My Blog List

Wednesday, October 7, 2009

SINGAPORE YANG AKU LALUI

Aku belajar di Yusof Ishak Sec. School (YISS) di Upper Ayer Rajah Rd. Dekat je , berjalan kaki sahaja. Petangnya bersekolah ugama module Jabatan Agama Islam Johor. 1966 aku menduduki pepereksaan Darjah Khas Sekolah Agama Johor (4 Thanawi). Bahasa Arab kantoi.
1968 MCE, cukup makan je, layak juga ke IPT. Mendaftar di Singapore Technical Institute kampus anak Singapore Polytechnic. Tiga tahun dapat dip. OK happylah tu.

Silat....dah cerita sikit hari tu. Entertaiment...?. Have bike will travel. Silat .... silat....silat. Ikut pesan guru. Jangan ada detik dihati untuk lawan taukeh. Kita selamat, restu guru adalah macam doa ibu bapa...., insyaAllah makbul. Tak suka jangan bantah. Tak suka diam saja. Tak suka merajok boleh. Macam mana pun, gua respek pak cik. Dia umpama lilin sentiasa menerangi hatiku. Kalau dia marah, kalau dia mengherdik masih terpancar diwajahnya kasih sayang seorang guru. Salah kah dia menegur, ....tak salah !! Itu dah hak seorang guru. Yang silapnya ada orang menuding jari sambil bersembunyi di belakang nya. Guru ?? Mahaguru pun pernah silap dalam pencaturan nya. Dalam masa 4 dekat aku telah menyamai Cg. Nordin, masih terpancar komen yang memberansangkan, "... itu usaha dia". Tapi ada anak muda cuba cari jalan mudah, terutama kat Malaysia, ramai yang biadap. Itu tak betul !!. Kalau salah tekaan saya tolong betulkan.
Mentang mentang yang memberi idea, memberi pendapat dan memberi pandangan bengkongnya tak glamer. Maka diperlekehkan, maka kalau ini terjadi, diambil oleh kira oleh jawatankuasa gelenyior, maka persatuan tak maju dan backfire. Sejarah Singapura telah menceritakan bahawa anak kecil yang bernama Hang Nadim telah membuktikan nya. Tapi apabila pembesar yang sengal menuding jari. Maka ketidak adilan pun berlaku.
Mereka tak kena macam kami kena. Maki hamun dari ADMAR dah macam asam garam. Dia marah sekejap je, macam marah bapa kepada anak anaknya, kenapa nak kecil hati, lama lama dah biasa OKlah tu. Ada orang tak boleh kena tegur langsung, buka silat cap Kapak. habih kisah silam dalam lipatan sejarah dikirainya.
Gayong PERWANIT, PASAK dua badan yang lama tak bersama, dan ada dua tiga serpihan lagi. Patutnya berusaha untuk bersatu.
Diseluruh dunia Silat Seni Gayong mempunyai cawangan gabungan dari 12 negara, mereka menjadikan Malaysia sebagai tempat rujuk sebagaimana kehendak ADMAR. Dengan pecah 3 (mungkin lebih) diSingapura. Minta maaf, hanya Gayong Singapura susah kami nak satukan. Kami tinggalkan Singapura dengan halnya. Kami pergiatkan keluar negara. Seluruh dunia kami telah berjaya gunakan 1 sistem, 1 silibus, 1 Silat Seni Gayong. Cg.Kahar Redha telah keEngland dan akan ke Australia, Cg.Mustafa Kamal akan dunia Arab. Saya keSingapura jadilah.
Sebenar dalam hal pentadbiran, pembangunan siasah adalah satu eset. Jangan segan hubungi saya , jika perlu saya akan keSingapura untuk memberi keterangan lanjut. Email saya: datoismailjantan@yahoo atau call 063851139 atau 019-6868123. Kita bercakap 1 bahasa, melambai 1 isyarat, berdehem 1 nada.

Silat Seni Gayong Malaysia yang ditubuhkan oleh ADMAR sesuai dengan amanahnya dan bertepatan dengan Perlembagaan Peraturan 2(e). Bermaksud: Sebagai pusat perkembangan dan pemantauan Silat Seni Gayong seluruh dunia. Jadi....fikirlah sendiri. Inilah sebab segelintir anak muda di Malaysia berfikir otai otai tu dah jumud. Silap oranglah ber !.

Ingatlah bukan saya,bukan tuan tuan yang nak di fikirkan. Kemantapan, kehebatan, penyatuaan generasi kita utamakan. Buatlah untuk kemantapan Silat Seni Gayong yang diasaskan ADMAR. Kita hanya sebagai penggiat, hanyalah murid ADMAR. Kalau Silat Seni Gayong adalah nyata diasaskan oleh Almarhum Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR). Dunia dah tau. Bersatulah, maka tidak hilang Melayu di dunia. Hulurkan tangan kepada kami, satu laungan dzat......maka akan gegar sedunia.
Bulan Disember 2009 minggu pertama. Kita akan selaraskan 1 dunia, 1 Silat Seni Gayong. Jemputlah.
.........bersambung.

No comments: