Semalam 8.9.2009 adalah hari yang amat memenatkan tetapi banyak pekara yang menghiburkan .
Semalam Selasa . 8.9.2009 , jam 12.00 tengahari saya , Puan Mariam , Cg Adiwijaya , Cg Mustafa Kamal dan ahli ahli dari gelanggang Masjid Bukit Indah telah ke Balai Polis , Bukit Indah , Ampang untuk membuat rakaman mengenai satu repot polis yang dibuat oleh Cik Intan Rabitullah anak kepada Allahyarhamah Siti Kalsum .Ianya berkisar mengenai surat wasiat 6.12.2006 yang disediakan oleh En Abdul Kudus dikatakan tanda tangan palsu , hari ni 9.9.09 En Kudus pula akan ke balai bawa surat yang asal untuk dilihat oleh Insp. Nurul Ain .
Saksi yang utama didalam repot Cik Intan adalah Pn Mariam .
Apabila Insp. Nurul Ain , menyoal Pn Mariam , dilihat begitu bersengaja , tiada tekanan , namun kedengaran ketawa kecil . Rupa nya Cik Intan membuat repot polis tanpa sebarang bukti hanya melalui pendengaran .
Semua salinan surat wasiat telah dipotostetkan sendiri oleh Pn Mariam di Balai Polis itu untuk Insp Nurul Ain , ( wasiat Allahyarham Mahaguru 1987 , Wasiat Mahaguru bertarikh 8.9.1989 , semua suarat wasiat Cg Kalsum hinggalah yang bertarikh 6.12.2006 .) Jangan risau semua tu boleh dilihat nanti dalam mesyuarat 17 september 2009 . ( insp , juga terkejut dengan kuasa Allah , kami datang ke Balai polis juga adalah bertarikh 8.9.2009 - dua puluhtahun - dah lahir ke belum cik Intan ni? , selepas keluarnya surat Allahyarham mahaguru yang mana setiap apa yang telah dilakukan oleh AJK pusat sebelum ini adalah berdasarkan surat wasiat Mahaguru ini )
Sebelah petang kami ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan , di Bukit Jalil , berjumpa dengan Pegawai PPS En Apoi dan En Hatta , minta pandangan mengenai semua surat wasiat . Alhamdullilah , kami dah dapat jawapan , jangan terkejut apa yang dikatakan oleh beliau .
Melihat semua surat wasiat , Allahyarhamah Cg Siti kalsum telah melampaui bidang tugas yang telah diwasiatkan kepada nya dan selayaknya mana mana surat wasiat yang telah dikeluarkan oleh Allahyarhamah adalah tidak sah .
Sebelah malam kami berbuka puasa di Rumah YAB Perdana Menteri di Putrajaya dihadiri oleh AJK Pusat ( Tn Hj Mohd Anuar , En Sulleh Udin , En Kahar Redza , En Shahrizal , Datin Faridah serta ahli PSSGM Perak , sampai dirumah jam 10.35 malam .
Catatan peristiwa 8.9.2009 .
Tuesday, September 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment