My Blog List

Wednesday, October 7, 2009

SINGAPURA YANG KU KENAL- INTRO

Aku lahir di Melaka. Cukup bilangan hari aku dibawa ke Singapura. Aku membesar disana, bermula di Pulau Berani sebagai anak tentera .He served British Allied on The Far East Waterbourne Base (S.E.A). Beliau berkhidmat sebagai jurulatih un-armed combat dan renang. Dalam regimen R.A.S.C dan bertukar kepada R.C.T sama lebih kurang kalau dalam US di kenali sebagai Marines.
Tamat tempoh perkhidmatan kami berpindah ke Kg. Raden Mas, Keppel Rd. Kami menyewa secara ala kadar, keluasan 15' X 16' satu pintudan satu tingkap, sementara je. Kampungnya bergelumang lumpur, berselut bila hujan, sistem pengairan lemah. Disitulah bilik tidur, disitulah kami memasak. Sistem tandas exactly macam filem Tan Sri P.Ramlee. Malaria, ceret beret setiap hari ada saja mangsanya. Empat bulan sahaja kami pindah.
Berpindah di bt.8 West Coast Rd. Ada rumah bekas berek tentera Jepon. Zaman kanak kanak bermula disini, umur 4 tahun. Kawasan belakang kampung, dia menyewakan sebahagian rumahnya, ekonomi mendesak. Menyeberang titi. Kemudian titi menyambung antara rumah ke rumah. Air pasang memenuhi kesemua halaman dan hampir setengah kampung ditenggelami air laut pasang. Enam bulan kemudian aku dah boleh berenang dengan baik, gaya bebas, back stroke, sambil berenang aku menjunjung sebelah tangan gula pasir yang dipesan oleh emak. Kami dianggap keluarga apabila 3 anak lelaki tuan rumah direkomen bekerja di Sy. Caltex (Asia) Ltd, tempat abah bertugas.
Pindah lagi, diBt.9 hampir tempat abah kerja di Tg. Penjuru. Kami menyewa berhampiran dengan jalan raya. Hampir dengan Sg.Pandan. Tahun 1959 dah bersekolah , di Sek. Melayu Pasir Panjang. Berenang !! pakar, boleh membaling angin belakang dari atas jembatan Sg. Pandan.
Umur 9 tahun. Nakal dan lasak tapi suka tolong orang. Pindah lagi apabila adik bongsu yang berumur setahun setengah berlari kejalan raya apabila mendengar motosikal abah balik.
Pindah laagii !!. Kali ni lebih selamat, lebih selesa. Jalan Spenser, di West Soast Rd juga. Disini setiap malam seminggu 2 kali aku menyaksikan Cg Nordin Abd Rahman dah buka gelanggang. Aku tak silat apa, tapi aku kenen mak aku menaruh minat untuk bersilat. Abah cakap sunat dulu, dah masuk jawi boleh.
Sekolah darjah 5 aku masuk jawi.

No comments: