My Blog List

Tuesday, May 3, 2011

PELAJARAN SENI TEKPI DISEMBER 2011.

Saya bercadang untuk menurunkan pelajaran Seni Tekpi yang pelajari 40 tahun dulu digelanggang bumi Temasik. Silat Gayong School, Lor. Fatimah dan Tanjung Rhu Singapura. Pelajaran ini dah mula pupus dan mungkin hilang dari pengetahuan kita. Sebelum ia nya pupus maka saya mengambil inisiatif mengajarnya secara terbuka dan disebarkan keseluruh negara. Dibuka kepada ahli ahli PSSGM sekurang kurang nya Bengkong Kuning (yg ori). Sebaik baiknya yang dah pelajari Seni Parang dan Seni Keris.
Pelajaran Tekpi kebanyakan guru guru tua mempelajari dari ADMAR dizaman era50'han dan 60'han. Apabila ramai guru separuh tua, tambahan terjadi kemelut rebut kuasa, mengaku hebat, maka guru tua ni terkejut. Merajuk, dah tak kisah lagi sanggup bawa pelajaran itu keliang lahad. Siapa rugi ??. Pastinya jenerasi akan datang. Siapa untung ??. Tuan tuan para Jurulatih yang bodoh yang mengatakan Tekpi bukan Gayong punya. Persepsi mereka Gayong sangat miskin, tambahan pula disokong kuat guru guru tak pernah belajar Tekpi.
Setakat ini saya ingin beritahu, ingin beri nasihat, ingin saya peringatkan. Cuba jangan perlekeh dengan menyebut ini bukan Gayong punya. Alangkah....... cetek pengetahuan tuan, tak belajar maka bukan Gayong punya. Jangan perlekeh guru yang mengajar Tekpi kepada saya. Pelekeh guru saya bermakna mempelekeh ADMAR yang mengajar saya.
Buat tuan tuan yang berminat saya akan cari masa sesuai pada hujung tahun ini. Tempat terhad. Harga tekpi sepasang dengan casing RM15o/= harga dikedai sukan RM300/=.
SERONOK BERMAIN TEKPI.

2 comments:

bloggeronester said...

Assalamualaikum dan salam persaudaran segayong.

Saya telah beberapa ketika membaca blog Dato'. Ooppss ... lupa pulak perkenal diri ... saya juga orang lama gayong tapi tidaklah selama Dato', masuk PSSGM tahun '74, dan berusia awal 50an sekarang. Masih agak aktif tetapi mungkin juga seperti Dato' terkilan dengan banyak perkara. Gayong sekarang bukan seperti gayong dahulu. mungkin serupa tapi sama sekali tak sama! Persengketaan dan perebutan juga berlaku dahulu tapi tidak juga sama dengan persengketaan dan perebutan sekarang ini. Ada perpecahan dahulu, tetapi tidak serupa dengan perpechan yang berlaku sekarang ini, terkilan, terkilan sungguh saya. Silat amnya dan Gayong khususnya bukan lagi menjadi alat perpaduan Melayu Islam tetapi sama seperti partai-partai politik dan NGO-NGO Melayu Islam yang ada sekarang - menjadi alat PERPECHAN DAN PERSENGKETAAN!!!

YBhg Dato Ismail, memang Dato tidak mengenali saya, tetapi saya kenal Dato, pernah berjumpa dibeberapa majlis di Ayer Kuning di era ADMAR masih bernafas dan juga pernah berjumpa di Mesyuarat Agong. Saya juga pernah didatangi oleh Cikgu (sekarang Dato') W ke hotel tempat penginapan saya sewaktu mesy agong diadakan di sebuah hotel di Ampang. Saya juga kagum dengan anak muda ini, bertokoh, berwawasan tetapi mungkin seperti kata Dato "tidak sabar" dan akibatnya berpecah lagi Gayong kita. Wujud pula Gayoang Serantau, setelah ada Gayong Warisan, Gayong Sundang dan Pusaka Gayong! Tetapi saya juga agak terkilan dengan cara Mesyuarat Agong tersebut dijalankan; langsung tidak mencerminkan profesionalisme sebuah pertubuhan Silat ulung yang berusia puluhan tahun, cara ianya dikendalikan tak ubah seperti mesyuarat kampung di kedai kopi, semuanya bagai diatur dan diarah. Pengerusi mesyuarat langsung tidak mencerminkan kewibawaan pemimpin utama mengendalikan mesyuarat! Orang yang bukan Dato dan bukan Haji di Datokan dan diHajikan supaya bertitle hebat agar dipilih menduduki kerusi AJK, nak tergelak pula saya cara pengerusi yang sorang tu! Tapi syukur Alhamdulillah lah, semuanya berlangsung dengan selamat, tidak ada yang berkeris berparang sepanjang mesyuarat berlangsung.

Dato', yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah kegilaan/keghairahan Dato Pengerusi kita berpolitik sehingga saya terbaca komen kepada posting disebuah blog agar PSSGM ditukar sahaja menjadi PSSUM - Pertubuhan Silat Sesi UMNO Malaysia. Kalau nak cari pengaruh dan naik dalam UMNO pun bukanlah dengan cara mempergunakan PSSGM. Kita harus sedar ahli dan murid SSG terdiri daripada ahli berbagai partai politik, jadi janganlah UMNOkan PSSGM untuk kepentingan peribadi. Sehinggakan bila dihantar SMS memaklumkan tentang berita pemimpin gayong yang sakit atau meninggal langsung tidak ada respon TETAPI bila di hantar SMS berkaitan berita politik cepat pula responnya!

Satu lagi Dato, saya tidak nampak kepentingan kenapa PSSGM perlu memohon menjadi ahli bersekutu BN (khabarnya telahpun diterima), kita bukannya badan politik dan seperti yang saya sebutkan diatas ahli dan murid PSSGM terdiri daripada orang yang menganut berbagai fahaman politik. Jangan politikan silat dan gayong, politik ialah politik dan silat ialah silat. Pada pandangan saya perbuatan ini hanya akan memecahbelahkan Gayong yang sudahpun berpecah! Jika hendak berpolitik, berpolitiklah sebagai individu dan bukan sebagai pemimpin gayong. I am saying this to you with all due respect to our President and national leaders kerana apabila membaca blog Dato, saya merasakan I have the confident in you to bring the matter up as a national committee member.

Wallahualam. Wassalam.


Murid Gayong Tua di Utara.

Anonymous said...

assalamualaikum dato. saya shukri dari jb berminat untuk membeli tekpi tersebut ada lagi tak?