Sekian lama menyepi diri , bukan kerana apa , cuma tak berminat untuk bercerita , mungkin juga di katakan tidur yang lena seketika .
Masa dulu PSSGM dan sekarang berbeza . Apakah ceita , apakah pekara disebaliknya ... kita lihat dan dengar kini .
Saya, Dato' Ismail Jantan adalah seorang penggiat Seni beladiri SILAT SENI GAYONG MALAYSIA , semenjak tahun Dis '62 yang lalu . Saya telah manjadi AJK Pusat PSSGM ini semenjak dari tahun 1986 lagi . Saya menganggap ini adalah satu gaya hidup bukan sekadar hobi. Bekas Jurutera dan profesyen terakhir sebagai Production Manager sebelum menceburi bidang perniagaan. Bekas ahli politik peringkat Bahagian.