Tentera British dah beransur meninggalkan kepentingan nya. Terasa amat sunyi dengan pinghijrahan beramai ramai. Ada diserapkan dalam ATM dan perkhidmatan lain lain. Ada yang menerima persaraan awal.
Amat sedih apabila Cg. Alias Mohd Ali , saya dan kawan kawan, sama sama memindahkan barang barang Mahaguru ke trak tentera kemudian ke gerabak keretapi diTanjung Pagar untuk dihantar keTaiping. Begitu juga Gurulatih saya, mereka meninggalkan Singapura secara berarus. Seronoknya Mahaguru datang, kami berkumpul. Maka disinilah saya berkenalan dengan Pak Husin Kaslan, Pak Joned, Maksudi, Buang Bahar dan laungan 'Allahu Akbar' diSultan Gate.
Saya telah dipesan untuk berjumpa Pak Husin Kaslan.
Saya memenyukai hobi lasak dan mencabar. Bengkong Pelangi Kuning 1, pemain rugby dalam posisi 'srum-left' dan sekali sekala dalam 'three-quater fall', 6 bulan dalam pasukan COBRA. Mendaki, motosikal off-track.
Latihan Industri di Texas Instrument (Spore) Pte. Ltd. di Kallang Basin, seterusnya diserapkan sebagai staf. Berpindah keJurong Town, kebetulan pula berjiran degan Ayhm. Maksudi. Maka tak sunyi silat. Diploma in Mechanical Engineering.
Bila saya mula bekerja di Texas Intrument, mula berjinak untuk terlibat dengan Pak Husin Kaslan. Dua minggu beliau mengatakan 'ya'. Mula saya bekerja keras, belajar untuk kehadapan dan ulang kaji dan timba ilmu pengetahuan dari Pak Husin dan mendokumen mana yang ada.
Orang baru tetap kena uji. Masa diClementi 1 lwn 5 dah biasa. Dihadapkan dengan Jurulatih pakar free sparingnya. Dia pakar kaki bertemu dgn lagenda kaki, payah juga. Maka satu sentuhan teknik seligi di solar flexist (ulu hati) dia rebah. Minggu berikut pula ditemukan dengan anaknya sendiri Rahim, kensel.... kedua duanya cedera tak boleh bangun. Saya teringat Pak Husin berkata : ...dua kereta kebal kalau berlanggar, dua duanya kemek'. Maka kompom (confirmed) saya dibariskan top ranking dan 5 tahun menjadi partner Rahim Husin.
Lima tahun banyak cerita. Menerima sandang Khalifah dn Khalifah Kanan. Ringkasnya pada pertengahan 1975 diuji Bengkong Hitam diSingapura dan pada 25 Dis 1975 semasa ni dah pun menetap diMelaka mendapat pengesahan Bengkong Hitam HPCS oleh ADMAR. Disahkan orang yang ke-9 dalam sejarah PSSGM menerima anugerah tersebut.
Friday, September 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam cikgu. boleh senaraikan siapa pendekar2 gayong yg menerima bengkung PHCS dr ADMAR (10 org pertama)?
teringin rasanya nk tahu =)
Post a Comment