My Blog List

Monday, November 16, 2009

LUMRAH ALAM

Salam 1 Malaysia. Ini blogs saya.....tujuan nya ialah menyampai sedikit maklumat ,pandangan dan mungkin ada arahan dari saya untuk ahli ahli dan balas semula melalui email rasmi. Pertanyaan melalui email, sms,surat atau phone akan dilayan dengan sewajarnya. Ahli ahli PSSGM tulen yang mempunyai gurulatih bersopan yang saya kasihi dialu alukan.
Saya cuba kenangkan nostalgia bersama ADMAR sedikit tidak terkucil dihati. Saya melihat guru lama saperti Pak Husin, Buang Bahar, Pak Joned, cg.Kamari Melan. Inilah saat saat indah. Berjumpa sendiri En. Naning Penghulu Pulau Sudong.
Kemudian era '6ohan, cg. Nordin AB. Rahman, Awh cg. Kalsom, awh. Datuk Mat Lazim. Era penghujung tahun 6o'an dah mula hebat dan sesudah 13 Mei satu ombak minda telah membukakan benak orang Melayu supaya bersilat. Mereka datang dan pergi adalah satu lumrah alam.
Sentuh maksud LUMRAH ALAM, kita juga secara tak langsung terbabit. tepok dada tanya selera. Sebagai apa watak kita...........?. Jangan beremosi kenegerian, jangan 'black establishment' hanya awak awak saja yang pandai, yang tahu tetapi 'happrak'. Konon bagus macam KKK atau Free Massion, maka keserakahan nya mereka telah memenangi piala ;The Idiot of the Century' Ada PSSGM kita patut jaga, kita pelihara, kita imarahkan, kita ceriakan. Letakan kita dalam watak itu, kemudian nilaikan. Anda mungkin dapat piala yang terbaik iaitu 'The Best Idiot of All' maka happylah. Soal cakap boleh bohong, tapi riak muka jangan kelentong.
Saya dapat email yang di forwardkan dari kawang saya orang Ganu Kite. Dia janji PSSGM akan kaya berbillion billion dengan bangunan setiap setiap negeri. Wow! apa tu. Kalau macam tu buktikan , buat dinegeri sendiri. Keahlian pon entah kemana. Yuran terkumpul di Kebangsaan antara PSSGM Negeri yang menyedihkan. Jangan lah nak perbodohkan kami AJK dan LEWA 7. Cuba lain kali dan selamat bersidang di AGM pada 21.11.2009. It's take an idiot to call a flute minded a fool.
Lumrah alam..... Ada satu lagi species allien mungkin haiwan tapi susah nak pupus. Kerja dia baling batu. Baling batu sembunyi tangan, batu api, batu ronson. Bercakap nafasnya berbau najis kerana mengata orang dan janji bohong selalu. Inilah species yang disamakan macam Dajjal nauz zubillah. Kerja nya nak jahanamkan PSSGM. Repot polis, buat ugutan berpakat dengan kawang kawang dia buat affidavit ke mahkamah, ada 5 dah difailkan, dn ada lagi tu, walaupun tidak berkaitan. Memang dia nie giler species baru. Dalam lumrah alam ni macam macam ada. Kita dok gelak depa buat kerja tak senonoh.

Kita boleh lantik peguam yang tersohor dinegara ini. Jika dia menang maka dia berjaya menang dengan kelicikan, maka terpahat dalam lipatan sejarah siapa dia. Yang mahal kita nak cari ialah kebenaran.Yang berharga ialah maruah diri. Yang murah ...dimana ada ialah kesekahan dan tamak haloba.
Pada suatu masa dulu Hang Jebat itu derhaka sekarang dia hero rakyat. Empayar Jepon, kuasa NAZI, KKK dan Free Massion lambang keserakahan kuasa, JEWs dan semua bentuk kezaliman adalah sementara sja,

3 comments:

kamal said...

apa2 aje la.

kamal said...

bila baca blog ni, semua orang salah, tok sorang je yang betul. betul lah kata cikgu mufti, blog ni blog syok sendiri. si polan tu kata nak buat bangunan gayong, bagilah laluan, pucuk pimpinan yg sedia ada ni, mana infrastrukturnya? selain pejabat PSSGM tu, zero. apa dah jadi?

Shahar said...

Assalammualaikum wrt YBhg Dato,

Dengan iringan doa semoga PSSGM dibawah nauongan Dato diteruskan ke anak cucu cicit kita di bumi yg berdaulat dan dikasihi.

Saya adalah bekas anak murid GAYONG Solok Wan Moh, Batu Pahat Johor di bawah Guru yang dikasihi Tuan Hj Husin Kaslan 1978 dan sebelum ini PSSGM Johor Bahru 1976

Pelajaran GAYONG yg saya pelajari dari Tok Guru dan Jurulatih2 masih saya ingat dan praktikkan sehingga kini dan banyak memberi munafaatnya kemana kita berada.

Walaupon cita2 saya hendak pelajarinya sehingga ke tahap tertinggi, tetapi memandangkan Cita2 hakiki saya untuk menjadi seorang Jurutera adalah mendahuluinya, saya menyambung pelajaran dan masuk ke pusat pengajian tinggi dalam Malaysia dan terus ke luar negara untuk mencapai cita2 saya.

Terima kasih juga kepada YBHG Dato yg munkin ingatan saya masa tu pernah berjumpa YBHG Dato sebagai salah seorang jurulatih saya dan buat ingatan mereka panggil saya dengan (gelaran orang Johor).

Saya menyangjung tinggi semua persatuan2 silat terutamanya PSSGM.

Teruskan perjuangan untuk membela maruah Agama, Bangsa dan Negara sekiranya tercemar, sebab sejak akhir2 ni golongan remaja (bukan semua) tetapi kebanyakannya leka dengan Rempit, Bohsia, Punk, dadah dan macam2 lagi yang akan membinasakan diri mereka sendiri malah mencemarkan kedaulatan ugama bangsa dan negara.

Kebanyakkan mereka cuma pandai berkata2 dan tidak menunjukkan rasa hormat diantara Guru, orang Tua, diantara mereka atau mereka yang lebih muda darinya. TAPI apakah mereka itu ingat mereka akan sentiasa senang dan aman sepanjang masa... itu tanda soalan??

Semoga PSSGM sentiasa berkhidmat untuk Ugama Bangsa dan Negara, InsyaAllah

Ir. Hj Shaharuddin Sidek
bekas PSSGM Solok Wan Moh