Pejabat Pesuruhjaya Sukan meluluskan Penggubalan Perlembagaan PSSGM APS 0149/99, pada 25 N0v 2008, sebagai perlembagaan baru. Satelah AGM pada tahun 2005 maka YDP ASKalsom dan AJK Pusat memandat kepada 7 orang AJK termasuklah AJK yang peguam untuk mengkaji perlembagaan. Sampai 3 tahun..... habok pon tarak. Maka AJK Pusat meminta saya dan Cik Puan Mariam (bukan Datin) ambil alih, menguruskan nya. Tanpa mengira masa, wang ringgit, urusan yang ditinggalkan, mengenepikan kepentingan peribadi, meminta khidmat orang lain untuk menyelia anak anak dan keluarga. Dalam kronologi saya menghitung sebanyak 25 kali berulang alik dari Melaka ke Bkt. Jalil. Semata mata hendak memastikan ia berjaya.
Dengan nasihat pegawai pegawai Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan nasihat Pesuruhjaya dan Timbalan nya maka mereka bersetuju meluluskan Penggubalan Perlembagaan (Perlembagaan Baru) untuk PSSGM APS 0149/99, bukan Pindaan PPP 361 atau berikutnya.
Maksud Penggubalan bukan nya pindaan. Kalau pindaan mestilah diadakan EGM. Tetapi dah ramai yang pandai sangat maka AJK adakan EGM, nak luruskan banyak ayat dan perkataan yang timbul, bercanggah, berlapis. Kita nak betulkan persepsi ayat dalam perlembagaan PSSGM bukan nak tunjuk pandai berhujjah. Kita nak perwakilan daerah , negeri. dan AJK pusat boleh mengundi semasa AGM pada bulan depan.
Tujuan ( Extra-odinary General Meeting) EGM atau Persidangan Luar Biasa adalah semata mata untuk memenuhi tuntutan perwakilan. Berdasarkan Perlembagaan Peraturan dulu ada yang peraturan berlapis atau 'double standart'. Ini yang perlu diperkemaskan. Sebagai contoh Peraturan 10.2 bercanggah dengan Peraturan 27 yang tidak menyebut pasal daerah tetapi cawangan. Jadi dengan erti kata yang lain....., perlembagaan dulu...caca marba.
AJK nak perkemaskan perlembagaan, dalam AGM akan datang maka EGM dibuat, biarlah semua ayat yang termaktub tercatit perkara yang betul. Sebagaimana yang telah di luluskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS).
Tiba tiba baru nak mula EGM, belum habis mukadimah pembukaan ada pulak perwakilan
dari Terengganu berhujjah. Dia AJK Pusat yang letak jawatan, dia juga gagal dan tidak membantu Penggubalan Perlembagaan PSSGM. Dia juga bertindak saperti 'gunting dalam lipatan' (maaf saya pinjam ayat dari Pen SUA , en. Sulleh Udin). Bila hujah nya tidak diterima maka dia juga membawa kawan kawan nya keluar dewan dengan tepukan gemuruh dari perwakilan yang lain.
Kita berusaha untuk perbaiki keadaan, kita sepatutnya duduk bersama gubal perlembagaan. Jangan buat tunjuk perasaan murahan dengan meninggalkan dewan persidangan, tidak ada apa apa faedah langsung.
Perlu di ingat PSSGM adalah NGO di daftar dibawah badan sukan, bukan harta pemilik tunggal. Kuasa tertinggi dalam perlembagaan tertakluk kepada keputusan Perwakilan. Selamat tinggal 361, selamat datang kami alu alukan APS -0149/99.
Maka kita telah kaji perlembagaan. Kita lalui setiap perenggan. Kita teliti setiap ayat. Kita berjaya telah berjaya membuat Pindaan. Kita sudah melakukan nya dengan landasan yang betul. Prosidur yang ditetapkan. Amat besar hikmahnya kalau kita bersama.
Macam mana baik pun kita buat tetap ada 10% nya yang gatal tergaru garu.
Tuesday, October 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment