My Blog List

Wednesday, July 8, 2009

PENGGUNAAN NAMA DATO' ISMAIL JANTAN

Saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi , memperkenalkan tentang diri Dato Ismail Jantan kerana terdapat beberapa individu yang tersalah guna nama tersebut untuk beberapa kepentingan dalam pertubuhan mahupun kepentingan individu.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Jimilah Binti Haron, seorang Jururawat pada tahun awal 1977 dan mendapat 4 orang cahaya mata iaitu ; Siti Noraisah ( 32), Ali Saifullizan ( 31), Muhammad Redzuan (30) dan Mohd Fadly ( 28).Jodoh tak panjang berpisah 1988 .
Beliau mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan Puan Mariam Bte Bujang juga pada tahun 1988 dengan 5 cahaya mata : Ali Hanafiah ( 20 ), Muhammad Asyaari (19) , Siti Nur Hidayah (13) , Siti Nur Fatihah (11) dan Aiman (9).

Pada tahun 1998 , telah mengambil Rizal Bin Husin (29) sebagai anak angkat yang berdaftar.
Beliau tidak mempunyai anak selain dari senarai nama anak anak yang sedia ada , sekiranya mana mana individu yang menggunakan nama beliau sebagai ayah hanyalah panggilan mesra kepada saorang Guru Silat nama pendek 'Tok Ayah' .Jika ada sesiapa tersalah tafsir kepada panggilan tersebut itu adalah satu kesilapan, tidak perlu disalah anggap. Harap semua yang berkenaan tidak terlibat dan mengeruhkan spekulasi ini .
Harapan kepada individu berkenaan , sila hentikan eksplotasikan nama "Dato Ismail " sebagai ayah, hingga timbul salah tafsir, salah ngerti, salah maksud dikalangan kepada orang yang berinteraksi. Jangan gunakan nama saya untuk mulakan perbualan.


BIODATA

Yang Dipertua/Gurulatih Tertinggi PSSGM-Melaka
Dato' Ismail bin Hj Jantan, DMHL.

Beliau dilahirkan pada 3 Jun 1952 di Kampung Solok Limau Nipis, 78100 Lubok China, Melaka. Kemudiannya beliau dibesarkan di Singapura kerana mengikuti bapanya yang merupakan seorang anggota tentera (British R.A.S.C) di Pulau Berani. Kemudian berpindah pula ke Ayer Rajah pada tahun 1958 apabila bapanya bekerja dengan Syarikat Caltex (S) Pte Ltd.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Umum Ramuan China Kechil, Lubok China, Melaka. Kemudiannya berpindah ke Singapura ketika beliau menduduki darjah 2 belajar di Sekolah Melayu Pasir Panjang, Singapura. Menduduki peperiksaan MCE pada tahun 1968. Kemudian menuntut di Singapore Technical Institute (Annex to Singapore Polytechnic) dalam jurusan Mechanical Engineering dan mula bekerja di Texas Instruments (S) Ltd. hingga tahun 1974 kerana. Pulang keMelaka bekerja diSiemens Advance Technology pada tahun 1975.

Pada penghujung tahun 1962, beliau mula berjinak-jinak dengan gelanggang Silat Seni Gayong. Jurulatih beliau yang pertama ialah ialah Cikgu Alias bin Mohd Ali yang berasal dari Kg Ayer Kuning, Taiping, Perak (kemanakan allahyarham Datuk Mahaguru).di gelanggang Clementi , Ayer Rajah , Singapura , diikuti oleh Cikgu Nordin bin Ab Rahman (berasal dari Perlis Indera Kayangan) dan Majid Misai dari Kodiang. Mereka semua adalah staf tentera British.Selain dari mereka saya berguru secara tak formal dengan Penghulu Pulau Sudong En. Naning, En. Joned, En. Maksudi dan Tn. Hj. Husin Kaslan.

Perlimau Tapak dan Seni di Silat Gayong School, Lorong Fatimah, Woodland, Singapura. Selain bergelanggang di Kg. Tullock, Clementi, Pasir Panjang beliau berulang alik dari Ayer Rajah ke Lorong Fatimah, Silat Gayong School (juga dikenali sebagai Pusat Latihan Silat Seni Gayong pada masa itu) bersama-sama abang-abang silat dari unit tentera sehinggalah Datuk Mahaguru beransur pulang ke Taiping , Perak dari 1966 dan tentera British berundur pada awal tahun 1971.

Pada awal tahun 1970 sistem di kuatkusakan, beliau diiktiraf dengan Bengkong Hijau dan pada tahun 1971 Pelangi Merah dan Sandang Imam Gelanggang (Khalifah Muda) . Pada awal tahun 1972 dari gelanggang P.Panjang .Beliau diterima berlatih di- Gelanggang Tanjung Rhu, Singapura (sebagai Pusat Latihan Silat Seni Gayong Singapura) di bawah pengelolaan dan tunjuk ajar dari Tuan Haji Husin bin Kaslan (Gurulatih Tertinggi dan Imam Khalifah Silat Seni Gayong Singapura). Pada awal tahun 1973 beliau telah mula memegang Bengkong Kuning di Thrywitt Rd , Singapura sehinggalah tahun 1975 beliau menjalani ujian Bengkong Hitam. Pada Disember 1975, beliau disahkan sebagai pemegang bengkong Hitam Harimau Pelangi Cula Sakti di Taiping, Perak (pemegang Bengkong Hitam ke-9 di Malaysia), dan menyandang Sandang Khalifah Kanan. Ini semasa beliau aktif di Gelanggang Solok Wan Moh, Batu Pahat, Johor.

Pada tahun ini juga (1976) beliau pulang ke kampung halaman beliau di Negeri Melaka dan mengambil alih tugas mengajar di gelanggang sebagai jurulatih (bukan pentadbir) dimana perkembangan gelanggang kurang berkesan. Semua gelanggang (Melaka) yang ditaja ditutup satelah beliau letak jawatan. Kemudiannya beliau sentiasa berulang alik ke rumah allahyarham Datuk Mahaguru di Taiping untuk menuntut ilmu dan pentadbiran sehinggalah Datuk Mahaguru pulang ke rahmatullah pada 23 Jun 1991.

Semasa beliau berada di Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Singapura, beliau sentiasa diuji kemampuan dan kredibliti beliau terhadap pertubuhan. Pada tahun 1973 ketika beliau berusia 21 tahun, beliau telah diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Majlis Gurulatih Silat Seni Gayong, Singapura sehinggalah beliau pulang ke Melaka.

Pada tahun 1984 di atas usaha beliau, gelanggang Kg. Lendu telah ditubuhkan sebagai usaha untuk membaiki imej PSSGM di Melaka. Beliau dipilih sebagai AJK Kebangsaan pada tahun 1986, semenjak dari itu beliau tidak pernah tiada dalam senarai Ahli jawatankuasa PSSGM kebangsaan . Beliau bertindak sebagai Gurulatih (Harimau Pelangi Cula Sakti II), Khalifah Besar dan Pengerusi PSSGM Kg. Lendu (tahun 1987). Pada tahun 1989 beliau diberi mandat sebagai Timbalan Imam Khalifah Negeri Melaka. Penghujung tahun 1989 beliau telah dianugerahkan gelarang Dato’ (Dato’ Maulana Hakim Luak ) oleh Yang Mulia Undang Naning yang ketika itu merupakan Imam Khalifah PSSGM Melaka .

Beliau dipilih sebagai YDP PSSGM Negeri Melaka pada tahun 1990. Semenjak dari itu, beliau telah membentuk barisan jurulatih dan pentadbir dan telah mengadakan berbagai-bagai kursus kejurulatihan dan pentadbiran. Pihak pertubuhan Pusat telah mengiktiraf beliau dengan Bengkong Hitam Empat pada tahun 1993 dan seterusnya Bengkong Hitam Enam pada tahun 1998.

Dengan kepimpinan bersama beliau dan barisan pentadbir yang lain, PSSGM-Melaka disegani dan dihormati oleh semua pihak. Berkat kesungguhan usaha beliau maka pihak Pejabat Tanah & Daerah Alor Gajah bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka di bulan Jun 1997 telah memberi pakai ruang kawasan seluas 4 ekar dengan rumah pejabat / asrama 2 tingkat dan dewan bertutup untuk kegunaan. Kamudian di pindahkan di Kuartas Perhutanan , Pekan Masjid Tanah , Melaka pada 1 Mac 2001 . Maka PSSGM Melaka telah menjadikan tempat ini sebagai pejabat dan juga Pusat Latihan , Silat Seni Gayong, untuk Negeri Melaka.

5 comments:

ima77 said...

salam

harap benda ni dpt diselesaikn dgn segera...takut ramai lg yg ditipu..yg bersalah harus dihadap ke muka pengadilan...


wassalam

BondaBayan said...

Biasalah, akan selalu ada orang-orang tertentu yang mengambil kesempatan dari kedudukan orang lain. Tidak kurang juga yang akan menggunakan nama-nama yang dikenali untuk mendapatkan kepercayaan dan menyatakan bahawa hak itu dan hak ini adalah atas arahan, izinan, restu atau apa lagi perkataannya orang tersebut. Yang penting bagi mereka yang didekati oleh anasir sedemikian, perlulah merujuk dahulu dan jangan menerima bulat-bulat.

SiLat SeNi GaYoNg M'Sia SaRaWaK said...

Assalamualaikum. Pihak kami turut merasa terpedaya dengan individu tersebut. PSSGM Negeri Sarawak berharap Dato'dapat mengenalpasti dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya kes ini tidak berulang lagi.

SiLat SeNi GaYoNg M'Sia SaRaWaK said...

Maaf dan mohon izin untuk Pihak kami copy paste kenyataan ini di dalam blog rasmi PSSGM Negeri Sarawak untuk tatapan seluruh anak gayong Sarawak. Terima Kasih.

Nurfarah Nazirah a.k.a Vampire Nixira said...

saya rindu abah Ismail. :)