My Blog List

Sunday, May 31, 2009

MAJLIS LEMBAGA ADAT KEBANGSAAN

Pada 29 hingga 31 Mei , bertempat di D'Palma Hotel , telah berlangsung mesyuarat penubuhan Majlis Lembaga Adat kebangsaan . Mesyuarat ini adalah sah kerana kehadiran 9 negeri dari 14 negeri dan Negeri Perlis , Proksi . Semua Negeri telah mempunyai Pengerusi Majlis Lembaga Adatnya sendiri , harap dapatlah menjalankan tugas dengan baik , yang tiada Jawatankuasa harap dapatlah membentuk , kerana war war pelantikan telah dibuat setahun yang lalu , tetapi ada yang tidak menjalankan tugas membentuk Jawatankuasa .

Ketelanjuran mesyuart ini juga telah membentuk 7 orang Lembaga Waris Amanah , yang mana mereka menyambung tugas Pemegang Amanah yang tidak dapat menjalankan tugasnya dahulu lantaran bercakaran dan berkelompok . Lembaga ini bertindak sebagai penasihat dan pemantau pergerakan PSSGM seluruh Negara .

7 orang itu adalah :
1. Cg Nordin Abdul Rahman - Perlis
2. Cg Adiwijaya Bin Abdullah - Kedah
3, Cg Sazali bin salih @ Abdul Rahman - Perak
4, Cg Mustafa Kamal Bin Hj Sharif - Selangor
5. Cg Kahar Bin Redza - Selangor
6. Tn Hj Mohamad Anuar Bin Hj Abdul Hamid - Selangor
7. Dato' Ismail Bin Hj Jantan - Melaka .

Pelantikan ini juga selaras dengan kelulusan Pengubalan Perlambagaan Pertubuhan PSSGM pada 25 November 2009 yang lalu , di mana dimasukan peraturan 33 , agar membentuk Majlis Lembaga Amanah selaras dengan surat wasiat Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman Bin Uda Hashim kepada Allahyarham Cg Hj Razali Bin Salleh .

Kepada semua Ahli PSSGM Malaysia harap bersatulah dengan pembentukan ini . Jangan dikerohkan air yang dah jerneh , jangan dikocak air yang dah tenang .

Saya difahamkan akan ada tukul berbunyi selepas rumah siap , harap harap , simpanlah tukul itu , terimalah rumah yang dah siap , jika ingin mengubahnya , biarlah salah satu dinding itu rosak atau roboh .

3 comments:

aJa said...

Hmmm...yelah..

bersatu teguh, bercerai roboh!

BondaBayan said...

Insya'Allah, sama-samalah berdoa agar PSSGM akan terus utuh. biasalah kalau ada tukul berbunyi setelah rumah siap. sebenarnya bukan saja tukul, gergaji, pahat, siku-siku dan lain-lain lagi semua akan berbunyi.

Namun nampaknya walaupun berlaku pergolakan rumah tidak ketara bergoyang diluarnya. mudah-mudahan begitu seterusnya. tahniah dan selamat menjalankan tugas.

rojiebiso said...

Assalamualaikum...

Tahniah kepada Dato', saya bernama Mohd Fakhru Al-Razi Bin Ab Rahaman. murid cikgu Rizal Husin. Saya mandi seni pun dengan dato' dulu. saya sedang menjejaki cikgu Rizal dan saya tiada saluran untuk mencari cikgu rizal kesayangan saya itu. harap dato' dapat menyampaikan salam saya kepada cikgu rizal. no telepon saya 0138471616. alamat email rojiebiso@yahoo.com (nama samaran saya adalah luke)