My Blog List

Monday, October 5, 2009

LIMA DEKAT KE-2(nukilan biografi).

Diterima menyertai Silat Seni Gayong P.A.S.A.K Singapura. (PASAK bererti Perkumpulan Anak Anak Sandiwara Angkatan Kesenian, bergiat dalam silat, drama, muzik dan tarian). Walaupun masa tu dah lulus Bengkong Kuning tapi memakai Merah II bertujuan merendah diri. Kalau dah intan tu tetap intan.......... .Bekerja diTexas Instrument (S) Pte Ltd. Hanya 15 minit untuk ke gelanggang Pak Husin di Tg. Rhu.
Peristiwa 1:
Gurulatih masa tu .......Bengkong Kuning II, glamour pulak. Tiba giliran saya untuk melatih seorang kanak kanak kecil. Tanpa tanya....saya melatih dia,"....mari 'dik,...apa abang buat adik ikut", kataku. Maka dia mengikut jurus beberapa pusingan. Tiba tiba dia minta izin keluar gelanggang tepi pagar ...... muntah, penat agaknya. Kemudian baru aku tau dia adalah Badek Ruzaman. Minggu berikutnya dia dibawa ke Taiping.
Peristiwa 2:
1972 seingat saya rombongan dari Silat Seni Gayong Brunei yang diketuai oleh S. Sgt Hussain (rakan seperguruan di gelanggang Clementi) menjemput Pak Husin dari Singapura untuk memperlimaukan beberapa orang kerabat DiRaja dan dif kehurmatnya. Masa tu ada keresahan diplomatik Malaysia/Brunei juga diambil kira.
Peristiwa 3:
Pak Husin mempunyai kemahiran bertukang , banyak hasil tukangan halus mendapatkan perhatian . Ramai pihak memintanya . Koleksi pelbagai kayu dan senjata tradisional musnah dalam kebakaran kediamannya . Kemudian berpindah ke Thriwytt Rd , berhampiran degan Stadium Jalan Besar . Kuaters sekolah juga .
Peristiwa 4:
Apabila Rahim Husin dikeroyok oleh vandalisma yang menggunakan padang sekolah . Secara beramai ramai mereka menyerang . Tak disedari saya bergerak pantas , melompati melebehi paras kepala dan membantu kawan yang dikeroyok .Beberapa saat saja keadaan terkawal , dengan meninggalkan beberapa bekas tangan , kaki , siku dan kaki kepala mereka , vandalisma . Hebatnya Seni Yoi .
Peristiwa 5:
Melancong dalam negeri . Beberapa kali. Mengilingi Tanah Melayu, mula dari Pantai Timur . Pulang melalui Pantai Barat . Seronok , best giler . jalan berliku ,feri Sg . Endau , bukit bukau yang mengcabar , senario yang indah dan shoppingnya masih muurrraahhhhh. Seminggu solid sambil melawat gelanggang . Hari Sang Sapurba di Perak . Beli parang panjang di Kuala Kangsar . 40 ringgit saje .Tapi sekarang ???.Jangan tanya .Boleh kencing manis .Silat Olahraga diperkenalkan di Singapura pada 1972 .Satu pertandingan persahabatan diatur . Peraturan lama , dimana kaki dibenarkan naik kemuka , Aba aba yang lemah ,....mulaaaa....jawapnya!!! . Tidak sedar bila lawan jatuh , makan kaKi gamak .Ekonomi gawat ,saya terlibat . Pampasan berhenti . Bekerja di Offshore Driiling Services, Sembawang Shipyard. CEO berbangsa German, Satu petang di mambayr gaji pekerja . Selesai dia didatangi 4 orang berbadan sasa sebagai pemungut 'wang perlidungan'. Perlakuan kasar terjadi. Semua pekerja mengenepikan diri tak mahu terlibat.
Sememangnya pesilat tulen tidak menggemari perkara sedemikian berlaku didepan matanya. Maka satu tendangan tujah kaki kiri singgah pada 'boss' dia mangsa pertama. Belum sempat dia jatuh maka juring silang bertapak dan tendangan kuda sampai kapada kawan nya yang dua. Maka seorang lagi diselesaikan oleh CEO German dengan tinju jab kiri dan 'lower right hook'. Seronoknya dia. Kes polis. Ramai saksi.
Kontrak selesai. Pergi keMelaka untuk temuduga diSiemens dan ke Ulu Kelang Texas Instrument (M) Sdn Bhd. Dengan testimonial dan satu 'call' dari CEO dulu, maka urusan nya jadi mudah, Berbekal satu diploma dan pengalaman kerja, bermula lah karier saya di Melaka.
Satelah diterima maka saya menyerahkan KP PR Spura di Pejabat Pendaftaran diJB. Pegawai tu bertanya ," apakah yang encik bawa keMalaysia ?". Saya menyorongkan diploma yang saya ada.
Spontan dia mengunting bucu KP PR Spura sambil berkata ," ... selamat pulang kaMalaysia", seterusnya menyediakan KP Sementara Malaysia,
Legaaaaa.........

No comments: