My Blog List

Sunday, March 6, 2011

Lawatan Persahabatan ke Singapura

Assalammualaikum ....

Lawatan persahabatan PSSGM Kebangsaan telah diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2011 . Antara aktivitinya , melawat Guru Utama Silat Gayong PASAK - Cikgu Hj Husin Kaslan , semua yang hadir dapat bertemu dengannya , walaupun dengan keuzuranya begitu , ianya masih mempunyai ingatan yang kuat terhadap Silat Gayong , harapanya agar Silat Gayong dapat menyatukan umat Melayu tek kira berada di mana .
Seterusnya pertandingan persahabatan dengan PESISI , walaupun PSSGM Kebangsaan hanya dapat 3 pingat emas dari 16 ketogori , tetapi pengalaman itu amat berbalui untuk pesilat pesilat muda yang hadir .
Kami disambut meriah oleh oleh ahli ahli PSSGM di Singapura yang diketuai oleh Pn. Kamariah, Pn. Jamilah dan cg. Ramli Kasiran gurulatih PSSGM Singapura, juga turut serta barisan Jurulatih Muda yang turut sama sebagai guide kami. Walaupun saya membesar diS'pura, sekolah rendah, menengah dan IPT diS'pura. Saya memerlukan GPS untuk bergerak, sesat dalam laman sendiri.
Semasa didewan pertandingan kami disambut oleh SU Pesisi Pn Isiah Majid.
Terima kasih kepada ahli ahli PSSGM - Singapura yang telah memberikan sambutan dalam kehadiran ahli ahli PSSGM dari Malaysia . Terima kasih atas jamuan makan malam yang disediakan oleh Pendekar Temasik, yang tidak dapat dilupakan.
Tetapi nyata , rata rata AJK PSSGM sendiri memang tidak mengenali saya , saya tinggal di Singapura dari umur 3 bulan, 23 tahun kemudian pulang keMelaka secara total. Mengikut keluarga saya yang bermastautin disana . saya bersekolah dan IPT di sana , saya berkerja di sana , walaupun saya tidak dilahirkan disana , saya mendapat pengetahuan, pendidikan tentang Silat seni Gayong hanyalah dari sana , saya tidak mempelajari Silat Gayong dari mana mana guru di Malaysia ini kecuali ADMAR sendiri .
Ramai kenalan yang masih ada di sana seperti anak Pak Cik Husin Kaslan - Rahim Husin (sparring partner) , Salleh , Kamariah , Suraya , Misratin adalah kawan kawan saya . Namun memang ramai yang tidak tahu ..... BERMAKNA MEREKA TIDAK MENGENALI SAYA SECARA TERPERINCI ....