My Blog List

Monday, September 14, 2009

PANDANGAN LIMA DEKAT DALAM GAYONG.

DEKAT PERTAMA
Saya melihat perkembangan Silat Seni Gayong sejak seawal saya dibangku sekolah rendah.Saya meluahkan hasrat utk belajar silat dari emak. Bapa saya berkhidmat dengan tentera British , Royal Army Service Corp (RASC) Pulau Berani, Singapura sebagai Jurulatih tempur 'unarmed combat' dan sesekali diarah menyamar sebagai risik dan berpengalaman dalam Perang Korea.
Bapa hanya berkata 'lepas sunat boleh' . Jadi selepas saya masuk jawi dan kemudian nya kami berpindah di West Coast Rd, Pasir Panjang saya tuntut janji. Walaupun belum habis pantang. jalan pun masih kengkang kengkang . Pada 03 Des. 1962 saya diPerlimau Tapak Sintok oleh Alias bin Mohd Ali (berkhidmat dgn tentera British) yang berasal dari Air Kuning, Taiping (kemanakan Mahaguru) masa saya berumur 10 tahun 6 bulan. It's speechless jubilant moments.
Gelangang baru dibuka di Kg. Tolok (Col. Tulloch), Clementi ,Ayer Rajah, kami tebas hutan renek, himpunkan semak samun nya dan bakar, ratakan tanah dan cabut tunggul yang tinggal. Pacak tiang sasaran kaki dan gantung 'punching bag'. Latihan silat seminggu 5 kali. Guna lampu pam minyak tanah gaslin ( gosaline). Nak kegelanggang kena lintas anak air dgn meniti kayu rebah sebesar peha saja, sepanjang 8 meter, berenjut pulak tu, satu latihan imbang badan yang baik. Ada nak sekondeng kami berlatih. jawab nya berlebor dalam air dan lumpur. Asas menumbuk, menyepak dan anak harimau setiap kali datang bila sebulan barulah diajar buah tapak Kilas Sawa Berendam. Heran juga kenapa buah tapak satu diajar makan masa 3 bulan. Sekarang satu malam 7 buah dah habis, ohh.. hebatnya, pandainya.
Setahun berlalu, dah belajar buah pecahan tapak 49, dah belajar pentas yang dinamakan Selayang Pandang, Sepukal dan Segulong. Belajar membuka kuncian dan kupasan nya, Maka masa untuk diPerlimau Seni.........oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman di rumahnya diLorong Fatimah, Woodland. . Saya amat bertuah , dalam kekakangan masa yang dihadapi oleh ADMAR dalam mempromosi diseluruh negara dan birokrasi pendaftaran, kami diperlimau seni seramai 20 orang ketika itu. Masa tu jadi satu kejutan buat saya. Sesudah perlimau saya di panggilnya, saya dekati dia, dia berkata nak jadi anak angkat cikgu. Sepontan saya menjawab '....nak'.Katanya lagi 'cium pusat'. Sebagai anak yang sedang membesar saya ikut saja. Ketika itu saya belum 13 tahun, dalam Form 1 di Yusof Ishak Intergrated Sec. School off Upper Ayer Rajah Rd. Dia berbisik pada Alias, gurulatih pertama saya sesuatu sambil menuding jari kearah saya. Hanya saya kesan dihati, saya diberi perhatian khas oleh Ayhm. Alias Mohd Ali.
Masih belum ada sistem bengkong berwarna. Yang membezakan yang dah perlimau seni bengkongnya bercula 7, ikat cindai sebelah kiri tepi. Secara kebetulan Alyhm. Alias berkhidmat dalam S'pore Guard Regiment (British Allied ). Bapa saudara saya Sgt. Major Rahman Lela (arwah) bertugas berpangkat RSM dan alyhm. Alias memohon menggunakan Land Rover tentera dia hanya berpesan '..... bawak anak buah aku Ma'el dan jaga dia'. Bermulalah saya mengenali gurulatih hebat diSILAT GAYONG SCHOOL. Saya pernah dilatih oleh cg Kamari Melan. Kenal siapa itu cg. Majid Md Isa, Cg Ahmad Lazim dan berbagai rupa dan nama datang dan pergi. Siapalah saya ketika itu , hanya saorang budak lelaki 13 tahun yang suka menyapu laman,membersih longkang dan keliling rumah Mahaguru. Nak campur dgn abang yang dah senior , tak dapat ruang. Masa tu Alyhmh. Pn. Siti Kalsom sedang mula berjinak dengan bergelanggang berlatih bermain keris. Ketika itu kalau dah perlimau seni belajar senjata atas kemampuan sendiri. Dan saya telah mendapat 'lampu hijau' yang terang. Kalau mampu, berlatihlah setiap hari kecuali malam Jumaat. Ayah tamat perkhidmatan dengan tentera British, dengan Diploma yang keluarkan pihak British Maritime from Liverpool dia berkhidmat di Syarikat Caltex Asia Ltd.....lumayan, rezeki kami adik beradik. Kami berpindah diJurong Est. Sebuah pangsapuri 'point block appt'.
Gelanggang kami diClementi,Pasir Panjang bergiat dengan baik, bertambah ramai. Bertambah seronok apabila cg Nordin Abd Rahman (Legenda Seni Keris) dan cg Majid Kodiang (Majid Misai). Lagi seronok apabila Mahaguru melawat gelanggang kami. Saya menerima sandang Imam Gelanggang dimajlis khas yang dibuat didewan tentera AKCR Apabila saya berumur genap 16 tahun maka sesuai dengan peruntukan Perlembagaan 361 PSSGM yang didaftarkan diJohore Bahru. Maka sahlah saya sebagai ahli PSSGM. Masa tu kad keahlian berbentuk buku kecil merah (50x40)mm. Tahun 1968 saya Pembantu Gurulatih. Pada Jun '68 saya khatam keris di pantai Pasir Panjang, S'pura.Sibuk kerana akan meduduki Pepereksaan MCE. Dah habis MCE berlatih lagi, Mac 1969 menaiki Land Rover askar khatam Tombak di air terjun Kota Tinggi. Apabila bengkong bercula diperkenalkan oleh Mahaguru 1969 pada kami Spura. Saya diuji secara formal dengan bengkong Merah dan Gurulatih kami Cg Nordin, Cg Alias dan cg Majid dengan bengkong Kuning. Kemudian saya mendaftar IPT Spore Polytech dalam bidang Mechanical Engineering. Sebagai pelajar IPT saya suka dokumenkan apa saya pelajari walaupun menggunakan mesen taip. Belum ada komputer.
Semasa menunggu keputusan MCE saya lulus ujian motosikal. Pergerakan terbantut apabila cetusnya rusuhan kaum 13 Mei 1969, tetapi diSingapura keadaan terkawal. Mahaguru dah mula sibuk keseluruh negara. Dengan motosikal Gilera 125 menerjah keseluruh kepelusuk Pulau Singapura dan ada masanya menumpang bot kePulau Sudong yang hampir dgn sempadan Riau belajar walaupun tak formal, yang tak diwar warkan dalam silibus PSSGM tetapi dalam kazanah Pendekar Gayong. Penghujung 1969 saya rasa kecik motosikal yang digunakan. Saya kenenkan pada emak, emak cakap pada ayah, ayah temuduga .....wow Lulus. Bermulalah era Gilera 300 c.c. Twin, versi lumba, imported from Italy. Harganya baru $S2,200.00 duit dulu dulu. Hutang pulak tu $S55 sebulan.
Masa pantang IPT ada cuti semester atau sem. brake. Dengan en. Naning di Pulau Sudong yang belajar pada 1942, saya mencari guru gayong dari keturunan Daeng Ambok Sulu, susur galur Mahaguru diPulau Penyengat, Kepulauan Riau yang menetap di Singapura.
Tahun 1970 mula terasa kesan, kerana mula British mula beransur meninggalkan kepentingan nya di Singapura dan Mahaguru dah mula sibuk keKedah.
.............. sambung era 7o' an lepas nie.

No comments: