Dalam perkembangan Silat Seni Gayong Malaysia, almarhum Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR) telah berpesan PSSGM memantau perkembangan SSG sedunia. Sesuai dengan perlembagaan Peraturan 2(e.).
HEBATNYA SENI GAYONG BUKAN SEKADAR SILATNYA, TETAPI KEKUATAN UKHWAH DAN PERSAUDARAAN NYA MENJADI PERTIMBANGAN .
Sekarang kita telah berkembang.USA, Kanada, England, France,Maghribi, Mesir, Jordan, Kuwait, Australia dan dalam proses Belgium, Belanda, New Zealand dan kita hantar demo ke German, South Africa, Sepanyol , Emirate Arab. Kita tak lupa Brunei.Lagi tak lupa saudara terdekat Singapura. Kita bercakap 1 bahasa, melambai 1 isyarat, berkuda kuda sama rendah, menjuring sama tinggi. Kita akan mantapkan sekreteriat Gayong Antarabangsa.
Tiba tiba saya dengar disebelah tambak sana. Buah Kilas Sawa Berendam bukan lagi no.1. Saya menyeru kita tak dapat menghalang perkembangan arus Silat Seni Gayong. Tapi boleh mengawalnya secara sehat, mengikut syarat dan terma kita. ADMAR telah mempeloporinya terlebih dahulu . Di France kita berjaya mengislamkan 22 saudara baru, kita juga berdakwah.
Kita amalkan pendekatan baru. Kita ramaikan saudara, jangan buang saudara. Kami di sini mempunyai >> 300,000 members. Kesemuanya tak termasuk Singapura 1.2 mils. Jangan kerana hal sedikit dia ketepikan. Jangan hal remeh saya atau dia diperlekehkan, ....sampai merajuk bertahun tahun. Lupa bayar yuran !!! , hutang lah tu!!. ada pulak com. members jadi batu api. Itu bukan berbuat dosa besar.
Dari Singapura, kami telah menerima lawatan dari anak anak arwah Pak Joned (PERWANIT). Kumpulan Arw. Pak Buang dan bekas AJK PASAK Hj. Jawahir (Presiden PSSGS) . 12 tahun saya tak keSingapura, saya sedang cuba memahami apa yang berlaku disana.
Saya tahu PASAK ada tuan nya, PERWANIT ada tuan nya, GAYONG Sendeng Belalang ?? dan PSSGS dengan pendirian nya. Adakah Gayong Singaoura dah ada 4 pecahan.
Kita difahamkan, dipesankan bahawa seluruh Silat Seni Gayong Meor Rahman punya. Wasiat Mahaguru 'Jaga Gayong'.
Kami di Malaysia dan Gayong SeDunia, tabik Tn Hj Husin Kaslan, restuilah kami. Nama Pak Husin amat disanjungi. Ramai pemuka Gayong dah tiada. Siti Kalsom, Datuk Mat Lazim dan Hj Razali Salleh dah kembali. Datuk Mat Lazim pernah menamakan Tn Hj Husin Kaslan sama sama memantau Gayong sejagat. Kami berdoa supaya kita bersama,
WALAUPUN LAIN KAPAL TETAPI DALAM ARMADA YANG SAMA.
Maaflah saya tak dapat datang, saya nak datang tetapi ada ketentuan lain yang memerlukan khidmat saya. Wassalam.
Friday, October 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment