My Blog List

Tuesday, November 24, 2009

KRONOLOGI EGM DAN AGM - 2009.

Salam 1 Malaysia.

EGM (Mesy. Agong Luar Biasa) pada 17 Okt 2009 dah pun selesai, dengan kehadiran perwakilan dari 13 negeri. Kita menggunakan Pemlembagaan PSSGM, Pindaan 1995 - kemudian nya disebut perlembagaan lama (P'L-A). Dengan sokongan majoriti 90%.

AGM (Mesy. Agong Perwakilan Ke-4) pada 21 Nov 2009 pun dah selesai dengan kehadiran dari 14 negeri dan 40 daerah yang sah berdaftar dan dengan kekuatan majoriti 95%. Dengan menggunakan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada 25-10-'08 yang diterima pakai oleh perwakilan semasa EGM pada 17-10-2009, kemudian disebut (PL-B). Sewaktu EGM berlangsung kita juga membuat sedikit pindaan, membetulkan persepsi, pengukuhan ayat dan ayat bertindih. Pindaan itu belum diluluskan oleh PPS. Yang ini kemudian nya disebut (PL-C).
Sepanjang EGM dan AGM telah dirakamkan secara 'life' video En. Sulleh Udin Pen. SUA, dia keluar perbelanjaan sendiri. Rakaman video ini akan dijadikan sebagai bahan bukti kukuh sekiranya diketengahkan.

Yang saya nak imbas dan kembalikan memori para perwakilan dan kepengetahuan ahli ahli PSSGM sekelian amnya ialah paparan beberapa insiden lucu berlaku dan boleh dianggap sebagai kelakar, terpinga pinga tidak faham, yang berbuku hati dan 1001 alasan. Yang tidak faham ....saya akan cuba fahamkan.

INSIDEN No.1- PERATURAN 10.2
Sewaktu EGM pada 17-10-2009, bertempat di Hotel D'Palma, Ampang. Perwakilan dri Terengganu bertanya fasal dan bab perlembagaan mana yang kita guna pakai. Pengerusi menjelaskan perlembagaan yang lama. Tujuan EGM ini adalah mengenai perlembagaan dan pindaan perlembagaan saja.
Si Polan tu bertanya lagi kenapa Daerah tidak dijemput. Kemudian diperjelaskan dengan dibacakan perlembagaan (PL-A) dengan jelas menyatakan Peraturan 10.2; ' Persidangan Perwakilan Tahunan Pertubuhan Kebangsaan ini hendaklah terdiri dari wakil-wakil Pertubuhan Negeri dan ahli-ahli Majlis Jawatankuasa Agong'.
Kemudian si polan tu cuba nak kaitkan dengan Peraturan 27.1; 'Tiap-tiap satu cawangan yang telah didaftarkan dalam sebuah negeri boleh menghantar 3 orang wakil menurut Peraturan 9.3'.

Masalahnya timbul, Peraturan 9.3 tiada kena mengena dengan Peraturan 27,1 atau sebaliknya. Persoalan nya bagaimanakah hendak di kaitkan. Peraturan yang sebeginilah yang nak dikemaskan, diperbetulkan. Maka EGM perlu diadakan supaya AGM boleh menjemput Perwakilan Daerah turut sekali.
Kalau tak faham, kita dah perjelaskan dengan fakta. Bila ramai dah pandai dan pandai pula cuba manupulasikan peraturan. Kalau nak mudah.........maka mudahlah jadinya.

Masaalahnya adalah.... dia tak faham fakta yang mudah. Lagi besar masaalahnya bila tak mau faham atau buat buat tak faham. Dia ingat lagi besar masaalah apabila dia bawa kawan kawannya (10 orang je) keluar dari Dewan Persidangan......dengan iringan tepukan gemuruh dari perwakilan. Mesyuarat belum mula mereka dah keluar, kalau begini sampai bila bila pun tak faham. Kita AJK Kebangsaan pon belajar dari peguam kami. Satu ayat silap maka boleh dipertikaikan. .....can againts you in the Court of Law..... Kami belajar.

Kami EGM sampai selesai. Perwakilan terima sebulat suara, tiada bantahan. Perwakilan EGM menerima pakai Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Pej. Pesuruhjaya Sukan.
Kami orang silat tulen murid Silat Seni Gayong Malaysia, murid ADMAR atau murid kepada muridnya terima jawatan ini sebagai satu amanah. Kita memang sayang PSSGM tapi mereka....TIDAK!!.
Maka pada 21-11-2009 AGM boleh guna pakai Perlembagaan yang sudah diluluskan tanpa was-was (PL-B).

INSIDEN NO.2 - REPOT POLIS
Dalam kesibukan kita nak melaksanakan EGM, satu tanggungjawab kepada organisasi. Kami dipanggil ke Balai Polis Bkt Indah, Cwngn Jenayah Kormersial. Repot dari cikIntan terhadap AJK dengan pertuduhan meraba meraban. Tiada asas pegangan, buang karan saja. Maka Cik Puan Mariam , SUA Tn Hj Anuar Hamid, Cg. Mustapa Kamal, Datuk Adiwijaya dan Kapt (B) Kudus Ahmad bergilir gilir disoal siasat oleh Peg. Penyiasat J.K.
Yang saya nak sampaikan disini bahawa repot itu dibuat oleh Intan, remaja berumur 20 tahun. Dalang dibelakangnya ialah MahaGARU. MahaGARU dibantu oleh kawang dia polis pencen tu. Yang kelakarnya, yang menggeli hatikan, si MahaGARU siap berlakon depan pegawai polis tu dalam balai polis konon nya dia call Tuanku kat England. Punyalah poyo kata polis polis tu.
Lapuran polis tu kami anggap mempuyai unsur sengaja untuk memfitnah dan hasutan untuk menjatuhkan maruah pegawai PSSGM. Boleh disabitkan sebagai Jenayah dalam Akta Hasutan.
Lepas ni entah apa lagi yang ada. Kami hanya senyum kambing saje..... .
MahaGARU memang pandai baling sembunyi tangan .

INSIDEN No.3 - Bkt. Jalil lokasi Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
Kami terima faks dari PPS, pada 23-11-2009, Jumaat jam 2.35 petang. Hasi dari aduan dari cg. ust. Fadzil SU N9. Surat dari PPS itu bertajuk: ISU PINDAAN PERLEMBAGAAN PSSGM DAN PERLAKSAAN EGM PADA 17 OKT '09. dengan tanpa merujuk dan soal siasat PPS telah telah mengarahkan mesyuarat pada 21-11-09 dibatalkan.

Isi kandungan surat tu begini :
1. ..............
2. ..............
3. ...............
4. Oleh yang demikian Pejabat ini memutuskan bahawa pihak Persatuan tidak boleh menguatkuasakan perkara perkara tambahan tersebut selagi ianya tidak dibentang dan disahkan didalam Mesyuarat Agong persatuan serta diluluskan oleh Pejabat ini sebelum dikuatkuasakan.
5. Berhubung dengan Pelaksanaan Mesyuarat Agong Luar Biasa Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia yang telah diadakan pada 17 Okt 2009, Pejabat ini berpendapat bahawa sekiranya ia berdasarkan kepada perlembagaan baru maka pelaksanaan Mayuarat Agong Luar Biasa tersebut adalah tidak sah dan terbatal.
6. .......

Menjelang petang Jumat semua AJK dah haru-biru macam 'dibobar dek olang'. Hari Isnin pergi Pej. Urusan PSSGM siapkan dokumen, cuba buat temu janji dengan Pesuruhjaya Sukan , tapi gagal. Kami buat temujanji dengan YB Menteri Belia dn Sukan diKLIA sebelum dia berlepas keMekah. Mudah pula jumpa menteri daripada jumpa Pesuruhjaya Sukan..Kemudian barulah Pesuruhjaya Sukan sudi mendengar penjelasan kami. Kami mesyuarat lagi. Tamat jam 2 pagi tak balik Melaka besoknya nak hantar surat balasan ke PPS diBkt. Jalil. Maka kita akan Mesyuarat Agung.

Hidup dengan niat nak menyusahkan orang lain.....sia paleh. Allah maha kaya, dipermudahkan semua urusan kami . Jumpa pula yang saya sayang 'Din Pilah namo diyo., biso, biso bonar. Saya jumpa cg. WAF, hilang rindu saya pada dia.


INSIDEN NO.4 - Affidavit 3 Syarikat Guaman.
Wow!, Apa nie mahkamah pelbagai. Dah lah AJK PSSGM yang bekerja untuk PSSGM, menyumbang tenaga, masa dn wang ringgit. Ada yang kena repot polis, turun naik Balai nak beri keterangan dan kemukakan bukti. Apa punye makhlok dia nie. Species jenis apa dia nie?. Klon tersalah benih agaknya.

Kami terima 7 affidavit melalui beberapa orang peguam yang bersekongkol, antara nya membawa maksud begini kalau saya silap mohon diperbetulkan :
Meminta di isytiharkan dia sebagai Pemegang Waris Amanah Tunggal. Kuasanya luar biasa. Boleh membatalkan jawatan dan apa apa yang diberikan oleh Arw. Cg.Kalsom......... H E B A T.
Affidavit yang lain kita boleh fotostatkan

Ada kuasa keatas PENTADBIRAN, Majlis Gurulatih Kebangsaan dan Majlis Lembaga Adat Kebangsaan. Guru dia pun akan mengambil tapak sembah mengadap.



INSIDEN NO.5 - ROS dan PPS.
Gajah mati meninggal fulang, harimau mati meninggalkan belang. Ini pepatah bahasa Melayu yang mempnyai unsur pelajaran dan ingatan. Jangan tinggalkan memori burok sejarah kita. Sejarah negara, sejarah kampung, sejarah diri kita samaada baik dn elakkan yang buruk. Alhamdulillah jika sekiranya kita menjadi kegemaran ummat, disegani menjadi teladan dan inspirasi. Hindari dari perbuatan memperbodohkan diri sendiri. Jadi bahan gelak umpama badut. Kita semakin tua. Komputer didalam tengkorak dah mula susah nak proses. data Dah my 'hang' nie balik balik cakap pasal ROS' Kami cerita pasal PPS pasal Pejabat Pesurujaya Sukan. Dia buat lagi dengan cerita ROS - Registrar of Society. Bila dia sebut lagi beberapa orang anak muda menepuk dahi. Dah 4 tahun Mesyuarat AJK Pusat berlangsung, dia asyik ponting aje. Patutlah dia tak tahu perkembangan yang dah berlaku.
Sedarlah, bangkitlah dari mimpi bahawa kita berdaftar dibawah Akta Sukan, bukan nya ROS. Pendaftaran Akta Sukan PSSGM ialah 0149/98. PSSGM dah berada 11 tahun dalam Akta Sukan. Bila EGM dia nak hentam AJK pulak. Gigit kawan kawan sendiri. Memanglah dia lupa nak faham pasal mesyuarat.
Bila EGM pada 21 Nov 2009 para perwakilan melihat banyak kerusi kosong yang diatas pentas. Itulah mereka mereka yang gagal melaksanakan amanah Pertubuhan................

KERUSI AJK PUSAT BUKAN UNTUK GLAMOR. YANG TIDAK MEMBERIKAN KOMITMEN AKAN MERASA BAHANGNYA. KEPADA YANG ADA P.H.D LAMBAT LAUN AKAN TERIMA KETULAHAN NYA. ALLAH S.W.T. AKAN MEMBAYAR TUNAI DIDUNIA INI. AMIN, AMIN, YA RABBAL 'ALAMIN.

(PHD = perasaan hasad dengki)


2 comments:

Anonymous said...

Salam Cikgu Mail,

Pertamanya, saya kurang faham kepada ckgu mail dan isteri ni ada simpan irihati dan begitu sekali memburukkan saya.
Harap berfikir sebelum menuduh atau menyindir, muhasabah lah diri kerana seorang Islam dianjurkan benar dalam percakapan, perbuatan dan niat.

Boleh bagitau saya polis mana yang poyo tu?,saya boleh panjangkan perkara ini kerana k/tangan polis di kaunter boleh dikenalpasti untuk sahkan sindiran sdr, dan jangan buat tuduhan sesuka hati, ingatlah cikgu mail, sdr sudah berusia, sewajarnya elak daripada tabur fitnah, apatah lagi dosa kepada anak adam, banyakkan istighfar. jika cikgu mail meninggal dunia dan pihak-pihak yang difitnah dan dikecam tanpa hak, tidak maafkan dosa sdr, adakah ckgu mail akan bersedia mengadap Allah SWT? saya tahu sejarah ckgu mail buruk atau baik, insya Allah keadilan akan timbul dan mereka yang berdusta, bersubahat akan terima akibatnya, tak perlulah nak bermuka2 atau bermain wayang. nasihat saya, insaf lah semasa hayat masih ada dan lidah masih boleh menutur permohonan maaf. cukuplah menabur fitnah, satu lagi nasihat saya, Cikgu Zulkarnain tu, jauh lebih arif daripada segi pengetahuan Undang-undang daripada sdr, tafsiran yang dibuat berhubung kehendak perwakilan sdr adalah salah, sila baca 10A betul2, kesian, jika tidak faham, belajarlah atau tanya, ni tafsiran seorang peguam pun kita sanggah.Jika ikhlas dan jujur, marilah kita bersemuka, tak manis orang berumur jika berani cakap belakang, dan lontar batu sambil tutup muka dengan kain sarung.

kamal said...

betul apa yg dikata tu, tafsiran loyer ngan org biasa mana sama. hari tu pun tok kata bahasa arab tok kantoi. kalu camtu mantiq dan balaghah lagi2lah kantoi. tak salah kalu tanya. sebut pasal panggilan tok ni, dah pegi mekah amik title haji ke?