Dah sekian lama saya tak ke Singapura. Ibu bapa dah lama pergi, hanya ada saorang adik perempuan disana. Membesar disana, dengan pelbagai nostalgia kenangan menggamit kuat. Pangsapuri tempat saya membesar dah dijual untuk membeli asset di Malaysia, tinggal saorang adik perempuan disana. Itu pun mereka sekeluarga sangat sering balik ke Melaka. Kalau saya nak ke sana harga paspot dimasa itu RM300 seorang, kalau macam saya sekeluarga besar anak 9 orang camno....
Kami guna paspot kelompok. Sesat juga saya dibuatnya. Hari pertama saya kerumah adik , satu kejutan buat dia sekeluarga. Kemudian hari kedua berhari raya ke rumah Tn Hj Husin Kaslan. Walau dia dah lemah dan berkerosi roda tetapi semangat yang ditunjukan hebat sekali. Dalam masa terhad dia berbual dengan saya dan temani oleh anaknya Rahim dan Wati. Saya di fahamkan keadaan dah tak sama sebagaimana dulu . Ramai jurulatih dulu sezaman dengan saya menarik diri, berhenti dan tak menganggap silat bukan gaya hidup. Sekadar hobi saja.
Saya terima jemputan terbuka seorang Jurulatih di Jurong West. Ramli namanya dia sangat junior 25 tahun dulu. Tapi masih kekal sampai sekarang dengan tiada kenaikan, dia pun merajuk.
Memberi penerangan dirumahnya pada hari terbuka. Berkisar dari sejarah Silat Seni Gayong secara umum. Perkembangan sekarang. Perkembangan dan pencapaian melangkaui sempadan sesuai dengan komunikasi dan kemudahan perhubungan serta sokongan kuat dari jenerasi pelapis.
Mula mula saya tekankan pesanan Almarhum Datuk Mahaguru Meor Abdul Rahman (ADMAR). Yang utama dalam mempelajari Silat Seni Gayong ialah taat setia , tamak ahamak akan membawa kebinasaan. Yang tua dihurmati dan yang muda dikasihi. Singapore!!! , saya dah mula faham, adat menghurmati orang tua dan guru tua dah mula hilang, dah mula pudar.
Dah saya tekankan kalu tanpa mereka siapalah kita, orang yang berjasa kepada kita adalah ibu bapa dan kedua adalah guru, tak kira siapakah guru. Guru mengaji , guru sekolah , guru silat, belajar satu bismillah pun guru jua kisahnya. Kalau tak suka pekakkan telinga. Bila ditegur... diam sahaja. Jangan memberontak....derhaka. Di Malaysia lagi teruk.
Yang mustahak nya kehidupan mesti diteruskan, tapi apakah jasa kita kepada mereka, Nak betapanya kita hidup bercerita kepada generasi. Kepada anak anak jangan betah apa apa ,cukup sekadar diam saja. Kalau mereka tak faham maka mereka tak cukup akal juga. Kepada Jurulatih yang dah lama hidup. Pak Cik Husin jangan di sakiti hatinya. Kenapa tak beraya kerumahnya, hebatkah kita.
Sejurus saya dibenarkan keSingapura pada Jan 2009. Orang pertama saya nak berjumpa ialah Tn Hj Husin Kaslan. Walau betapa hebatnya saya, dia tetap mempunyai tangan keramat yang mendidik saya, tanpa meminta RM atau S$. Pelbagai luahan yang dikeluarkan. Banyak kesalan yang dikemukakan. Kita akan tua juga. Saya suka sekiranya nostalgia silam itu dikembalikan. Walaupun sukar, tapi tidak mustahil. Sebenarnya perpecahan Gayong perpecahan sayang, suatu hari kembali jua.
I'll will return.....
Tuesday, October 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Jurulatih nama Ramli ni bukan merajuk tak naik kelas. Tak pernah latih kat pusat macam mana nak uji, sedangkan orang rajin turun gelanggang tak mahu diuji apa lagi orang macam dia yang langsung orang tak berkenan. Dah keluar PASAK, ikut kawan yang dah kena kencing hari ini dia kencingkan kawan tu pulak. Blacknight susahkan murid durhaka pada guru macammana tentang guru yang durhaka pada murid?.
Post a Comment