Salam 1 Malaysia. Saya hidup pun dah lama, macam macam pandang , macam macam dengar dan lihat. Alhamdulillah, apabila saya lihat dipekan Masjid Tanah, atau mudah disebut Bandar Baru Masjid Tanah, tidak kurang 14 orang manusia yang diketemui 'confirm giler', sah pesakit jiwa, sewel, sinting kata wong Djowo. Tersebutlah alkisah yang sinting tu terdiri dari pelbagai lapis latar belakang. Hilang akal keraana ditipu sistem 'labu peram' kerana nak cepat kaya atau dikenali sistem Pak Man Telo. Putus cinta gila talak pun ada. Gilakan suami orang pun ada. Gila tendang puntong rokok dipekan Masjid Tanah sepanjang petang dah biasa dilihat. Gila berkawat askar. Gila rempit. Gila yang suka ganggu orang dan bertelanjang dah kena hantar berehat di Tampoi JB.
Yang popular adalah seorang guru graduate, pakar matematik orang Cina , Master Lim namanya. Dia dah lama gila. Bila cintanya pada cikgu Melayu dihalang oleh keluarga maka di haywire, maka fius otaknya putus. Dia merana sepanjang hayatnya kerana sedikit hal. Jawabnya ada macam macam gila. Rata rata yang gila tu saya lihat mereka anggaran berusia 30 - 40 tahun. Maka tidak hairanlah dibandar besar lagi banyak gila. Mereka bermasaalah dengan ibu bapa mereka, habis semua orang yang tua dianggap bodoh.
Tak lama lagi kita dengar saja bahkan dah ramai yang hilang akal. kecewa kerana tak dapat mengatasi guru tua kemudian memperbodohkan ibu bapa, guru dan nenek datuk mereka. Yang jenis mereka berumur sedikit melepasi 25 tahun. Baru graduate sahaja dah berkobar kobar nak tumbangkan guru tua mereka, memperlekehkan dimana dia dilahirkan. Maka mereka ni telah laknat dan disumpah untuk gila. INI GILA TUNGGAL namanya.
Akan datang kita akan jumpa orang gila kuasa.
Sunday, November 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hati2 tok malam gelap, kudo gilo gayong kuek nondang
mafhum firman Allah : fiqulubihim maradun fazaadahumullahu marada (di hati mereka ada penyakit maka Allah tambahkan lagi penyakit buat mereka) di tujukan kepada tok; summum bukmum umyun fahum laa yarji'un (mereka pekak buta dan tuli dan mereka tidak ingin kembali); hati2 tok ayat quran ni kita dah junjung dan bersumpah.
Post a Comment