Sulleh Udin Pen. SUA, dia keluar perbelanjaan sendiri. Rakaman video ini akan dijadikan sebagai bahan bukti kukuh sekiranya diketengahkan.

Yang saya nak imbas dan kembalikan memori para perwakilan dan kepengetahuan ahli ahli PSSGM sekelian amnya ialah paparan beberapa insiden lucu berlaku dan boleh dianggap sebagai kelakar, terpinga pinga tidak faham, yang berbuku hati dan 1001 alasan. Yang tidak faham ....saya akan cuba fahamkan.

INSIDEN No.1- PERATURAN 10.2
Sewaktu EGM pada 17-10-2009, bertempat di Hotel D'Palma, Ampang. Perwakilan dri Terengganu bertanya fasal dan bab perlembagaan mana yang kita guna pakai. Pengerusi menjelaskan perlembagaan yang lama. Tujuan EGM ini adalah mengenai perlembagaan dan pindaan perlembagaan saja.
Si Polan tu bertanya lagi kenapa Daerah tidak dijemput. Kemudian diperjelaskan dengan dibacakan perlembagaan (PL-A) dengan jelas menyatakan Peraturan 10.2; ' Persidangan Perwakilan Tahunan Pertubuhan Kebangsaan ini hendaklah terdiri dari wakil-wakil Pertubuhan Negeri dan ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agong'.
Kemudian si polan tu cuba nak kaitkan dengan Peraturan 27.1; 'Tiap-tiap satu cawangan yang telah didaftarkan dalam sebuah negeri boleh menghantar 3 orang wakil menurut Peraturan 9.3'.

Masalahnya timbul, Peraturan 9.3 tiada kena mengena dengan Peraturan 27,1 atau sebaliknya. Persoalan nya bagaimanakah hendak di kaitkan. Peraturan yang sebeginilah yang nak dikemaskan, diperbetulkan. Maka EGM perlu diadakan supaya AGM boleh menjemput Perwakilan Daerah turut sekali.
Kalau tak faham, kita dah perjelaskan dengan fakta. Bila ramai dah pandai dan pandai pula cuba manupulasikan peraturan. Kalau nak mudah.........maka mudahlah jadinya.

Masaalahnya adalah.... dia tak faham fakta yang mudah. Lagi besar masaalahnya bila tak mau faham atau buat buat tak faham. Dia ingat lagi besar masaalah apabila dia bawa kawan kawannya (10 orang je) keluar dari Dewan Persidangan......dengan iringan tepukan gemuruh dari perwakilan. Mesyuarat belum mula mereka dah keluar, kalau begini sampai bila bila pun tak faham. Kita AJK Kebangsaan pon belajar dari peguam kami. Satu ayat silap maka boleh dipertikaikan. .....can againts you in the Court of Law..... Kami belajar.

Kami EGM sampai selesai. Perwakilan terima sebulat suara, tiada bantahan. Perwakilan EGM menerima pakai Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Pej. Pesuruhjaya Sukan.
Kami orang silat tulen murid Silat Seni Gayong Malaysia, murid ADMAR atau murid kepada muridnya terima jawatan ini sebagai satu amanah. Kita memang sayang PSSGM tapi mereka....TIDAK!!.
Maka pada 21-11-2009 AGM boleh guna pakai Perlembagaan yang sudah diluluskan tanpa was-was (PL-B).

INSIDEN NO.2 - REPOT POLIS
Dalam kesibukan kita nak melaksanakan EGM, satu tanggungjawab kepada organisasi. Kami dipanggil ke Balai Polis Bkt Indah, Cwngn Jenayah Kormersial. Repot dari cikIntan terhadap AJK dengan pertuduhan meraba meraban. Tiada asas pegangan, buang karan saja. Maka Cik Puan Mariam , SUA Tn Hj Anuar Hamid, Cg. Mustapa Kamal, Datuk Adiwijaya dan Kapt (B) Kudus Ahmad bergilir gilir disoal siasat oleh Peg. Penyiasat J.K.
Yang saya nak sampaikan disini bahawa repot itu dibuat oleh Intan, remaja berumur 20 tahun. Dalang dibelakangnya ialah MahaGARU. MahaGARU dibantu oleh kawang dia polis pencen tu. Yang kelakarnya, yang menggeli hatikan, si MahaGARU siap berlakon depan pegawai polis tu dalam balai polis konon nya dia call Tuanku kat England. Punyalah poyo kata polis polis tu.
Lapuran polis tu kami anggap mempuyai unsur sengaja untuk memfitnah dan hasutan untuk menjatuhkan maruah pegawai PSSGM. Boleh disabitkan sebagai Jenayah dalam Akta Hasutan.
Lepas ni entah apa lagi yang ada. Kami hanya senyum kambing saje..... .
MahaGARU memang pandai baling sembunyi tangan .

INSIDEN No.3 - Bkt. Jalil lokasi Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
Kami terima faks dari PPS, pada 23-11-2009, Jumaat jam 2.35 petang. Hasi dari aduan dari cg. ust. Fadzil SU N9. Surat dari PPS itu bertajuk: ISU PINDAAN PERLEMBAGAAN PSSGM DAN PERLAKSAAN EGM PADA 17 OKT '09. dengan tanpa merujuk dan soal siasat PPS telah telah mengarahkan mesyuarat pada 21-11-09 dibatalkan.

Isi kandungan surat tu begini :
1. ..............
2. ..............
3. ...............
4. Oleh yang demikian Pejabat ini memutuskan bahawa pihak Persatuan tidak boleh menguatkuasakan perkara perkara tambahan tersebut selagi ianya tidak dibentang dan disahkan didalam Mesyuarat Agong persatuan serta diluluskan oleh Pejabat ini sebelum dikuatkuasakan.
5. Berhubung dengan Pelaksanaan Mesyuarat Agong Luar Biasa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang telah diadakan pada 17 Okt 2009, Pejabat ini berpendapat bahawa sekiranya ia berdasarkan kepada perlembagaan baru maka pelaksanaan Mayuarat Agong Luar Biasa tersebut adalah tidak sah dan terbatal.
6. .......

Menjelang petang Jumat semua AJK dah haru-biru macam 'dibobar dek olang'. Hari Isnin pergi Pej. Urusan PSSGM siapkan dokumen, cuba buat temu janji dengan Pesuruhjaya Sukan , tapi gagal. Kami buat temujanji dengan YB Menteri Belia dn Sukan diKLIA sebelum dia berlepas keMekah. Mudah pula jumpa menteri daripada jumpa Pesuruhjaya Sukan..Kemudian barulah Pesuruhjaya Sukan sudi mendengar penjelasan kami. Kami mesyuarat lagi. Tamat jam 2 pagi tak balik Melaka besoknya nak hantar surat balasan ke PPS diBkt. Jalil. Maka kita akan Mesyuarat Agung.

Hidup dengan niat nak menyusahkan orang lain.....sia paleh. Allah maha kaya, dipermudahkan semua urusan kami . Jumpa pula yang saya sayang 'Din Pilah namo diyo., biso, biso bonar. Saya jumpa cg. WAF, hilang rindu saya pada dia.


INSIDEN NO.4 - Affidavit 3 Syarikat Guaman.
Wow!, Apa nie mahkamah pelbagai. Dah lah AJK PSSGM yang bekerja untuk PSSGM, menyumbang tenaga, masa dn wang ringgit. Ada yang kena repot polis, turun naik Balai nak beri keterangan dan kemukakan bukti. Apa punye makhlok dia nie. Species jenis apa dia nie?. Klon tersalah benih agaknya.

Kami terima 7 affidavit melalui beberapa orang peguam yang bersekongkol, antara nya membawa maksud begini kalau saya silap mohon diperbetulkan :
Meminta di isytiharkan dia sebagai Pemegang Waris Amanah Tunggal. Kuasanya luar biasa. Boleh membatalkan jawatan dan apa apa yang diberikan oleh Arw. Cg.Kalsom......... H E B A T.
Affidavit yang lain kita boleh fotostatkan

Ada kuasa keatas PENTADBIRAN, Majlis Gurulatih Kebangsaan dan Majlis Lembaga Adat Kebangsaan. Guru dia pun akan mengambil tapak sembah mengadap.



INSIDEN NO.5 - ROS dan PPS.
Gajah mati meninggal fulang, harimau mati meninggalkan belang. Ini pepatah bahasa Melayu yang mempnyai unsur pelajaran dan ingatan. Jangan tinggalkan memori burok sejarah kita. Sejarah negara, sejarah kampung, sejarah diri kita samaada baik dn elakkan yang buruk. Alhamdulillah jika sekiranya kita menjadi kegemaran ummat, disegani menjadi teladan dan inspirasi. Hindari dari perbuatan memperbodohkan diri sendiri. Jadi bahan gelak umpama badut. Kita semakin tua. Komputer didalam tengkorak dah mula susah nak proses. data Dah my 'hang' nie balik balik cakap pasal ROS' Kami cerita pasal PPS pasal Pejabat Pesurujaya Sukan. Dia buat lagi dengan cerita ROS - Registrar of Society. Bila dia sebut lagi beberapa orang anak muda menepuk dahi. Dah 4 tahun Mesyuarat AJK Pusat berlangsung, dia asyik ponting aje. Patutlah dia tak tahu perkembangan yang dah berlaku.
Sedarlah, bangkitlah dari mimpi bahawa kita berdaftar dibawah Akta Sukan, bukan nya ROS. Pendaftaran Akta Sukan PSSGM ialah 0149/98. PSSGM dah berada 11 tahun dalam Akta Sukan. Bila EGM dia nak hentam AJK pulak. Gigit kawan kawan sendiri. Memanglah dia lupa nak faham pasal mesyuarat.
Bila EGM pada 21 Nov 2009 para perwakilan melihat banyak kerusi kosong yang diatas pentas. Itulah mereka mereka yang gagal melaksanakan amanah Pertubuhan................

KERUSI AJK PUSAT BUKAN UNTUK GLAMOR. YANG TIDAK MEMBERIKAN KOMITMEN AKAN MERASA BAHANGNYA. KEPADA YANG ADA P.H.D LAMBAT LAUN AKAN TERIMA KETULAHAN NYA. ALLAH S.W.T. AKAN MEMBAYAR TUNAI DIDUNIA INI. AMIN, AMIN, YA RABBAL 'ALAMIN.

(PHD = perasaan hasad dengki)