My Blog List

Tuesday, January 18, 2011

BAKAL ADA PERUBAHAN DASAR DALAM PELAJARAN PSSGM

Semalam jumpa dengan YDP PSSGM Kew . Dato Adi , beliau menyatakan untuk mengajar di kem kem tentera akan ada perubahan dalam pembelajaran . Pada bulan Mac akan datang beliau akan jadi tenaga pengajar untuk 100 orang Askar Melayu , untuk dijadikan Jurulatih dalam kem kem tentra ..... Dengan minima latihan asas dalam 500 jam .
Pelajaran pula akan ditetapkan untuk mereka , harus habis kombet 21 , kunci tapak 21 , Pentas tangan kosong , tongkat , pisau dan keris untuk naik merah , naik kuning pula pelajaran tombak dan parang .

Wah macam nak balik ke asal semula ...... syoknya saya .

Tuesday, January 11, 2011

GELANGGANG KEM TERENDAK 10 BRIGED

Pada bulan Oktober 2010 yang lalu , saya telah dihubungi oleh pihak tentra dari Kem Terendak , yang bercadang mengadakan sesi latihan .
Pada 24 Disember 2010 , Pn Mariam telah memberikan taklimat , penubuhan Gelanggang kepada peserta yang berminat , yang beri nama seramai 31 orang .
Pada 5 Januari 2010 telah menjalankan majlis Penerimaan murid di 17 Briged .
Pada 10 Januari 2010 , bermula latihan dengan Gurulatih En Nordin Dengker , saya sebagai pemantau . Hari ini juga akan menjalankan latihan lagi .
Tentra , diajar asas , tetapi minggu pertama dah banyak yang boleh mereka buat .
Mudah mudahan di permudahkan pengurusan latihan .

BERJUMPA KEMBALI

Assalammualaikum .........

Lama sungguh saya menyendiri , bukan kerana apa , tetapi kesibukan yang ada , membuat saya tidak berkesempatan untuk bercerita .

Bagi yang mengenali saya , selamat berjumpa kembali .