My Blog List

Thursday, November 26, 2009

ZAMAN PANCAROBA YANG DI LALUI - 1971 - 1975

Hari ni HR Aidil Adha. Juga hari jadi ke-31 tahun anakku lelakiku. Hari Jumaat ...dua khutbah.Aku muhasabah dan imbas kembali ajaran dan sunnah rasul. Elakkan yang mungkar beramal maaruf. aku bukan uama' tapi....buat yang terbaik. Aku mengingat kembali pesanan dari guruku Datuk Meor Rahman. Aku sejak dari 1962 masih kekal pesanan nya. Pesanan nya,'Jangan tamak ahamak, kerana ia akan membawa kepada kehancuran'. Tiga hari sebelum beliau meninggal, di HKL, dengan satu genggaman yang kuat,'Ma'e jaga Gayong'.
Tiada iri hati pada sesiapa. Jauh dari perasaan hasad dengki. Tidak suka silemah mejadi makanan sikuat, yang cerdik menjadi silicik, mendengar kemungkaran aku dah jijik. Tapi kalau itu 'hak' tetap aku pertahankan.
Kepada anak cucuku dan murid muridku. Ini adalah biografi ringkas sebagai tatapan. Mereka nak cakap apa.....cakaplah...

Zaman Pancaroba 1971 -1975. Umur 19 - 24 tahun. Berat badan 68 kg. dan ketinggian 178 sm. Handsome, berbudi bahasa halus. Menghurmati orang tua.
Singapura pepereksaan sekolah menengah setakat Secondary Four (Sec 4). Menduduki pepereksaan Senior Cambridge ( sekarang GCE 'O' Level) . Belajar di S'pore Tech. Institute tiga tahun. Bidang Mechanical Engineering. Nak masuk U tak mampu. Zaman tiada pinjaman MARA, takde tabung PTPTN. Hanya biasiswa FaMa ( Father & Mama). Untung anak anak sekarang.
Bulan April 1971 aku menjejaki Texas Instrument (S) Pte. Ltd. , Kallang Basin, S'pore kerana dihantar oleh kolej untuk I.T( Industrial Training) juga disebut L.I (latihan industri) dengan elaun S$210/= (dah gaji koporal masa itu). Bulan Jun barulah 'final exam'. Tamat belajar saya kekal mejawat pekerjaan disitu sebagai Asst. Engineer dengan tawaran gaji S$380/= (dah gaji pegawai pulak). Zaman susah, susah nak belajar, sudah nak dapatkan pekerjaan.

Masa belajar...... masa sekolah menengahnya sekolah pagi dan petang nya sekolah agama pelajaran nya modul JAIJ. Sampai kelas 7, kelas khas 4 Thannawi. Tapi sayang bahasa Arab kantoi, kalau tidak dah lepas ke Timur Tengah. Abah tekankan lesen memandu. Semasa tunggu result Cambridge abah dah usahakan aku 'driving school'. Tiga bulan kemudian lulus lesen motosikal B penuh diikuti kemudian dengan lesen kereta kelas D. Kemudian ikut abah gi Kelantan, kerumah Pok Tik (hj Latif) Tok Penggawa Jeli. Dia pernah jadi Juara Tomoi 3 tahun berturut ketika era '50 'an. Abah suruh belajar Tomoi......akau ditinggalkan 2 minggu. Itulah abah aku........ Emak mendidik cara lembut, berhemah. Kalau dia duduk disofa, aku duduk dilantai.......dapat peluang aku cium lututnya. Mereka dah lama pergi......aku sangat rindu kepada mereka. Al-Fatihah.

Di IPT aku menggunakan motosikal Honda Cub C50 c.c (S$ 650) subsidi abah punya. Itulah kenderaan untuk ke kolej, untuk ke gelanggang silat. Bila dah mula bekerja motosikal pertama aku Gillera 125 c.c., S$980/= harga dipasaran masa tu.
1971 - fesyen pakaian dah mula saya tak faham. Lelaki dengan seluar ketat 'drain pipe', tali pinggang bawah pusat. Yang pompuan nya dengan mini skirt sejengkal atas lutut. Tarian sosial dah mula terkinja kinja, tergedik gedik. Tarian shake, soul dan twist dan entah apa apa lagi. Tak minat. Aku minat ballroom dances, di IPT pernah dapat 2nd. runner-up dalam 'Orbit Cha-Cha'.
Burger, hot dog mula diperkenalkan, ganja, cannabis dengan mudah dalam pasaran. Syukur, alhamdulillah pendidikan agama, keluarga dan silat....... menjadi pemuda terpelihara. Setiap kali hari raya aku tak pernah mis untuk pulang ke M.T/Lubok China Melaka. Sesekali muncul dimajlis keramaian keluarga. Cuba ambil kesempatan untuk kenal saudara mara, hantar emak ke majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan, adat berkampung dsb nya. Aku anak sulong dari keluarga yang sulong, datuk ku pun anak yang sulong,aku perlu mengenali adat resam dan susor galur famili . Rupanya berat juga tanggung jawab yang diletakkan ke atas bahuku.

1972 - Mahaguru datang dan pergi ke Singapura. Sandang Khalifah. Dah beberapa kali pergi ke Pulau Sudong. Hobi bermotosikal dan menjadi ahli kelab bermotor. Menunggang dengan berhemah dan selamat. Rally dari Saigon ke Singapura, kereta Mini Clubman special edition. Pemain Rugby peringkat Republik Singapura, ahli kelab COBRA ( Combained Old Boys Rugby Assosiation). Posisi 'scrum-left' kadangkala pelari 'three-quarter'. Banyak gunakan helah silat untuk selamat dan mengenakan pihak lawan. Main cara kotor....ada gak. Ada patah dan lutut terkehel. Konon nya salah tackle. Gemar menonton filem Inggeris dan Hong Kong. Mula kawan kawan dengan gadis Cina, belajar bahasa Cina (dialect Hokkien) dengan cepat,..... ekspres.
Indonesia memperkenalkan Silat Olahraga, boleh guna kaki.......... . Datuk Mahaguru pun minat filem aksi. Sanggup ke Singapura nak menonton filem di 'Drive in Cinema,' di Jurong Town. Filem 'Big Boss' oleh mendiang Bruce Lee. Jurong Drive in Cinema hanya seberang Tao Ching Rd, berdepan dengan apartment keluarga kami.

1973 - penghujung tahun '72 dah mula balik kampung bermotosikal. Mula tukar tukar motosikal.
Sampai utara dan pantai timor dengan motosikal.....pemuda lasak. Program silat dah sibuk. Mengembara jelajah seluruh Malaya setiap hujung tahun memang menyeronokan. Jumpa ramai saudara seGayong. Perdana Gayong, Hari Sang SaPerba. Pantang ada cuti hujung minggu yang panjang, jadi alasan untuk outstation. Berkunjung ke gelanggang Depoh Polis jalan Semarak....cg Mat Lazim mengajar (arwah Datuk Hj Ahmad bin Lazim).
Balik kampung aku dirisik. Keluargaku hidup dengan Adat Perpatih. Lelaki dirisik dan dipinang adalah perkara biasa. Dalam kes ini aku pun tak terlepas . Beri alasan laa........

1974 - Setiausaha Majlis Gurulatih Negeri. Fesyen bertukar, rentak lagu, model kereta motor, memancing mula jadi hobi, tendangan kaki super pantas, zaman gemilang mengambur anak harimau 16 orang, rekod Malaysia 17 orang.
Lulus percubaan ujian bengkong hitam HPCS. Harap harap hujong tahun ni lulus ujian diTaiping. Alhamdulillah, urusan ku banyak dipermudahkan. Lawat gelanggang Solok Wan Moh, Batu Pahat, Johor. Khalifah Kanan. Satu hal aku terlupa. Kawan pompuan ramai tapi takde yang special. LUPA NAK BERCINTA.

Sebenarnya aku ni gila hobi dan workaholic. Tukar motosikal lagi. Kali ni superbike Honda 550F. Bawa emak bonceng moto gi orang kenduri kawin. Gempak orang kampung, 'ompek lubang asap diyo'.
Masa berubah, ekonomi dunia parah. Aku terlibat dalam economic recession. Mass lay-out.....diberhentikan beramai-ramai. Dua hari nak raya ...happy juga. Dapat pampasan lumayan. Dua minggu kemudian aku bekerja di Sembawang Shipyard Offshore Drilling Services (S) Pte Ltd. CEO berbangsa German.

1975 - perubahan dasar politik Singapura terasa mencekam. Penguatkuasaan imigresyen dan permit kerja sangat ketara. Aku rakyat Malaysia. Rakyat DYMMSPB Yang DiPertuan Agong.
Aku menulis surat permohonan kerja diMalaysia. Temuduga serentak di Siemens Adv. Tech. Sdn. Bhd., Melaka dan Texas Instrument di Ulu Klang. Siemens menjawab dulu., aku bekerja diMelaka, April 1975. Dekat dengan Kolej Jururawat HBM (1 km), MPPM (2 km), kaw. perindustrian Bt, Berendam (0.5 km). Hobi.......masih sama, sukan bermotor. Motosikal Honda 350 c.c overhead cam, torque 10:1 ratio, sangat berkuasa. Kereta..... Mazda 808. Mula gila memancing..... minat bot dan fotografi.

kerja diMelaka, kedatanganku mula dihidu oleh Jurulatih Ayhmh. Habibah bte Ismail dan Imam Khalifah Melaka, Dato' Mohd Shah, Undang Wilayah Naning. Lokasiku diketahui......... Pendek cerita aku memantau gelanggang . Aku membentuk Majlis Gurulatih sebagai tulang belakang organisasi. Kg. Lendu gelanggang pertama aktif hingga sekarang.
Berulang alik dari Melaka ke Taiping. Bermotosikal Honda 350 dah total lost, adik eksiden. Naik Vespa, scrambler 175, kereta, lori sayur dan keretapi .Asalkan selamat sampai dah syukur.

Disember 25, 1975, No. 71 Kg. Ayer Kuning, Taiping, Perak. Aku diuji dan dinobatkan dengan Bengkong Hitam HPCS yang ke-9. Sejarah tak boleh di ubah.

Aku terkenang kawan kawan lama semasa di kolej mahupun disekolah agama. Yang cantik, manis, manja, yang dah jadi ustazah. Dah terlambat..... dah lost contact. Singapura dah membangun terlalu pesat.
Masa berlalu. Dah ada special......saorang Jururawat.

No comments: