My Blog List

Monday, April 23, 2012

 Sehingga hari ini 23.4.2012 tida ada sebarang tindakan !!!!



Kepada,
Setiausaha Agung,
Pertubuhan Silat Seni Gyong Malaysia,                                                                   Tarikh : 6 Mac 2012
Lot 113, Tkt 2, Putri Park Plaza,
Jalan 28, Putra Park,
68000 Ampang,
SELANGOR D.E.

Tuan,

PERKARA : USUL PERSIDANGAN PERWAKILAN LUAR BIASA.

Memandangkan Yang DiPertua (Kebangsaan) sebagai peneraju  Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (APS 0149/98), gagal melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukan oleh Perlembagaan yang telah diluluskan dan metrai oleh Pesuruhjaya Pembangunan Sukan, pada 25 November 2008.
Maka kami, Jawatankuasa PSSGM Negeri Melaka yang bermesyuarat  pada 4 Mac 2012, mengambil keputusan sepakat menggesa diadakan Persidangan Perwakilan Luar Biasa (Mesy. Agong Luar Biasa) di atas sebab sebab berikut :

1. Selama dua tahun ini pihak tuan gagal mengadakan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan dan seterusnya Mesyuarat Agong Perwakilan.
2. Selama dua tahun ini pihak tuan gagal mengemukakan Penyata Kewangan yang berodit pada setiap suku tahun.
3. Selama dua tahun ini, setiap program yang dilaksanakan gagal mendapat mandat terperinci dari Jawatankuasa (buat dulu, makluman kemudian).
4. Selama dua tahun ini pihak tuan gagal mengemukakan kaji selidik program dan penyata kewangan berodit.
5. Selama dua tahun ini, setiap perkara meliibatkan pengeluaran jumnlah wang yang besar, YDP gagal mendapatkan mandat Jawaatankuasa terlebih dahulu.
6. Secara senghaja melanggar Peraturan 29/4.
7. Secara senghaja melanggar Peraturan  2/1d.

Dari  perkara tersebut kami telah hilang kepercayaan kapada YDP dan menarik balik sokongan PSSGM Negeri Melaka., Kami perlu Peraturan 10a/ dilaksanakan dengan kadar segera, gagal berbuat demikian tindakan susulan akan dilaksanakan berikutnya. Sekian, terima kasih.

Yang  Benar
Dato’ Ismail bin Jantan.



YANG DIPERTUA
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
Bahagian Negeri Melaka.

s.k      YAB. Penaung /YAB. Penasihat.
           Pejabat Pesuruhjaya Sukan
           Timb YDP & Naib YDP & AJK
           YDP PSSGM Negeri / SU Negeri.