My Blog List

Tuesday, October 20, 2009

PERSIDANGAN LUAR BIASA - bisik bisik

EGM dah selesai....., AGM akan turut datang. Semoga kerja baik dapat dipermudahkan Allah ....tak tahu lah. Dengar dengar nya berita angin ada buat solat hajat di Masjid Negara, terima kasih kerana berdoa untuk kami. Semuga usaha sahabat beroleh rahmat yang berlipat kali ganda. Kebenaran itu tetap kebenaran. Kita buat kerja.

EGM dah selesai....., ayat yang nak diperbetulkan dah siap. Ayat yang silap, perenggan yang salah dan fakta yang tidak tepat kita dah perbetulkan. Majoriti yang hadir adalah terdiri daripada gurulatih dan pentadbir muda. Barisan yang kita letakan sebagai 'pelapis'. InsyaAllah PSSGM akan mantap selepas ni. Kita tunggu dan lihat. Jangan andaikan, jangan buat janji. Buat kerja berkumpulan. Ada AJK yang hadir nak bercakap berdekah dekah tetapi bila siasat kehadiran mesyuarat AJK tahun 2008 datang 2 kali dan tahun 2009 datang sekali. Macam tu pun ada.

EGM dah selesai....., antara yang dipertikaikan..... daftar PSSGM tetapi ajar silat lain, takde nama Gayong pun....Tapi apa pun kami bersidang dalam suasana harmoni, happy macam family gathering gamaknya. Akan datang bila AGM nanti, Perwakilan Daerah dah boleh hadir, nak pilih sape pun boleh. Tapi jangan buat lawak....janganlah jadi badut. Sedih....Pen. SUA en. Sulleh buat rakaman video. Ia akan jadi ' best jokes of the best video clips of the year 2009'.

EGM dah selesai....., Lembaga Waris Amanah yang Tujuh, dibuat atas dasar wasiat ADMAR. Surat pekelilingnya 1990 yang dihantar olah encik Razali Salleh SUA (ketika itu), ADMAR sebagai YDP (Presiden) ketika hidupnya. Surat pekeliling ditujukan kepada semua AJK Pusat dan YDP Negeri . Surat originalnya masih tersimpan dalam frame. Saya yang menjawat YDP
Melaka sejak 1984, dan AJK Pusat dari tahun 1986. Saya turut terima arahan sebegitu. Cuba jawab satu soalan;
DIMANAKAH ANDA ANDA KETIKA ITU ??. Sebenarnya rekod, surat menyurat, dokumen masih tersimpan rapi. Rekod kenaikan bengkong dan apa pun ....ada.

EGM dah selesai....., rumah siap pahat berbunyi peribahasa Melayu, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, lebih kuah dari sudu, guna akal dari budi yang disebut oleh Perwakilan dalam EGM. Kita pun nak tengok macam mana budak budak melatah. Kita nak lihat betulkah guru yang mengajar. Perwakilan melihat beberapa orang kawan kawan dia merajuk.
Latah orang tua, lain caranya....lebih bersopan. Latah kanak kanak ...merajuk. Latah orang muda....protes. Lain kali buat sepanduk dan kain rentang ( ini nasihat).

EGM dah selesai,,,,,., ada lagi......simpan dulu. Tunggu siaran akan datang.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera tok mail. Pihak PSSGM Sarawak memohon sejuta kemaafan kerana tidak dapat menghadiri EGM yang diadakan pada 17 Oktober 2009 lepas kerana, YDP Sarawak telah berangkat ke Sri Aman Sarawak untuk mendapat rawatan di hospital, S/U, Ust. Khawar tidak dapat datang kerana beliau mengajar di perbatsan indo-malaysia(sukar untk keluar), Bendahari, Cik Dayang Khalizah mempunyai program di Institut Peguruan beliau. Disebabkan ketiga2 org kuat ini mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, maka PSSGM Sarawak tidak dpt menghadiri EGM. Tetapi, insya Allah, sudah semestinya kami akan hadir pada AGM pada 21 November kelak untuk menjayakan AGM..mohon seribu kemaafan