Dalam peralihan remaja ke dewasa. Zaman yang banyak pancaroba dan pengaruh. Gejala sosial liar hanya tahu 3 perkara. Berlatih silat, sukan lasak, melancong setakat yang mampu. Walaupun berjawatan yang baik dan dikelilingi oleh gadis gadis Singapura yang sememangnya cantik tetapi lupa nak bercinta. Motosikal dah tukar kepada Honda 550F. Kawan pompuan ramai tambahan saya boleh berbahasa Cina dialek Hokkien. Memang bonus.
Disiplin kerja dan pengurusan masa yang baik. Kesihatan dan rezeki Allah swt berikan. Tujuh kali kemalangan jalan raya, dengan kehendakNya ..... kun fayakun saya selamat. Bermotosikal mengelilingi semenanjung, dari 12 motosikal 3 buah 'total lost' kerana eksiden rosak terok. Biasa dilihat saya menunggang Vespa pinjam hingga keTaiping. Keretapi dan lori sayur adalah kenderaan alternatif. Selain latihan fizikal yang mantap, amalan dan zikir adalah kekuatan dalaman. Bukan macam bebudak sekarang Surah ul Ikhlas 70,000 pun tak khatam, sungguh sedih. Ayat 9 tekan tekan tak menjadi. Asyik nak melawan guru, kena sumpah Xsiden dilebuhraya padan muka. Bengkong Hitam HPCS 1 . Penuh dengan adat disaksikan oleh bekas Permaisuri Perak.
Berumur 23 tahun (1975). Bekerja dengan syarikat multinational Siemens Adv. Tech. Sdn. Bhd., berat 60 kg saja. Hensem dan ramai peminat. Menunggang Honda CB 350 Twin. Hobi ketara memancing dan bot laju dengan menyertai Team Johnsons. Awek? Maktab Peguruan, Kolej Jururawat dan model . Rakan sekerja ?, ada gak. Kereta pertama Mazda 808.
Hati dah berbunga, jatuh hati konon. Banyak punya jatuh hati.
Saturday, September 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment