My Blog List

Wednesday, April 20, 2011

MELAKA NI LAIN

Assalamualaikum.
Kami dah pun mengadakan perhimpunan anak anak Gayong di Melaka pada 17-04-2011 sempena Hari Melaka Bersejarah dan Ulang Tahun Perisytiharan UNESCO keatas Melaka sebagai warisan dunia. Ini program Kerajaan N. Melaka.Terima kasih banyak kepada cg. Sazali dan cg. Abd Kudus yang berkesempatan untuk hadir. Saya jemput LW7 maka cg Sazali yang sudi datang yang lain tak berkesempatan agaknya. Tn Hj Anuar Hamid berada di Serawak....dah tugas Kementerian. Cg. Nordin nuuun dia, Perligh noo, jauh juga kalau nak mai. Kami fahaam ...tp ada daerah jiran sebelah siap kena warning...supaya jangan datang.
Terima kasih juga yang tak sempat datang tapi respon balas diatas pelawaan saya. Saya mohon maaf kerana surat jemputan kpd AJK dan YDP negeri dah siap awal lagi, tetapi kerani kita gagal untuk menghantar salinan alamat tu, sama ada dia lalai atau ada arahan dari orang tertentu. Bila faks tu dihantar pada hari Jumaat 15-04-2011, dahlah lewat, dah lambat saja di lambatkan kot. Pada hal program saya jatuh pada 14-hingga 17-04-2011, nak jemput cam mana. Perkara sedang berjalan, nak jemput pakai apa, ini Silat Gayong undangan pun kalau boleh beradat sedikit. Saya dah minta faks kan nama nama AJK dan YDP negeri negeri. Atas sikap persaudaraan, sekendi, seGayong minta fakskan melalui SU N.Melaka 2 minggu lebih awal.
Kalau gitu setinggi penghargaan dan terima kasih banyak, kerana ada juga orang cuba mensabotaj program ini sehingga ada yang ketawa berdekah dekah bila YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam tak dapat hadir, ada urusan kerja keluar negara, diwakilkan kepada Imam Khalifah N.Melaka. YB. Bendahari Negeri Melaka, Datuk Hj Naim bin Hj Abu Bakar yang dulunya pernah bergelanggang diSelangor dan ahli seumur hidup dari zaman ADMAR .

Selepas ini kami akan terus tumpukan kepada silibus dan pelajaran Silat Gayong. Sapa nak buat wayang, nak jadi anak wayang atau jenis bebal tu nak main dengan bayang wayang, buatlah .......tak jadi kudis pon . Dalam usaha memperkukuh dan memertabatkan Gurulatih yang ingin maju dan berusaha kearah itu. Maka saya akan mengajar tekpi dalam masa hujung tahun nie, untuk ahli ahli dan jurulatih Melaka, murid saya dan anak2 angkat dari luar Melaka. Yang luar negara akan diberitahu.
Tekpi saya pelajari di Gelanggang Lor. Fatimah, Pasir Panjang dan Tg. Rhu dibumi Temasik. Lagi cepat kita selesai program ini lagi baik. Cepat tekpi itu siap, maka lagi cepat ia bermula. Penyertaan terhad. Untuk ahli PSSGM saya tawarkan harga runtuh RM220/= sepasang (dua bilah), mungkin akan turun lagi tu, insyaAllah. Saya pasti ada yang mengatakan tekpi bukan pelajaran Gayong Malaysia.
Hallo kawan, kalau tak pernah belajar, jangan cakap itu bukan Gayong punye. Tolong jangan pelekehkan tangan keramat yang mengajar, melatih dan membelasah saya digelanggang. Bermakna dia memperlekehkan ADMAR, Ayhm. Alias Md Ali (Air Kuning - kemanakan ADMAR) dan Tn. Hj. Husin Kaslan. Saya pelajari tekpi dari tangan tangan keramat ini. Memburu kuasa akan menjadi celaka, memburu RM akan terjerumus ke SPRM. Maka nyatalah memburu ilmu baik untuk kamu........ Kita ni nak berGayong, bukan nak berpolitik, atur langkah baik baik. Ketul ketul batu duduknya dibawah , jangan perlekehkan batu tu, jika tersandung maka tersungkurlah kamu dan kamu. Biasanya kalau tersandung tu....maka jawabnya paling biasa makan tanah. Carilah kelainan, jangan susahkan orang lain. Melaka memang lain.

No comments: